Melihat dengan HATI
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.
Apa khabar? Wakaka, skema gila ayat, macam intro rancangan tv pulak, hahaha.
Alhamdulillah, aku kini sedang bersantai kat rumah aku a.k.a
syurgaku di dunia, menikmati saki baki cuti semester 2 yang masih lagi aku
kira, panjang lagi, hahaha. Bersantai bersama parents aku, menikmati udara
bandar yang tak berapa beroksigen, makan makanan negeri sendiri, dan mengadha
tidur aku di bilik aku yang bertaraf 10 bintang.
Apa, aku rasa ada je aku terlebih tidur masa kat universiti
haritu? Haha, katil bilik aku sedap lagi kot?
Well, hari ini, selepas beberapa hari aku menghabiskan masa
cuti tanpa sebarang perkara or aktiviti yang havoc, dan selepas beberapa
peristiwa yang menghiburkan dan menyedihkan berlaku kat aku dalam cuti ini,
akhirnya aku berjaya duduk menghadap laptop, bukak internet, dan cuba
menterjemahkan isi hati aku dalam blog aku ni.
Ceh, ayat bajet dan skema. Puihh.
Hari ini, aku tengok banyak isu-isu yang pelik berlaku kat
negara kita ini, yang paling menarik pada hemat aku ialah, isu kangkung.
Hahaha, aku taklah berapa sangat suka kangkung, tapi kalau dah takde sayur lain
yang menarik perhatian aku, dan kangkung ada disediakan, maka beliaulah yang
akan ku rembat ke dalam pinggan.
Walaubagaimanapun, aku tak ambik cara (tak ambik peduli) pon
pasal isu ni, sebab mungkin aku kekurangan sifat empati, kasihan dan belas
kepada mereka-mereka yang memperbesarkan isu ini. Marahnya mereka-mereka ini,
sampai adanya lagu-lagu remix, hahaha. Hebat rakyat Malaysia, menterjemahkan
kemarahan mereka kepada suatu seni yang kreatif.
Sebagai seorang rakyat, aku juga marah, bengang, pelik dan
kasihan kepada segala kemelut yang membelenggu rakyat Malaysia, meskipun aku
kini ditanggung dan belum lagi menanggung sesiapa pun. Namun, aku berasa
kasihan melihat ayah aku yang hari-hari menggaru kepala acap kali mengisi
minyak di stesen minyak.
Maka, aku meminta maaf, kerana gagal menjadi sebahagian
kelompok yang begitu berang dengan penurunan harga kangkung, mungkin disebabkan
aku bukanlah pencinta kangkung, atau macam aku cakap tadi, aku masih lagi
kebudakan dalam memahami isi hati mereka yang, err, marah perhaps?
So, izinkan aku untuk menyertai golongan yang memandang isu
ini, tidak perlu dipolimikkan, diisukan atau dipolitikkan, apa, takkan la,
kangkung je kot?
End of the mukaddimah.
Pagi tadi, aku dikejutkan dengan satu sms, yang menyatakan
bahawa result final semester 2 dah keluar. So, dalam keadaan aku yang tidur
macam orang tak tidur seminggu, terus on laptop, dan mencari kebenaran mengenai
statement berikut.
So, aku mendapati statement itu benar, lalu memaksa aku
membuka dan mencari keputusan result aku dalam separuh jaga dan sepenuh debar
di hati.
Bila dah terpapar kat skrin, aku terkejut, dan emosi aku
bercampur antara suka dan duka. Suka sebab result aku masih lagi ok, duka sebab
tak dapat kekalkan kejayaan semester 1. So, dalam keadaan aku yang bercampur
emosi itu, aku kejutkan kedua parents aku yang sedang lena, dan mengkhabarkan
berita tersebut.
Peristiwa itu berlaku pada pukul 1 pagi lebih, maka wajarkah
aku mengejutkan kedua parents aku? Aduhai, zalimnya aku. Mohon, jangan
dipolimikkan, diisukan atau dipolitikkan perlakuan aku ini? Please?
Maka, tujuan untuk aku mengarang di blog ini, bukan aku nak
mengkhabarkan atau menceritakan mengenai result aku, aku jaga separuh sedar,
mahupun kangkung, namun apa yang aku nak khabarkan, kongsikan kepada kalian
ialah, kita selalu melihat sesuatu itu baik disebabkan ia ditetapkan secara
fitrah oleh manusia.
Contohnya, seseorang yang memiliki wajah yang putih,
berambut lurus, hidung mancung, tinggi, berbadan tegap, maka itulah yang
dikatakan seorang lelaki yang kacak. Seseorang yang memiliki Phd, digelar professor,
maka itulah yang dikatakan seorang yang pandai.
Dan pelbagai lagi contoh yang sewaktu dengannya.
Sama juga dalam pelajaran. Student yang dapat pointer 3.5 ke
atas, maka dia seorang yang pandai, sebaliknya, student yang tak dapat pulak,
dilabel sebagai seorang yang tak berapa pandai.
Maka aku berpandangan, rugilah kita kalau kita ini hanya
melihat dengan mata sahaja. Hanya melihat suatu kebenaran yang berpaksi di atas
ketetapan fitrah seluruh umat manusia.
Sebelum aku pergi lebih jauh, izinkan aku bercerita mengenai
penglihatan. Majoriti umat manusia akan bersetuju dengan aku, kalau aku katakan
bahawa manusia melihat dengan mata. Sebahagian umat manusia akan mengatakan aku
gila, kalau aku katakan bahawa manusia tidak melihat dengan mata. Sebahagian
umat manusia pula, akan bersetuju, jika aku katakan, manusia juga melihat
dengan hati.
Ya, manusia juga melihat dengan hati, sehinggakan wujudnya
perkataan 'mata hati'. Apa bezanya melihat dengan mata, dengan melihat dengan
hati?
Jawapannya tersangat mudah. Semudah mencelur kangkung di
dalam air panas.
Pabila kita melihat dengan mata, kita hanya nampak sesuatu
benda yang berzarah, dibina hasil campuran molukel dan atom, dan memenuhi ruang
jisim dan jirim. Dengan mata juga, kita hanya melihat suatu kebenaran yang
hanya berpaksikan kepada pengetahuan dan fakta yang telah dipersetujui oleh
semua umat manusia.
Contohnya, setiap pelajar yang dapat pointer 3.5 ke atas,
atau dapat 11 A+ SPM, atau belajar oversea, yang hensem, yang lawa, maka dia
semestinya akan berjaya dalam kehidupannya. Kan? Itu suatu perkara yang
difitrahkan oleh umat manusia.
Pabila aku katakan, melihat dengan hati pula, tidak aku
katakan melihat dengan hati ini hanya termaktub kepada manusia-manusia yang
memiliki agama sahaja, kerana ia merupakan fitrah manusia sejagat. Namun, hanya
manusia-manusia yang memiliki agama sahaja, apatah lagi beragama Islam yang
mulia ini, dapat mengoptimumkan penggunaan mata hati.
Aduhai, ilmiahnya ayat aku, begini sebenarnya.
Hebatnya orang Islam, sebab di sebalik duka, onak, ranjau,
pahit hempedu yang diberikan Allah S.W.T kepada hamba-Nya, mereka masih lagi
dapat mengukir sebuah senyuman. Kerana, ujian yang diberikan Allah S.W.T,
bukanlah untuk menyukarkan atau memusnahkan hamba-Nya, namun ia merupakan suatu
hadiah yang bermakna, untuk menguatkan mereka dan meninggikan darjat mereka.
Semakin hebat, kuat dan tegap iman seseorang muslim itu,
maka begitu juga semakin hebat, kuat dan tegap ujian yang diberikan oleh Allah
S.W.T.
Pada penglihatan mata, ataupun benda-benda yang kita boleh
nampak, secara logiknya manusia lebih kuat pabila diuji dengan masalah,
daripada dibelai dengan nikmat, kan?
Kita jarang menggunakan mata hati kita setiap kali tersepit
di dalam ujian Allah S.W.T. Pabila kita menggunakan mata hati, kita cenderung
untuk bermuhasabah diri, mengkaji kelemahan kita, dan kita juga akan berjaya
membelai hati, emosi dan perasaan kita yang berkocak dengan angin duka cita.
Dengan menggunakan mata hati, kita juga akan cenderung untuk
kembali kepada Allah S.W.T, maksud aku bukanlah dengan mati, namun dengan
merintih, mengkhabarkan kesemua kedukaan kita kepada Yang lebih layak.
Pabila manusia menggunakan mata hati, maka tak perlu
wujudnya hospital sakit jiwa, tak perlunya wujudnya ubat-ubatan, tak perlu
wujudnya ilmu-ilmu psikologi, tak perlu adanya course-course yang berkaitan
dengannya, sebab umat manusia lebih-lebih lagi umat Islam, mampu menyulam tawa
walaupun dilanda tsunami masalah.
Tapi, disebabkan gagalnya manusia menggunakan mata hati,
menyebabkan isu kangkung yang kecil, tampak besar, jika dibandingkan dengan isu
diri mereka yang lalai dengan isu permasalahan umat Islam yang sememangnya
besar.
Memang pointer 3.5 ke atas tampak gah di mata manusia, namun adakah ia layak mendapat keberkatan Allah S.W.T?
Allah S.W.T Maha Adil, keberkatan-Nya dalam kehidupan
seseorang hamba-Nya tidak diukur dengan fakta yang diakui semua umat manusia
sejagat. Yang pandai, yang lawa, yang hensem, semuanya yang tampak baik di mata
manusia, itulah yang diberkati oleh Allah S.W.T.
Maka bagaimana yang tak pandai, tak lawa, tak tu dan tak ni?
Adakah mereka tidak diberkati?
Semestinya jawapannya tak. Kita memang nak mengejar
kebaikan-kebaikan yang diidamkan semua manusia sejagat, but sometimes, there is
nothing we can do about it, melainkan redha dan sabar je. Tapi Allah S.W.T tu
adil, tersangat adil.
Bukan semua yang pandai itu hensem, bukan semua yang pandai
itu berjaya, ada juga yang tak pandai itu hensem, dan ada juga yang tak pandai
itu berjaya.
Pendek kata, stop menilai sesuatu dengan mata, tapi cuba
nilailah sesuatu dengan mata hati. In Sha Allah, tiada lagi hati yang akan
gersang, dan tiada lagi mata yang berlinang.
Everything is about SYUKUR, bersyukurlah, sebab sedikit je
antara umat manusia yang bersyukur atas nikmat Tuhannya.
Mata kadang kala buta, namun mata hati tak pernah silap.
Melainkan mata hati kita dikaburi dengan kabus noda dan dosa.
Jangan sedih-sedih lagi, keep positif, it is not the end of
the world, banyak lagi kejayaan yang sedang menunggu kita <3
Comments
Post a Comment