Hadiah Hari Jadi Paling Bermakna Seumur Hidup Korang?

Alhamdulillah, sekarang aku tengah berada dalam musim final untuk sem ni. Alhamdulillah, aku ada lagi 4 paper lagi. Yang buat aku terpaku sebentar, rupanya kita dah masuk tahun baru 2014. Walaupun secara literalnya, kita dah pun masuk tahun baru, namun mungkin disebabkan kurang penghayatan Islam dalam negara kita, menyebabkan kita lebih terkesan dengan 1 Januari, berbanding 1 Muharam, haha, termasuklah aku.

So, sebelum aku nak masuk kepada tajuk, aku nak ajak kita untuk berfikir sekejap. Kita sekarang dah masuk tahun baru 2014, so jika korang susah untuk bermuhasabah dengan tahun 1434 hijrah, sekurang-kurangnya kalau korang bermuhasabah dalam tahun 2013 yang lalu pun, tu pun dah kira alhamdulillah.

Tahun 2013, aku banyak dikejutkan dengan berita-berita dan peristiwa yang memang aku tak boleh terima, yang buat aku terpaku, yang buat aku menangis, yang buat aku tergelak, dan bermacam-macam eksperiasi emosi yang muncul, namun dapat aku simpulkan, tahun 2013 adalah tahun yang banyak mengajar aku bermacam-macam perkara, termasuklah dalam soal hati dan perasaan, dan semestinya, semakin mematangkan aku.

So, aku berdoa, semoga tahun 2014 ni Allah S.W.T limpahkan kepada kita semua keberkatan yang banyak, dan menghindarkan kita daripada bala bencana yang bakal berlaku, atau yang sedang berlaku, amin.

Tahun ni aku rasa sangat istimewa, sebab buat kali pertamanya, aku boleh gunakan call free, sebab besday aku, haha. Bajet dan teriak pulak. Besday aku selalu jatuh, dan memang wajib jatuh dalam waktu persekolahan, dan sebagai pelajar sekolah yang berakhlak mulia dan berdisiplin tinggi, aku tak lah bawak henset pergi sekolah.

Kalau nak imbas semula zaman persekolahan aku, memang best bila sambut besday kat sana. Contoh, waktu pagi aku pergi sekolah, dalam meja kosong je. Tapi bila aku masuk balik kelas lepas rehat, tengok-tengok meja aku sudah penuh, dengan hadiah, so sweet!

So, aku nak buat pembetulan, aku tak katakan besday tahun ni best sebab aku dapat guna call free, haha, takde ah aku gila sangat kat call free, cuma tahun ni, aku katakan istimewa, sebab aku dapat sambut dengan kawan-kawan baru, di tempat baru, dengan suasana baru, cuma aku sedikit terkilan, sebab tak dapat sambut dengan kehadiran keluarga di sisi aku. But it's ok.

Actually, aku bukanlah jenis orang yang memang berahi (suka : terengganu) bab-bab besday ni. Sebab bagi aku, besday menunjukkan kita semakin tua, semakin meningkat usia, maka secara literallynya, masalah kita juga akan meningkat tarafnya, sesuai dengan kematangan kita dan usia yang semakin meningkat.

Walaubagaimanapun, aku tidak menolak kalau orang nak bagi hadiah. Aku terima dengan hati yang terbuka dan dengan senyuman yang lebar. Sebab ada orang yang menghargai aku, di waktu hari yang merupakan antara hari-hari istimewa bagi seorang manusia.

Bergantunglah kepada manusia, samada diorang nak katakan besday ni hari istimewa ke, besday ni hari biasa ke, bida'ah ke, gaya orang kafir ke, namun pada pendapat aku, besday or hari jadi ni merupakan hari yang patut manusia sambut? Kenapa?

Aku melihat, kita ni sebagai manusia lebih banyak menghargai orang lain daripada diri kita sendiri. Buktinya, kita banyak menangis, serabut, sakit hati disebabkan orang lain, daripada disebabkan diri kita sendiri. Malah, kita lebih banyak menjaga perasaan, hati orang, daripada menjaga perasaan dan hati kita sendiri.

So, bila waktunya, kita nak manjakan diri kita pula? Sedangkan hampir setiap masa dalam hidup kita, kita banyak manjakan orang lain?

Jawapan aku, dalam hari jadi ah. Hari jadi merupakan hari yang terbaik untuk kita manjakan, sayangkan, cintakan, diri kita ni. 

Kita selalu belanja orang makanan sedap, namun time besday kitalah, kita pulak belanja diri kita sendiri dengan makanan sedap. Selalu kita yang belikan orang lain pakaian (untuk yang sudah berkeluarga sahaja, kalau bujang jangan bajet ok) tapi, time besday kita, kita pulak belikan untuk diri kita pakaian yang cantik-cantik.

Ok ah, mungkin ada yang akan katakan aku ni macam liberal, haha, sebab kita gunakan benda-benda dunia untuk sambut hari jadi. Haha, bagi aku, benda-benda dunia membawa kepada akhirat. Bukan sebahagian ah.

Bagi aku, ia sebagai satu cara untuk kita menghargai diri kita, so depends lah bagaimana korang nak sambut, samada sorang, dengan family, dengan member, dengan 'sahabat' ke, cuma pastikan, keberkatan itu penting, ok?

Kalau korang nak smart lagi, cuba korang ubah sedikit gaya sambutan besday korang. Kalau dulu korang selalu je lupa atau tertinggal nak baca Quran, cuba kalau dalam besday korang, korang lazimkan baca Quran. Kalau korang selalu malas nak solat sunat, cuba kalau dalam besday kita tu, kita penuhkan dengan solat sunat, baru smart doh!

Pendek kata, cuba dalam besday kita tu, kita penuhkan sepenuh hari tu dengan amalan-amalan kebaikan, mana tahu, kita mati pulok time tu, haha.

So, aku nak teruskan dengan apa yang aku nak sampaikan dalam post ni. 

Setiap orang ada hari jadi, dan asal kita sebut hari jadi je, kita mesti terbayang banyak perkara, kan? Kek coklat lah, chesse cake lah , vanilla la dan macam-macam lagi jenis kek. Pastu sambutan dia pulak, samada sesama kita je, atau pun jemput satu taman. Tapi semestinya, bila orang sebut hari jadi, benda yang paling utama orang ingat, dan bayangkan ialah, HADIAH.

Kalau seseorang tu berumur 20 tahun, maka automatiknya dia telah mendapat 20 hadiah kan? Itu pun kalau dia seorang je yang sambut besday dia. Tapi setiap tahun sekurang-kurangnya dia dapat 5 hadiah, tu pun paling sikit. So maknanya, dia dapat lebih kurang 100 ah hadiah, itu pun paling sikit.

Begitu jugak dengan korang. Namun, dalam banyak-banyak hadiah yang kita dapatkan, bukan kesemuanya tu kita suka kan? Mesti ada dalam banyak-banyak tu, hadiah yang palinb berharga kan? Dan ia dikatakan berharga bukan sebab harga, mahal ke, ataupun berharga sebab jarang dapat, ataupun berharga sebab diberikan oleh seseorang yang istimewa, namun kita katakan ia berharga, sebab di sebalik hadiah tu, ada cerita dan kisah yang tersendiri.

Kalau sebut hadiah, mesti kita akan bayangkan benda-benda yang berjisim kan? Benda-benda yang kita boleh lihat, rasa, sentuh dan bau. Kalau sebut hadiah, mesti kita katakan ia diberikan oleh manusia kan? Takkan lah binatang peliharaan pulak yang bagi kita hadiah, mustahil kan?

So, aku nak ajak korang berfikir, apakah sebenarnya hadiah hari jadi yang paling bermakna seumur hidup korang?

Jawapan aku, hadiah hari jadi yang paling bermakna seumur hidup kita ialah, kita masih lagi hidup. Masih lagi ada kehidupan, masih lagi mampu untuk meneruskan penulisan kita dalam mencorakkan buku kehidupan kita.

Buktinya, kita sambut hari lahir time kita hidup la kan? Takkan lah time kita mati pulak? Kalau asal besday je kita mati, maka ia takkan dipanggil hari jadi? Malah, hari jadi ni merupakan anivessary atau ulang tahun sebab kita masih lagi hidup kat dunia ni.

Dan kenapa aku katakan ia paling bermakna? Sebab ia diberikan oleh bukan manusia macam Presiden ke, PM kita, tokoh-tokoh ilmuwan, artis terkenal ke, atau insan-insan yang kita sayang sangat, mahupun diberikan oleh Nabi atau Rasul, namun, ia diberikan oleh TUHAN iaitu Allah S.W.T, di mana Dia menetapkan bahawa kita masih hidup di hari jadi kita.

Maka, korang tak perlu berbangga dengan sambutan hari jadi korang yang havoc, ataupun dapat hadiah yang diberikan oleh orang-orang yang terkenal, ataupun hadiah tu memang mahal gila, jarang dapat ke, namun korang perlu berbangga, dengan hadiah 'MENERUSKAN KEHIDUPAN' yang diberikan oleh Pencipta kita, iaitu Allah S.W.T.

So, akhir kata, tiada yang lebih bermakna, melainkan nikmat dapat meneruskan kehidupan kita walaupun hari ini merupakan besday, hari jadi, ataupun ulang tahun kita. Jadilah hamba yang bersyukur, sebagaimana riak muka kita yang happy gila selepas dapat hadiah daripada orang yang kita sayang.

Tersangat mudah untuk mensyukuri 'hadiah' yang dah Allah S.W.T, iaitu dengan buat semua perintah-Nya, dan tinggalkan larangan-Nya. Mudah kan?

Aku ucapkan Selamat Hari Jadi kepada sesiapa yang menyambut hari jadi pada hari ni, besok, lusa, tulat, mahupun yang dah lepas. Kalau dapat hadiah, jangan lupa ucap 'terima kasih', pastu korang berikan pulak hadiah time besday dia nanti, eh? Dan yang paling penting, doakan semoga Allah S.W.T memberkati kehidupan dia, ok?

Rasulullah S.A.W bersabda kepada Abu Hurairah R.A : “Berilah hadiah antara satu sama lain, nescaya kalian akan saling mencintai” 

(Riwayat Bukhari dan Baihaqi)

Selamat Hari Jadi aku ucapkan kepada semua yang menyambutnya, untuk kamu dan juga aku.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers