Lesen untuk SENYUM?
'Sekiranya aku dapat memetik sebutir bintang pada setiap kali kamu membuatku tersenyum, nescaya seluruh bintang di langit ini sudah habis ku petik.'
SPM dah lama ah berlalu. So, sekarang ni merupakan time para lepasan SPM ni pulak untuk cuba usha-usha nak sambung belajar ke peringkat universiti ah. Tak kisah la, IPTA ke, IPTS ke, mahupun form 6. Bila aku bukak je Facebook, aku tengok status kengkawan aku semua dah pasal nak sambung belajar.
Ada jugak kengkawan aku yang sekarang pergi assistment, ada yang tengah temuduga untuk scholarship. Ada yang mula memasang hasrat nak fly, tak kisah la mana-mana. Kalau boleh semua scholarship kat Malaysia ni, JPA la, MARA la, semua kengkawan aku nak sebat. Haha.
Ada jugak kengkawan aku yang tengah kerja. Biasa ah, nak cari pengalaman. Mungkin la. But aku rasa lebih daripada nak cari duit poket, di samping mengelakkan daripada kebosanan. "Kebosanan boleh membunuh!" Haha, ayat famous dekat asrama. Bila bukak Facebook, aku pun naik jealous jugak tengok mereka-mereka ini meng'update' gambar mereka sedang bekerja.
Lama jugak masa nak tunggu tawaran belajar. Saban hari, ada je surat yang dimasukkan dalam peti surat rumah aku. Termasuklah jugak dalam peti surat henset aku, cuma surat yang, er, sms ah. Biasiswa la, temuduga la. Haha. But mostly, ramai kengkawan aku berjaya mengisi masa terluang mereka. Ada jugak yang pergi belajar memandu, al maklum lah, budak PLKN kan? Yang ada re-test ujian komputer pun ada.
Aku? Hanya jadi penganggur sepenuh masa dekat rumah. No komen.
Argh! Asal aku cerita pasal ni? Haha, kau pun mesti pelik. Whatever. Sorry, otak gua agak goyang sikit ah. Hari ni rumah aku panas, aku macam ikan yang masak steam tu. Asyik berpeluh je. Bila bercakap pasal belajar memandu tadi, aku tahu kenapa kau nak belajar memandu. Sebab selain nak jadi pro dalam bawak kereta, mestilah kau nak LESEN kan?
Tanpa LESEN, walaupun kau memiliki 10 kereta, namun kau tetap tak boleh memandunya dengan gaya freestyle di jalan raya, sebab kau tak berlesen. Maka, walaupun sanggup mengulangkaji undang-undang yang mungkin kau takkan guna lagi selepas kau dapat lesen, dengan buat 500 soalan pasal undang-undang, KEJARA la bagai, namun kau sanggup. Walaupun dulu time SPM, kau tak pernah buat latih tubi 100 soalan past year SPM.
Sebab apa? Sebab tu prosedur yang melayakkan kau dapat lesen. Ada lesen, boleh bawak kereta. Biar takde kereta, asalkan ada lesen.
Namun, aku nak beritahu. Untuk SENYUM, kau tak perlukan lesen. Kau tak perlu nak ambil ujian berkomputer, tak perlu nak test mata kau samada kau boleh cari kapal dalam titik-titik. Kau pun tak perlu nak pergi assistment, temuduga apatah lagi nak ambil SPM, hanya semata-mata nak senyum. Dan yang paling penting, kau tak perlukan seRINGGIT, seRUPIAH, seDINAR, mahupun seDOLAR untuk senyum.
Persoalannya, kenapa aku nak cerita pasal senyum? Senang je, sebab rakyat Malaysia susah nak senyum.
Sebenarnya, aku tak kisah kalau rakyat Malaysia ni tak nak senyum. Tapi aku kisah, apabila orang yang menjalankan kerja-kerja yang melibatkan komunikasi dua hala, tak pandai dan tak reti-reti nak senyum? Tak faham? Takpe. Meh sini aku cerita.
ALKISAH
STORY SATU
Ada satu hari tu aku pergi beli kasut dekat BATA. Setelah satu mall yang terkemuka dekat Seremban abis aku terokai untuk mencari kasut, disebabkan aku tak berkenan (mungkin sebab aku cerewet) memaksa aku untuk try pulak usha BATA, walaupun aku tahu BATA tak lah sebranded jenama lain. But, aku bukanlah hamba jenama.
Then ditakdirkan Allah S.W.T, aku dapat jugak kasut yang aku nak cari. Sebijik macam apa yang aku mimpi malam sebelum aku nak keluar shopping (note : itu bohong). Tengok pula saiz, 7. Besar, maka aku pun panggil lah sales girl dia.
Panggil berapa kali, sales girl tu tak dengar. Ikut hati aku nak 'cuit-cuit', but nanti pelanggan lain yang ada dalam BATA tu ingat lain lak. Bila sales girl tu tetiba tengok aku, aku pun cakap, "cari saiz 6 eh." Dengan gaya muka dan lunak suara yang menggoda (note : itu pun bohong).
Dan gaya muka ala-ala pemalas no 1 Malaysia, dia pun pergi la cari kasut size 6. Dipendekkan cerita, sampai nak bayar pun, muka dia still ala-ala pemalas no 1 Malaysia. And, semestinya, ia membuatkan aku rasa, macam malas nak datang lagi.
Sayangnya, wajah sales girl tu cantik. Mukanya ada mix Cina-Melayu. Aku terpikir, macam manalah tauke BATA tu ambil sales girl ni kerja?
STORY DUA
Ari tu aku pergi outer baju dan seluar kat pasar. Aku memang selalu outer kat kedai India, sebab memang murah dan aku pun boleh la nak kautim apa-apa. Sebelah kedai auntie India ni, ada kedai seorang mak cik Cina tua yang jual mainan.
Mula-mula aku terpikir, macam mana erk pendapatan mak cik Cina tua ni? Dah ah jual mainan, ye la kan. Dengan kehadiran permainan yang berbentuk Angry Bird dan Fruit Ninja, ataupun Call Of Duty mahupun Dota Allstar, macam impossible je budak-budak generasi Y ni nak beli mainan kat kedai mak cik Cina tua tu.
But, bila aku tengok muka mak cik Cina tua tu, aku rasa memang mustahil lah, untuk orang beli mainan kat kedai dia. Dengan muka yang seminit pun aku tak pernah tengok beliau senyum. Aku rasa, mak cik Cina tua ni boleh jadi 'pusher', sebab muka beliau teramat gangster.
Maka aku terfikir, berapalah income beliau sebulan? Dengan modal wajah camtu setiap hari.
THE END
Tu baru je sikit. Tak sampai 2 peratus pun rakyat Malaysia yang aku jumpa membuat muka yang boleh buatkan mood aku yang penuh pelangi menjadi puting beliung.
Aku pelik, kenapa orang yang bekerja dalam sektor perkhidmatan susah nak senyum? Mak cik pak cik yang kerja dekat kaunter KTM, tauke-tauke kat pasar, awek-awek sales girl, pak cik yang jual topi kat bawah ekskalator. Dan berpuluh-puluh ribu pekerja Malaysia yang melibatkan diri dalam sektor perkhidmatan, kerani sekolah, PENGETUA?
Kenapa susah nak senyum? Period ke? Gaduh dengan boss ke? Kerja tak best ke? Clash dengan pakwe ke? Pokok bunga mati ke? Hah?
Kalau macamtu, nampaknya kerajaan telah membazirkan wang untuk membentuk senyuman daripada bibir rakyat Malaysia. Dengan kempen, dengan browser, dengan lagu? Hah, what a waste! "Senyum tak perlu kata apa-apa", hah? Boleh mampus! blah!
Yang mengesalkan aku, yang malas nak senyum tu kebanyakan muka lawa-lawa. Mungkin mereka tak nak dilabel mengada, atau tak mahu orang lain try usha-usha. Entah? But bagi aku, just senyum je. Bukan menggedik. Senyum dengan menggedik berbeza kot?
Dengan senyuman, sebuah kedai makanan yang ada roti canai boleh penuh. Dengan senyuman, sebuah kedai makanan fast food boleh penuh. Dengan senyuman, kau boleh terbeli baju yang gila mahal. Dengan senyuman, kau boleh jatuh hati dengan seseorang. Dengan senyuman, seseorang boleh terperdaya dengan along. Along yang kerja haram pun boleh senyum, anda semua kerja halal kot?
Pendek kata, senyum merupakan ramuan terbaik dalam memiliki kedai yang penuh dengan orang, membuatkan barangan kita orang beli, dan yang paling penting, orang rasa selesa nak berurusan dengan kita. Kerja dalam sektor perkhidmatan, memang kena menghadap muka orang hari-hari. Kan molek kalau senyum, sekurang-kurangnya orang selesa nak berurusan.
Kita tak tahu, mungkin dengan senyuman kita, kita boleh menceriakan seseorang yang sedang berada dalam masalah besar. Who knows?
Dengan senyuman juga, seseorang itu boleh pancing undi. Haha.
Senyum eh pekerja-pekerja Malaysia. Jangan tension-tension, nanti I pun tension. Bila I tension, nanti jangan harap I nak beli barang you. Peace!
p/s: "Kalau tak pandai senyum, jangan berniaga" -peribahasa Cina-
Comments
Post a Comment