Alam dewasa : Sudah bersediakah kita?

Sedar tak sedar, rupa-rupanya aku ni semakin dekat dengan alam kedewasaan. Maknanya, alam remaja aku ni akan aku tinggalkan tak lama lagi. Ke, aku dah tinggalkan? Hurm, konfius den. Haha. But semestinya, alam kanak-kanak rebina aku dah lama aku tinggalkan. Dah tak main masak-masak lagi, main polis, main bola guna botol dan macam-macam lagi benda yang related dengan kanak-kanak rebina, gua dah lama 'cuci tangan'.

Dari segi undang-undang, aku ni kira dah bebas ah untuk melakukan apa-apa sahaja sebab aku dah berumur 18 tahun. Kalau kat oversea, 18 tahun ni kau dah dikira adult ah. Macam-macam kau boleh buat. Sama la kat Malaysia. Kat Malaysia, dengan 18 tahun tu kau dah boleh berkahwin, hisap rokok dengan bangganya, masuk universiti, main judi, malah tukar agama pun boleh. Pendek kata, you can anything with 18 years old.

Namun, pada malam yang tak berapa indah kat tempat aku ni, aku tak berminat nak ulas benda-benda pasal 18 tahun ni. Tetapi aku tertarik untuk menulis, pasal alam dewasa. Haha, ada apa pada ALAM DEWASA?

Macam yang aku cakap tadi, sedar tak sedar aku akan memasuki alam kedewasaan. Bukan aku je, kawan-kawan aku, kau, dia, kita semua yang berumur senja-senja remaja ni akan masuk jugak ke alam kedewasaan, samada sukarela mahupun terpaksa. What! Kita bukan macam peterpan yang refuse tak nak jadi dewasa lalu menjadi budak selama-lamanya. Dongeng tu semua!

Persoalannya, adakah kita ni dah bersedia untuk masuk ke alam kedewasaan, atau kita hanya membiarkan masa dan takdir sahaja yang menentukan. Dan kita masih lagi duduk di depan tv main ps 3, atau facebooking, atau message cintan-cintun dengan awek yang kita tak boleh declare yang dia jodoh kita nanti?

Tepuk dada tanya selera. Haha.

Seriously, semakin meningkat umur kita, semakin tinggi 'rank' masalah kita. Kalau dulu bila kita ada masalah boleh ah kita nak jumpa kaunselor sekolah ke, bagitaw cikgu ke, best friend ke, mak ayah kita. But, satu hari nanti bila kita dewasa, kita lah yang akan menghadapinya sendiri, tanpa mereka di sisi.

Maka, akal dan minda yang dewasalah berperanan penting dalam situasi ini. 

Yes, memang kedewasaan itu tidak boleh diukur dengan gaya dan umur. Ada orang muka macam dah dewasa, tapi baru form 5. Ada pulak, umur dah 30-an tapi perangai macam budak darjah 4.

So, jom kita usha perbezaan REMAJA dan DEWASA.

(1) WANG

Remaja : Kalau aku ada duit, aku nak beli I-phone 5, Samsung galaxy, baju seluar stylo gila, nak hangout dengan kawan-kawan, nak gi dating bla bla.

Dewasa : Kalau aku ada duit, aku kena bayar duit kereta, sewa rumah, duit minyak, duit insurans, kredit kad, belanja rumah, bil letrik, air, anak nak I-phone, bini nak gelang bla bla. Argh! Ntah bila aku nak spent duit untuk aku? Nak menabung apatah lagi?

(2) KERJAYA

Remaja : Aku nak kerja besar, banyak gaji, dapat jawatan besar. Haha.

Dewasa : Aku yang kerja pangkat rendah ni pun banyak masalah. Alhamdulillah ada jugak gaji walaupun tak la dapat beli Ferrari.

(3) PASANGAN

Remaja : Apadahal, tak boleh 'ngam' clash ah. Carik lain. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Woha!

Dewasa : Kena jaga diri betul-betul. Percakapan, gaya beborak, bergaul. Jangan ada skandal, orang fitnah. Susah. Bercerai bukan senang, turun naik mahkamah. Kalau ada anak, aduh panjang lagi cerita. Isteri seorang pun dah tergigit lidah, apatah lagi dua tiga.

(4) POLITIK

Remaja : Gua tak minat politik.

Dewasa : Nak sokong apa ni? Semua kengkawan aku pakat mengundi. Sekarang mana-mana kerja pun kena main politik. Aduh! Confius aku!

So, nampak perbezaannya? Aku bukan nak kata alam dewasa ni gila tak best, atau dunia remaja pulak ntah apa-apa. Namun, apa yang aku nak sampaikan, ialah alam dewasa ni sangat mencabar. Macam pepatah Melayu cakap, 'sediakan payung sebelum hujan'.

Biasa ah remaja, tak terkecuali aku pun. Memang nak enjoy je. Namun, sedar tak sedar kita perlahan-perlahan telah ditarik masuk ke alam kedewasaan. Tak caye? Senang sahaja. Kita mula bekerja, walaupun kat stesen minyak. Mula mohon scholarship, nak belajar. Macam-macam lagi yang kita buat, yang semuanya menuju ke alam dewasa.

Kalau kau begitu, baguslah. Tapi kalau kau masih lagi ingat kau remaja. Ops! Sorry to said. Alam dewasa memang mencabar, masalah yang bakal kita hadapi pun akan mencabar. Kalau kita gagal menghadapinya, jawabnya mungkin kita akan hyper tension, mengamuk, bunuh orang, merompak menyamun, merogol, atau mungkin kita akan bunuh diri.

Pun tak terkecuali masalah cinta. Masalah cinta alam dewasa ni sangat complicated, sebab tak sama. Malah kau akan jumpa lebih ramai manusia daripada pelbagai cabang corok dunia. So, please. Bersedia, ok?

Kedewasaan tak boleh diukur, namun jika kita matang dalam membuat keputusan yang bijak, boleh menyelesaikan masalah dengan akal yang waras dan boleh berfikir dengan bernas, itulah yang dikatakan 'DEWASA'.

Persoalannya, sampai bila kita nak terus berkelakuan macam remaja sedangkan hakikatnya umur macam kita ni dah boleh memimpin bala tentera? So, keluarlah dari kepompong kebudak-budakkan, dan pergilah belajar terbang seperti rama-rama yang dewasa.

Fikir-fikirkan, jangan sampai alam dewasa menjadi episod ceritera alam hidup kita yang penuh dengan penyesalan. Kelak nanti menyesal bila kita sampai alam tua. Badan dah bongkok, gigi dan hilang, rambut dah beruban, tenaga pon dah kurang. Maka hadaplah penyesalan yang tidak putus-putus tiba.

Bersedialah untuk menjadi dewasa, ok?

p/s: Dewasa bukan kahwin je tau. Haha. Aku pun sedang belajar nak jadi dewasa. Sama-sama kita erk?

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers