Frustated : "Kita just kawan je boleh?"

Alhamdulillah, akhirnya aku telah mendapat kerajinan untuk menulis. Ahaks. Bukan pe, sejak kebelakangan ni darjah kemalasan untuk aku ber'blog' tetibe mencapai 360 darjah celcius ah. Selalu aku online je, malas nak tulis blog. Usha-usha apatah lagi.

Namun, malam ni aku rasa terpanggil untuk menulis. Nasib baik aku terpanggil untuk menulis, kalau Allah S.W.T panggil aku untuk panggilan kematian, jawabnya kenalah aku melapor di KUBUR, bawah LIANG LAHAD. Cuak seyh!

Persoalannya, kenapa aku terpanggil untuk menulis mengenai tajuk ini? 

Beberapa week yang lepas, Allah S.W.T telah memberi aku test yang agak berat ah. Serius berat. Sampai aku rasa begitu lemah untuk berpijak di atas lantai rumah aku yang statik ni. Test apa? Apa lagi kalau bukan, frustated bercinta.

Macam yang aku katakan, setiap ujian yang Allah S.W.T beri tu ada patern tau. Dan setiap manusia tu, ada kelemahannya, dan Allah S.W.T mengirimkan ujian tu untuk memperbaiki kelemahan manusia. Sebab manusia tak diciptakan sempurna, maka ujian itu membawa manusia ke arah kesempurnaan. 

Aku tak lah bercinta sampai keluar dating la berbagai. Cuma, boleh aku katakan, aku menyerahkan hati kepada orang yang salah. Ahaks. Ikut hati aku, malas lagi aku nak cerita bab ni, buat luka je hati aku. Namun aku gagahkan jugak, sebab aku nak kengkawan para pembaca takkan menghadapi masalah ni.

Sebab bila je sesuatu masalah tu pasal hati, ia perlu dirawat dengan segera. Kalau tak, ia akan parah dan mula menyerang tubuh badan. Sakit. Disebabkan masalah hati, ramai orang mati dalam diam. Bukan mati yang hakiki tu (hilang nyawa), tapi semangatnya untuk hidup sudah mati.

So, pernah tak kau berada dalam satu situasi di mana kau ada seorang kawan. Yang berlainan jantina ah. Ok, sebab aku laki, aku anggap kau adalah lelaki ok (nanti kau vice versa la sendiri)? Kau ada seorang  kawan perempuan yang cute, cantik, baik, pendek kata perfect la kat mata kau. Dan kau dengan dia memang rapat ah. Kira dah jadi macam best friend la gitu.

Asal kau dalam trouble je, konfirm kau akan story kat best friend perempuan kau ni. Kau dengan best friend perempuan kau ni, memang selalu bersama ah. Tengok wayang berdua, makan berdua, buat perkara berdua ah. Sampai kengkawan kau yang lain anggap korang ni macam couple tau.

Memang selalu message, call. Pendek kata kau menjalani hidup kau tanpa ada satu detik pon kau tak buat pape tanpa dia. So, dalam diam hubungan 'best friend' kau tu, mula berkembang, dan akhirnya bertukar menjadi CINTA.

Maka sekarang ni feeling kau dah berubah tau. Dari feeling seorang kawan, straight berubah menjadi teman. Kau nak jadikan best friend perempuan kau ni, as couple kau. So, perwatakan kau mula berubah sikit. Kau makin rapat, suara pon kalau dulu asyik guraw-guraw dah jadi suara gentlemen. Ayat pon dah bunga-bunga.

Yang best friend perempuan kau tu pon, buat cam biasa ah. But, segala-galanya mula berubah bila, kau meluahkan segala-galanya mengenai perasaan kau yang berbunga-bunga dalam hati kau. Dengan harapan, kau boleh bina suatu hubungan yang serius dengan dia. 

Namun, kau ingatkan panas sampai ke pukul 4:30 petang. Tapi pukul 4 dah hujan. Lebat lak tu.

Luahan perasaan kau dijawab dengan ayat yang mendatar, "Kita just friend boleh?"

Ya Allah, masa tu kau rasa lemah. Rasa kena reject. Muka merah. Peluh tetibe laju menitik-nitik dalam baju. Kau speechless. Tak tahu nak cakap apa. Hati mula retak sikit-sikit. Rasa dikecewakan. Frust, down, semuanya bercampur. Sebab kau cuba meng'upgrade' hubungan korang. Tapi telah di'limit'kan hanya KAWAN SAHAJA.

Cukup la sampai situ. So, kau pernah tak ada pengalaman camtu? 

Kau nak memulakan suatu hubungan yang serious, tapi awal-awal lagi kawan kau tu telah meletakkan had di mana : Start as friend, stop as friend. Sadiskan? 

Persoalan yang betul-betul aku tak boleh jawab, WHY? Kenapa beliau meletakkan syarat, JUST FRIEND? Sedangkan beliau masih single? Pening? Jap, asal aku guna 'beliau'?

Kalau korang rasa cerita korang mengenai benda ni sedih, aku punya lagi sedih. Aku malas nak cerita. Haha, boleh terima? Hati aku baru je elok-elok aku gam gajah, kan tercabut balik. Cerai berai kot. Puas aku susun balik hati aku, macam main jigsaw puzzle dah.

Kita tak perlu cerita kenapa 'beliau' meletakkan FRIENDZONE. Tapi kita cerita, bagaimana nak tangani insan sebegini? Gi mana erk?

Certain cara-cara yang aku nak bagi ni mungkin agak drastik, tapi ia terbukti berkesan. Mungkin tak sepenuhnya, but atleast kau masih lagi gagah nak berdiri. Kalau 'best friend' kau tu cakap, "kita just kawan je boleh?" kat kau boleh tahan lagi.

Aku? Digantung tak bertali. Semua sms dan call aku tak jawab. Lagi pedih bila aku sendiri nampak 'dia' just tengok je henset 'dia' bunyi. Dah ada skandal pon dengan dia. Semua orang tahu aku dengan dia. Seriousnya aku sampai aku dah bawak jumpa ibu aku beb!

Try dulu cara-cara ni ok? Macam aku cakap, certain mungkin payah dan berat. Take time ok :

(1) Terlebih dahulu betulkan balik semua pemikiran. Pastikan kau betul-betul mampu nak berfikir

Masa tu, minda dan hati kau betul-betul celaru abis. Iye ah, sebab terlalu frust. Direject camtu je. Siapa boleh terima kalau kita betul-betul serious nak mulakan hubungan, tapi disuruhnya kita berkawan. Atleast cuba-cuba la dulu. Bila dikatakan, "kita just kawan je boleh?" seolah-olah direject kaw-kaw punya, walaupun ayatnya lembut.

(2) Fikir sama ada kau nak mula dari friend semula, atau lupakan dia

Sebab tu kau kena waraskan minda dan hati kau. Kalau kau pilih untuk mula semula dari kawan, tak kisah. But bagi aku, aku tak mampu. Sebab ia akan buat hati aku lagi sakit, lagi luka. So aku pilih untuk lupakan dia.

(3) Kalau pilih untuk lupakan dia, maka lupakan segala-galanya mengenai dia

Bab ni yang susah orang nak buat. Sebab kena lupakan segala-galanya pasal dia. Kau kena delete nombor phone dia, unfriend facebook dia, buang semua gambar dia dalam henset kau, dah cuba jangan cuba-cuba nak tengok gambar dia. Cuba untuk jangan ingat-ingat balik semua memori kau dengan dia. Lupakan. Kalau tertengok gambar dia, cepat-cepat alihkan pandangan kau. Kalau terdengar lagu yang boleh ingatkan kau kat dia, cepat padamkan. Memang susah, tapi semuanya untuk kebaikan kau.

Tahan diri kau daripada buka page FB dia, or blog dia. Malah mungkin kau akan tergerak nak hantar sms kat dia. Memang nombor dah delete, tapi kau still ingatkan? So, bila kau buat begitu, 'dia' akan nampak yang kau betul-betul serious, terluka.

(4) Minta support family kau, sebab family adalah yang terbaik. 

Macamana aku simpan pon, bila aku tak tahan aku akan story kat ibu aku. Serious, ia lebih lega bila kau cerita dekat orang lain. Kawan tak kekal lama beb, family je yang terbaik. So, belajarlah untuk jadikan family kau sebagai tempat mengadu. Jangan berlagak seolah-olah kau ni kuat menghadapinya seorang diri. Itu yang akan sakitkan kau lagi.

p/s: thanks a lot to my mom and my best friend

(5) Menangislah

Sebab tu aku jealous gila dengan perempuan. Mereka menangis bila ada masalah, lalu masalah mereka turun bersama air mata mereka. Jangan berlagak gentlemen. Menangislah walaupun kau seorang lelaki. Kalau malu, sorok-soroklah. Janji kau menangis. Kau akan rasa tenang.

(6) Berfikiran positif, semangatkan balik diri kau

Macamana, ia tetap bergantung pada diri kau jugak. So, kau kena sentiasa berfikiran positif. Selalu fikir ada hikmah kenapa kau diuji sebegini. Jangan patah semangat, teruskan hidup kau. Bukan 'dia' je perempuan dalam dunia ni. TERUSKAN HIDUP KAU MACAM BIASA!

(7) Hiburkan diri

Pergi main game, bersukan, tengok tv. Buat la pelbagai aktiviti, asalkan yang baik-baik dan tak langgar hukum agama dan norma masyarakat sudah lah. 

(8) Tetapkan diri

Mungkin kau akan rasa macam nak jadi jahat. Nak tengok blue lah, nak pukul orang, nak hisap rokok, macam-macam. Sebab tu dari mula lagi, elok kau waraskan minda dan hati kau, ok?

(9) Belajar memaafkan

Ye, memang menyakitkan hati apabila dilukai sebegini. Namun, elok kau belajar perlahan-perlahan untuk memaafkan 'dia'. Kenapa? Supaya kau boleh melupakan 'dia' dengan lebih senang. Kalau kau tak maafkan 'dia', nanti daripada perasaan sedih tu akan bertukar menjadi dendam. Masa tu, susah nak lupakan dendam. Serious. Jangan berdendam, lupakan dan maafkan 'dia'. Berfikirlah positif bahawa ada yang lebih baik untuk kau.

(10) Berdoalah, kembali kepada Allah S.W.T

Hidup ni kena pandai mencari hikmah. Kita tak tahu apa yang Allah S.W.T nak sampaikan kepada kita, malah kita tak tahu apa yang Allah S.W.T nak beri kepada kita. Semestinya Allah S.W.T tak beri kita benda yang baik, sebab dia nak kita dapat yang Terbaik. Berdoalah. Mungkin kita terlalu sibuk dengan 'dia' sampai kita lupa kepada-Nya, kan?

10 cara je, selebihnya bergantung pada diri kau. Aku kumpul semangat aku dengan support family, best friend, dan of course blogging. Alhamdulillah, aku berjaya bangkit daripada kesedihan aku dalam masa SATU hari sahaja. Semuanya, bergantung pada diri kita.

Lama-lama nanti, kita dah tak rasa apa-apa. Sebab kita dah ok, otak pon dah waras. Malah, Allah S.W.T akan reward kita dengan benda yang lagi Terbaik. Itulah hakikat ujian. Hanya diberi kepada hamba-hamba yang terpilih sahaja. Kalau kita lepas ujian tu, di'upgrade' pula darjat kita. Subhanallah!

Dah orang dah tak nak, faham-faham je la. Jangan kau nak sibuk-sibuk kejar dia lagi. Macam dia lah seorang je kat dunia ni. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor beb!

Mungkin dia berniat jahat kat kita, siapa tahu kan? Kalau dia nak permainkan hati kita yang tulus mulus mencintai dia, In Sha Allah, Allah S.W.T akan balas lah kejahatan dia tu. Jangan risau lah. Kita ni berTuhan, beragama, so buat lah cara yang diajar oleh agama masing-masing. Ok?

So, senyum ok? Jangan dikejar orang yang tak nak kat kita. Ramai lagi ok? Nah, serangkap pantun empat kerat untuk kau :

Pinggan tak retak,
Nasi tak dingin,
Kalau kau TAK NAK,
Aku lagi TAK HINGIN!

p/s: Bila seseorang kata, "Just friend ok?", sebenarnya ia membawa maksud, "AKU TAK SUKA KAU LAH!". So, nak kejar lagi ke orang camtu? Tak payah ok. Cinta tak perlu dikejar, ia sendiri akan datang kepada kau.

"Keep your heart carefully and give it to the person who totally qualified to keep your heart. Failure to do it will make you heartless" -tari basir-

Comments

  1. thankz atas perkonsian..sedikit sebanyak sye terase..and now i know ape perasaan orng diperlakukan mcm 2..:) kuat kan semangat eh.. stay smile..

    ReplyDelete
  2. haha, thanks. i'm ok, don't worry :) So kamu pon jangan la jadi orang yang melukakan perasaan orang lain. Apabila kamu kehilangan seorang lelaki yang betul-betul ikhlas menyayangi kamu, kamu adalah insan yang betul-betul rugi.

    ReplyDelete
  3. terbaik dan menarik. aku terpanggil nak berkongsi sedikit pengalaman, juga nasihat (kononlah). inb4 aku merasa tiap satu kejadian yang yang catit disini. cuma aku, di pihak perempuan, (yang menolak).

    benar, kalian senang antara sendiri. segalanya yang kalian lakukan, selesa bersama. macam yang kau katakan di atas. aku bagi contoh pada pihak perempuan, kerana aku perempuan. pada perempuan, menaikkan satu lagi level dari persahabatan akrab ke sebuah hubungan "percintaan", itu risiko.

    jawabkan aku, apa masih sama perasaan bilamana kau bersahabat, dengan bercinta?
    jawabkan aku, apa masih sama perasaan bilamana kau menyambung persahabatan kau yang dah putus ditengah jalan?
    sungguh, tak akan sama, bro. percayalah.

    bilamana hubungan persahabatan kalian yang akrab, "di-upgrade" ke hubungan percintaan, lalu putus di tengah jalan, dan pengakhirannya memungkinkan kedua kamu menjadi "complete strangers with memories".
    sakitlah.

    mungkin sebab kau digantung tak bertali, adalah kerana mungkin si perempuan sedang cuba menafikan realiti yang kau suka dia.
    husnudzon brader.

    you're still 18 bro, it's too young. maybe, just maybe it's not your destiny to be with her. someday you'll meet someone is better than her. waaay better. you still have a long journey to go before death. insya Allah.

    or maybe you have to get up and try again. haahaha!

    oh ya, about you p/s. suka tak semestinya cinta. tak suka tak semestinya benci. if i'm a guy, it's kinda hard to let your memories maker friend to go, i'll do something to her, well maybe, giving some explanation about what's going on between both of you. it might cools her off. it's no harm to try, right?

    okay that's a frigin' long comment. thank you for having your time reading this crap comment. haahaha.

    anyway, good luck, bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks a lot. Haha, aku takde ah rasa yg komen kau tu 'frigin'. Btw, thanks a lot. But, aku pelik mengapa kau rasa ia berisiko untuk mengupdate hubungan itu? Hurm, but ia bergantung right kepada individu. Sebab jodoh ni satu yg abstrak. Haha, but apabila kita sebagai çouple', kita boleh beri lebih kan daripada kawan? Hurm, haha.

      Maybe pendapat, samada man or woman berbeza, sebab although having a same gender doesn't mean having same character. Haha.

      Apa pun, thanks for supporting me. Good luck for you too, sis!

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers