Kahwin muda : Pendapat aku?

Hahaha, suatu tajuk yang menarik untuk dibincangkan terutamanya kepada remaja-remaja macam aku. Aku yakin dan percaya, post ni akan mendapat perhatian khususnya muslim dan muslimah yang berjiwa Islamik, kot ah, aku rasa.

Tanpa iklan dan mukaddimah, aku straight to the point je.

Aku hidup di suatu zaman di mana dunia semakin menuju penamatnya. Dah aku pun termasuk dalam golongan umat akhir zaman, termasuklah kau yang sedang membaca post ni.

So, bila sebut pasal umat akhir zaman, semestinya dunia kembali berputar pada suatu zaman yang mengangkat maksiat. Meskipun aku tengok, belum lah sampai suatu negara tu menjadikan zina sebagai undang-undang wajib negara, tapi kalau kita tengok sendiri pun, samada kat media massa ataupun cetak, kita semua akan bersetuju.

Maka, akan wujudlah sesetengah golongan, terutamanya anak-anak muda muslim dan muslimat yang berjiwa Islamik, menetapkan tujuan, matlamat dan impian mereka, ditulis kat dalam diari mereka, ditampalnya stick note kat tepi dinding katil dan bermacam-macam cara.

Sebab, mereka mahu menyelamatkan diri mereka, daripada terjerumus dalam kancah maksiat dan zina, sebab walaupun ia tidak dicari, namun ia bakal menjadi suatu fitrah yang tidak dapat dielakkan.

Ya, aku memang bersetuju dengan teori ini. Aku rasakan ia menjadi sebab yang tersangat kukuh untuk kahwin awal.

Kalau aku pergi dengar ceramah, atau tengok video, atau tengok ceramah yang divideokan, terutamanya daripada Ustaz Azhar Idrus, majoriti ustaz-ustaz menggalakkan remaja-remaja sekarang untuk berkahwin awal, sebab untuk menjaga diri mereka daripada maksiat, di samping mereka dapat menyalurkan fitrah mereka pada jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Beberapa tahun dulu, pernah keluar kat berita mengenai satu pasangan yang berkahwin muda, si suami dan si isteri masih lagi bersekolah. Memang kecoh jugak, dan ramai yang menyokong, begitu jugak ramai yang menolak.

So, persoalannya, mengapa golongan ini menolak, dan membantah perkahwinan awal di zaman remaja?

Maka izinkan aku menjawab, dan meluahkan rasa geli dan agak kurang senang, dalam post aku kali ini. Aku tujukan post ini kepada syabab remaja muslim dan muslimat, termasuklah aku sekali.

Sejujurnya, aku juga ingin berkahwin awal. Pabila mengenangkan adik beradik aku yang hanya 2 orang je, aku faham bagaimana perasaan parents aku, lebih-lebih lagi kepada ibu aku. 

Aku duduk sekolah asrama, so bila aku takde kat rumah, tinggallah ibu aku bersama ayah aku dan kakak aku je. So, bila kakak pergi sekolah, dan ayah aku pulak pergi kerja, sudah konform ibu aku duduk rumah, sebab ibu aku tak bekerja.

Kenapa ibu aku tak bekerja? Adakah beliau tidak berpelajaran? Jawab aku, tidak, ibu aku juga memiliki diploma, juga seorang yang berpelajaran, namun beliau patuh kepada pesanan ayah aku yang mahukan kedua-dua cahaya hati mereka mendapat perhatian yang lebih, terutamanya ibu, sebagai wakil ayah.

Kenapa lagi, sebab menjadi tugas ayah untuk mencari nafkah, tugas ibu pulak untuk menjaga makan minum keluarga, meskipun ia bukanlah tugas mutlak ibu untuk menjaga makan minum keluarga, sebagaimana bukan tugas mutlak ayah untuk mencari nafkah, namun actually itulah yang terbaik.

Aku melihat, bila parents bekerja, anak-anak di rumah kurang mendapat perhatian parents. Memanglah tak semua, namun kan nampak cantik pabila si ayah bekerja, dan si ibu pula di rumah? Kan?

Ok, aku tak mahu membincangkan lebih-lebih pasal benda ni, aduhai, terlajak pulak. Mana aku tadi?

Oh, aku memang nak berkahwin awal, sebab aku nak memeriahkan parents aku dengan cucu-cucu yang ramai, sebab aku faham mengenai kesunyian parents aku, espcially ibu aku yang tersayang.

Juga, aku mahu berkahwin awal sebab aku nak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W yang berkahwin ketika 25 tahun, suatu usia yang agak cantik pada fikiran aku untuk berkahwin. Tak cepat, tak lambat. Sebab, aku faham, kemajuan dunia sekarang, bakal melahirkan golongan pemuda dan pemudi yang workaholic atau seorang yang terlalu kuat bekerja.

Memang ah, bila dah boleh belanja duit sendiri, memang tersangat seronok, kan? 

Aku, calon dah ada, cuma tak tahu ah dia sudi tak kat aku, hahaha. Ok, geli.

Aku mula serius, kalau kau masih lagi setia membaca post ni, kau akan tahu bahawa aku bukanlah golongan yang menentang berkahwin awal, malah antara orang yang menginginkannya, kan?

Namun, macam aku cakap tadi, aku tetapkan usia 25 perhaps, untuk berkahwin. Bukannya 19, 20, atau ke bawah, haha.

Ok, serius. Begini, bagi aku berkahwin awal merupakan suatu amal yang tersangat mulia, namun kengkadang aku berasa kurang enak, sehingga mencapai tahap geli, pabila melihat sebahagian syabab muslim muslimat yang menyuarakan pandangan mereka yang 'memang' nak kahwin awal, melalui Facebook, Twitter dan sebagainya.

Contoh :

(1) Aku sedang menunggu imamku, owh, persiapkanlah dirimu wahai imamku, blah blah.
(2) Teringin nak anak sendiri, bilalah saya boleh ada anak sendiri erk?
(3) Diriku mahu yang insan yang terbaik, namun apakan daya, diri ini bukan yang terbaik.
(4) Semoga Allah S.W.T menjaga imamku dengan baik, blah blah.

Dan status or post yang sewaktu dengannya. Tak larat untuk aku menulis, hahaha. Tak sanggup.

Mengapa sesetengah golongan, terutamanya golongan yang berusia seperti ibu dan ayah kita, tidak menyokong remaja untuk berkahwin di usia muda? Pada pendapat aku, ia disebabkan :

(1) Remaja yang nak berkahwin awal tu, dilihat oleh mereka, masih belum lagi berperwatakan sebagai seorang yang matang

Memang, aku menyokong statement ini. Sememangnya, kematangan menjadi kayu pengukur, untuk membolehkan sesuatu perkahwinan itu bertahan lama. Namun, kalau kita sendiri masih lagi berperangai macam budak-budak, maka bagaimanakah ibu bapa kita nak approve niat kita untuk berkahwin awal?

(2) Remaja yang nak berkahwin awal tu, dilihat oleh mereka, tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan mereka berkahwin

Ciri-ciri yang aku maksudkan ni, bukanlah fizikal, namun aku maksudkan lebih kepada skil-skil kehidupan. Bagaimanalah ibu bapa kita nak approve niat kita untuk berkahwin awal? Makan ibu masakkan, baju ibu gosokkan, dibasuhkan, balik rumah ayah hantarkan, ditanggung, result periksa teruk menangis, tak dipenuhi merajuk pula, tengok Spongebob, Oggy and Cocraches, Barbie, blah blah, takde ciri-ciri orang yang layak untuk berkahwin langsung!

Alam perkahwinan memang tersangat susah, walaupun aku belum berkahwin, namun aku menghayati, melihat, merasai dan mengkaji perkahwinan ibu dan ayah aku, walaupun diuji dengan ombak, namun cinta mereka berdua masih utuh, huhuhu, hebatnya mereka berdua.

Memanglah susah nak jumpa pemuda pemudi, terutamanya syabab muslim muslimat yang perfect gitu, but atleast bolehlah menguruskan kehidupan mereka , walaupun tanpa bantuan parents. Barulah ibu bapa percaya and approve niat kita kalau nak berkahwin awal.

Ni, masak pon tak pandai, takkan nak makan luar kot? Pakaian dalam pun ibu belikan, apa cerita?

(3) Remaja yang nak berkahwin awal tu, dilihat oleh mereka, tidak kuat dan patuh pada Islam dan istiqomah mengamalkannya

Ya, ni memang sangat menyentapkan, termasuklah aku lebih-lebih lagi yang terasa. Aduhai.

Bila sebut pasal berkahwin, ia melibatkan si suami dan si isteri, kan? Si suami, lebih-lebih lagi ah, perlu memimpin si isteri, agar rumah tangga mereka dapat dipandu ke jalan yang diberkati Allah S.W.T. Si isteri juga sama, menjadi pembackup si suami pulak. Mana tahu kalau si suami tersilap, si isterilah yang akan membetulkan suaminya.

Aku pun, kengkadang terbabas juga bab-bab semayang ni, hahaha. Aku tak katakan, kalau nak berkahwin muda kena hafal hadith arbain, kena hafal yasin, kena jadi hafiz hafizah Quran, kena jadi imam surau, kena tu, kena ni, tapi yang penting benda yang wajib kita perfect.

Solat 5 waktu cukup, buat di awal waktu pulak, mengaji pandai dengan bertajwid, biar ah tak berlagu pun, kemudian ada basic-basic ilmu agama, contoh pandai solat jenazah, pandai kafan, kemudian tahu sikit-sikit pasal persoalan agama, tahu hukum-hakam, biar pun just tengok Youtube je.

Ni tak, solat jenazah pun tak tahu, sampai rukuk dan sujud pulak time solat. Haha.

Pendek kata, kalau kita perfect bab ni, in sha Allah, takde masalah. Amin.

NI PENDAPAT AKU SAHAJA, OK?

Hurm, aku faham, mungkin ada yang tak bersetuju dengan pandangan aku. Namun bagi aku, bila ada sebahagian daripada syabab muslim dan muslimat yang mewar-warkan niat mereka, menzahirkan keinginan mereka yang nak kahwin awal, kadang-kadang ia boleh menimbulkan fitnah pulak kat remaja-remaja yamg mungkin tak berapa nak Islamik, atau juga kepada golongan-golongan yang anti kat Islam.

Mungkin remaja-remaja yang tak berapa Islamik ni fikir, "diorang ni sibuk sangat nak kahwin, blah blah, mesti nak **** je la tu, apa ah, kata je Islamik, blah blah", mungkin lagi teruk ke?

Aku yakin, majoriti masyarakat mula menyokong niat-niat syabab muslim dan muslimat untuk berkahwin awal, namun pada hemat aku, tak perlulah kita nak hebohkan kat semua masyarakat dunia, mengenai niat kita tu, post status ke?

Sebab aku nampak, macam, tak berapa cantik la kalau camtu. Apatah lagi, kalau kita ada kawan-kawan yang kenal kita, dan mendapati kita ni macam tak layak je, macam takde ciri-ciri je nak kahwin awal. Kan malu camtu?

Pendek kata, kita ni tak payah la nak khabarkan kat semua orang, biar kita-kita je tahu, kadang-kadang, tak semestinya kita perlu war-warkan impian kita kan semua orang kan? 

Sebab, ia mungkin menimbulkan rasa kurang senang, menyampah dan geli kepada sesetengah pihak, terutamanya aku. Apatah lagi kalau yang tukang post tu adalah orang yang aku kenal, dan orang yang aku kenal tingkah laku dia, aduhai.

Akhir kata, aku mintak maaf kalau siapa-siapa yang terasa, macam yang aku cakap, tersangat tak salah untuk nak berkahwin awal ni, namun tak perlulah kita ni terlalu excited, atau terlalu penuh wall dan status kita kat Facebook or Twitter pasal benda-benda camni.

Silap-silap, orang naik menyampah dengan kita, terutamanya kengkawan yang kenal kita. 

Banyak lagi benda-benda yang lagi penting, jika nak dibandingkan dengan berkahwin awal. Namun, tak aku nafikan, berkahwin awal juga benda-benda yang tak kurang pentingnya, kan?

Sebab, kalau kita betul-betul seorang syabab muslim dan muslimat, kita takkan ambik kisah pasal perkara ni, sebab kan jodoh itu kan dah ditetapkan Allah S.W.T, kalau dah jodoh tak ke mana kan?

Tepuk dada, tanya iman. Aku just menyuarakan pendapat dan isi hati sahaja, tak dipaksa untuk diterima, cuma harap mungkin boleh ditatapi post aku ni sehingga tamat.

In Sha Allah, kan semuanya ditetapkan oleh Allah S.W.T, walaupun kita juga perlu mencari, namun kan elok kita ikut dengan peredaran masa. Tak boleh tergopoh gapah dalam bab-bab kahwin ni, merana badan nanti. 

Perbaiki diri kita dahulu, sebelum nak memiliki pasangan, termasuklah aku, haha.

Comments

  1. setuju...bagi aku, jodoh tu dtg sendiri...so, x yah nk pkir sampai nk tercabut kepala...ada benda lg penting...thnks...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakaka,, thanks pada kamu,,

      Delete
    2. Salam admin. Good sharing kali ni. Insyallah, jodoh yg baik utk org yg baik. Kita tnggu je. rezeki dan jodoh tu datang. insyallah. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Delete
    3. Wslm, terima kasih ye krn mmbce. In sha Allah, nnti ada masa sy baca ae?

      Klu baca tu blh trus jd slim ke cmne? Hahaha.

      Delete
  2. Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

    Satu artikel yang seronok mengenai Kahwin muda. Jemput ke blog saya untuk baca mengenai mengapa lelaki takut kahwin muda? Jalalboy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum slm bro. Hahaha, ok ade masa gua singgah :) Tp saya xtakut kahwin muda, cuma duit n calon xde, wuahaha

      Delete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers