Agama Bukan Topeng : Hipokrasi Yang Terselindung

Hari ini aku hidup, takkan sesekali aku lupa bahawa aku pernah melalui zaman kegelapan jahili. Suatu zaman di mana kehidupan aku dipenuhi noda dan nista, zaman yang cukup gelap bagiku.

Oh, janganlah pulak korang bayangkan kehidupan aku macam movie KL Gangster pulak. Ada dadah berkepuk atas meja, dengan araknya, dengan perempuan kiri kanan kat ketiak aku, sambil hisap cerut. No no, bukan gitu.

Cuma, tetap aku nak katakan, kehidupan aku sekarang bercahaya. Tidak lagi segelap dahulu. Walaupun cahaya itu tidak seterang lampu stadium, tapi at least aku tak lagi sesat dalam kegelapan. 

Dalam kehidupan aku - ni adalah suatu rahsia yang terpaksa aku dedahkan, hoho - aku sebenarnya telah menjadi semua orang. Tak lah semua, namun hampir kesemuanya.

Maksud menjadi semua orang ialah, aku pernah bersifat dengan sifat kebanyakan manusia, pernah jadi manusia yang ego tinggi, yang berlagak, riak, penyayang, romantik, baik, jahat, pernah tikam belakang orang, blah blah, dan aku juga pernah menjadi seorang manusia yang hipokrit.

Yes, hipokrit. Tapi masih lagi penyayang dan romantik, haha, ayat jual diri.

Namun, alhamdulillah, rupa-rupanya fitrah aku bukanlah seorang hipokrit, so hipokrit adalah sifat yang paling sekejap pernah singgah dalam watak dalam filem kehidupan aku.

Dalam kamus kehidupan aku, aku bahagikan hipokrit ni kepada dua jenis, satu hipokrit yang dibuat tanpa mebabitkan agama, satu lagi sebaliknya.

Dan, aku sangat marah, sangat benci, kepada manusia-manusia yang hipokrit golongan kedua, iaitu yang membabitkan agama dalam menjayakan kehipokritannya. Yang menjadikan agama sebagai topeng, untuk tutup watak dirinya yang sebenar.

I repeat, yang menjadikan agama sebagai topeng. So kalau korang adalah manusia camni, bagus. Post ni memang aku tulis khusus untuk korang. Terima kasih sudi menurunkan sedikit ego untuk membaca post aku.

Aku tak pedulikan apa yang korang nak kata, sebab aku lebih pedulikan perasaan manusia-manusia yang terpedaya dengan cantiknya topeng korang, dan lebih lagi, sebab korang sedang perendahkan maruah korang, juga agama!

Amboih, marah aku, festime kot!

***

Sebelum aku pergi jauh, aku nak cerita, nak share lah, tentang dua perkara, pertama hakikat agama, kedua adalah menjadi diri sendiri.

Biar aku mulakan dengan berkongsi tentang hakikat agama.

Apa itu agama? Agama adalah kepercayaan. Agama berhajat kepada Tuhan. Agama berhajat kepada kitab. Agama berhajat kepada pesuruhnya, macam Nabi, ustaz, paderi, sami dan lain-lain.

Apabila agama mengarahkan penganutnya berbuat sedemikian, maka penganutnya tiada pilihan lain, selain daripada melakukannya, walaupun terpaksa.

Kalau penganut itu menolak, maka secara automatiknya dia telah mengingkari ajaran agamanya. Juga berpaling daripada kitab agamanya. Juga secara langsung, dia telah membuatkan Tuhan agama itu tadi murka.

Betul? Ini adalah logik, semua agama begitu, termasuk Islam.

So, bagaimana kalau agama menyuruh penganutnya, melakukan sesuatu perkara yang berlawanan dengan fitrah naluri tabie manusia?

Contoh, agama yang melarang penganutnya makan daging, or berkahwin, or selainnya?

So, kalau penganutnya melanggar ajaran agamanya, hanya semata-mata untuk mengikuti fitrah kemanusiaan, maka bagaimana statusnya?

Setiap agama mempunyai pendapat, juga teori hatta teori sains sekalipun.

So - buat kali keberapa aku tak tahu - kalau penganutnya melihat bahawa teori yang dikeluarkan oleh agama atau ahli akademik agamanya, salah, dan dia sendiri memiliki suatu teori yang tepat, bahkan lebih tepat sehingga mampu menolak teori dari agamanya, maka bagaimana?

Bagaimana dengan status dia sebagai penganut agama tadi?

Disebabkan kebanyakan agama mengongkong penganutnya dengan menyekat fitrah dan kebebasan itu tadi, menyebabkan ramai penganut agama tadi berpindah ke agama yang lebih baik, atau jauh lagi teruk, tidak bertuhankan mana-mana entiti. Ateis.

Kenapa? Sebab agama itu adalah kepercayaan.

Sedangkan Islam tak. Islam bukan sekadar kepercayaan. Islam adalah gaya kehidupan. Islam bukan sekadar ajar kita untuk sembah Allah S.W.T je, tapi Islam ajar kita bagaimana nak menjalani kehidupan dengan bahagia.

Nak jadi manusia yang bahagia, Islam ajarkan pada kita ilmu Akhlak dan Tasawuf. Nak layari kehidupan rumahtangga dengan best, Islam ajarkan pada kita ilmu Munakahat. Nak berurusan dengan manusia, Islam ajarkan ilmu Muamalat. Nak jadikan dunia ni selamat, Islam dah tetapkan undang-undang Hudud, Qisos dan Ta'zir.

Pergh! Islam bukan hanya menjadi seorang penganut yang taat dan beriman, tapi Islam juga ajar penganutnya untuk hidup dengan aman dan bahagia.

Al-Quran dan As-Sunnah yang ada bukan just bacaan kita seharian, juga bukan sekadar ingatkan kita mengenai Allah S.W.T, Nabi, neraka, syurga, malah juga tips-tips nak hidup cemerlang kat dunia mahupun akhirat.

Wow! Dah macam blog agama pulak aku, aku bukan ustaz. Tapi aku adalah seorang realis. Dan semua yang aku cakap ni adalah logik belaka.

Inilah yang membezakan Islam dengan agama lain. Sebab itu Rasulullah claim Islam ni lebih tinggi, dan takde yang lebih tinggi dari Islam.

***

Seterusnya, adalah menjadi diri sendiri.

Aku sangat suka, dan excited membahaskan dan berkongsi mengenai isu menjadi diri sendiri. Ada setengah golongan menolak, ada setengah golongan menerima. Ada yang menjadikan isu ni sebagai hujah untuk menolak hujah satu golongan yang lain.

Untuk isu ini, aku lebih selesa menggunakan pendekatan Ahli Sunnah Wal Jammah, di mana mereka - semoga Allah S.W.T sentiasa letakkan kita pada jalan mereka - sentiasa berada di tengah. Contoh mereka berada di tengah di antara golongan Qadariah dengan golongan Jabbariah dalam isu ketentuan Allah dan kemampuan manusia.

Untuk itu korang cari lah sendiri, haha.

Dalam kehidupan, aku suka gunakan pendekatan air. Cuba kita tengok air. Air ni akan mengubah bentuknya mengikut bentuk jisimnya. Pendek kata, air ini tidak mempunyai jisim yang kekal. Masuk dalam botol, air tadi jadi bentuk botol. Masuk kat dalam mangkuk, jadi bentuk mangkuk.

Aku tak katakan bahawa, kita ni tak perlu ada pendapat dan pegangan masing-masing. Malah kita pulak kena korbankan pendapat dan pegangan kita sendiri disebabkan bergaul dengan manusia-manusia lain.

Macam air yang tidak mempunyai jisim yang kekal. Bukan itu maksud aku.

Maksud aku ialah, kita cuba adapt dengan situasi. Contoh macam ubat sakit jantung, mungkin hanya berkesan kepada sakit jantung sahaja. Juga macam panadol, boleh menyembuhkan bukan setakat demam, juga selsema dan sakit-sakit lain.

Ok, aku rasa korang dah faham, so aku terus dengan isu. Haha.

Kita perlu menjadi diri kita sendiri dalam bermacam-macam perkara. Menjadi diri sendiri ini tak bermaksud kita kena menunjukkan sifat buruk kita kepada orang lain. Contoh kita seorang yang pemarah, takkanlah semua orang kita nak tunjuk camtu?

Dalam konteks ni, bodohlah camtu. Takde orang nak kawan dengan kita nanti.

Menjadi diri sendiri dalam konteks, tak kira di mana kita berada, atau dengan siapa yang kita nak berkawan atau bercinta, just be yourself.

Ada orang yang sanggup jadi vegeterian, sebab awek dia gitu. Padahal dia kuat sekali kalau makan daging. Ada orang yang sanggup tinggalkan hobi sebab nak diterima oleh kengkawannya. Ada yang sanggup tukar loghat semata-mata nak penduduk sekeliling terima dia.

Malah akan ada juga situasi, di mana korang berada dalam pendapat yang betul. Tapi dikelilingi oleh ramai manusia yang mempunyai pendapat yang salah. Takkan masa tu korang perlu membodohkan diri sendiri dengan ikut pendapat yang salah semata-mata tak nak hilang kawan?

Banyak situasi. Tapi aku rasa korang cukup berakal untuk fikirkan, dalam situasi manakah kita perlu menjadi diri sendiri, dan mana yang kena jadi orang lain.

Dalam diri kita bukan semuanya baik. Sebab itu kita perlu pada agama, kitab, Tuhan? Sebab nak perbaiki mana-mana diri kita yang buruk, diri sebenar kita yang buruk.

So in this case, kita perlu buang mana-mana dalam diri sebenar kita yang buruk-buruk tu. Dan ini tak bermakna, bersikap dengan kebaikan yang bukan watak semula jadi kita adalah hipokrit, kan?

Macam aku cakap tadi, hanya sesetengah manusia yang terpilih je, Allah S.W.T jadikan kebaikan itu sebagai sifat semula jadi dia. Sikit je boh!

Kalau benar kita disuruh bersifat dengan sifat semula jadi yang buruk, maka kenapa Allah S.W.T ciptakan dalam diri kita ini sifat-sifat buruk dan mazmumah tu tadi?

Dan kalau betullah kita disuruh bersifat dengan sifat semula jadi yang buruk tu tadi, maka kenapa perlunya Allah S.W.T ciptakan hidayah, taufiq, nur-Nya? So boleh la kita claim pendakwah-pendakwah, juga sahabat tabi tabien tu hipokrit. Camtu?

Maka dalam hal ni, kita perlu bersifat dengan sifat kebaikan yang tidak terdapat semula jadi dalam diri kita. Wajib! Demi untuk kebaikan diri kita sendiri, diri orang lain, kemaslahatan dan agama!

Namun, tak bermakna kita lari daripada diri sendiri, dengan bersifat dengan sifat kebaikan yang bukan natural dalam diri kita.

Jadi macam air bro! Ada yang perlu kau jadi diri sendiri, ada yang perlu kau sebaliknya. Fikir!

***

Antara sebab kenapa aku kurang berpakaian sunnah, contoh macam kopiah, serban mahupun jubah - alhamdulillah sekarang dah ada sikit-sikit - sebab aku takut, kalau aku buat hal, atau buat orang terasa hati dengan aku.

Why? Sebab bila aku bermasalah dalam keadaan aku pakai kopiah, serban, jubah, janggut lagi, pahtu kat tangan kanan pegang tasbih, kat tangan kiri pulak pegang kitab arab, dengan status pelajar pengajian Islam lagi, orang takkan salahkan aku.

Orang akan perlekehkan pakaian aku. Sedangkan ini sunnah Nabi S.A.W. Orang akan salahkan agama aku. Sedangkan Islam adalah sebaik-baik agama. Dan yang perlekeh dan salahkan tu tadi adalah umat Nabi S.A.W yang beragama Islam.

Hari ini aku tengok, ramai orang judge kita dengan pakaian. Malah, semakin banyak kain kat tubuh kita, maka semakin tinggi orang akan judge kita. Malah dengan salah sikit pun, ataupun juga dengan masa lampau kita pun, orang still lagi judge kita melampau.

Judgement orang pada muslimat yang pakai tudung labuh tak sama dengan judgement orang pada muslimat yang pakai purdah. 

Kalau seorang muslimat yang bertudung labuh, kalau dia borak dengan laki pun, mungkin orang takde lah ambik cakna sangat, tapi cuba kalau muslimat purdah. Aduhai. Lancar je mulut buat statement.

Hari ni juga, aku melihat umat Islam - sebilangan sedikit - menjadikan Islam yang merupakan pegangan kehidupan umat manusia ni, sebagai topeng. Apakah?

Ini suatu hipokrit yang bertahap gila babi, sampai mengheret agama sebagai prop.

Lagi mengejutkan dan menyedihkan, yang buatnya bukannya calang-calang hamba, tapi muslimin yang berkopiah berjubah, juga muslimat yang bertudung labuh berpurdah!

Apakah yang mereka lakukan sampai aku label mereka sebegini, hipokrasi yang disebabkan menjadikan agama sebagai prop, topeng?

***

Hari ini muslimin berkopiah, berjubah, tapi mulutnya manis memikat perempuan. Dengan gunakan modal tazkirah dan peringatan, dia dekati perempuan daripada yang tidak bertudung sehingga berpurdah.

Berbekalkan ilmu agama, janggut, juga kopiah, siapa tak nak?

Tazkirah, tazkirah jugak, tapi di sebaliknya ada agenda. Untuk memikat aweks. Bukan seorang boh, tapi ramai! Aduhai.

Kalau dipikat mungkin takpe, biasalah tu. Tapi, dia yang memikat. Ini salah. Agama digunakan sebagai topeng untuk tutup sisi kasanova dia. Biar aweks nampak dialah suami mithali.

Ada pulak satu puak, berlagak syadid, yang ni jelas haram, yang ni jelas halal, yang syubhah tak nak dekat langsung. Bila classmate perempuan mintak tolong dia mengajar, dia menolak terus. Katanya banyak lagi perempuan yang pandai, blah blah. Hujah agama habis dikeluarnya.

Sampai prejudis classmate tu terhadap agama.

Sebenarnya, classmate dia tu tak lawa pada matanya. Cuba kalau lawa? Amboih, terus jadi pandai classmate tu. Nak jadi syadid, tapi dok usha wall muslimat cantik di universiti. Bila berkumpul sesama member, takde lah topik lain, perempuan saja.

Jangan lupa syadid tu bukan pada satu jantina je, ustaz oi!

Yang muslimat pulak, macam biasa lah. Gambar di alam maya. Facebook, Instagram or whatever. Pakai comel-comel, pastu pakai la make up. Pastu post la dalam Facebook mahupun Instagram, dengan caption mintak doa supaya dapat suami soleh.

Pastu dapat banyak like. Pastu orang pun dok tegur, comment, puji sana sini. Dan yang comment-comment tu, semuanya muslimin yang berkopiah, berserban dan ambik pengajian agama.

Belum yang pakai purdah lagi. Aduhai. Hot stuff di Instagram. Berbekalkan gambar yang hanya nampak sepasang mata. Pahtu edit pulak guna Camera 360, letak pulak caption Islamik. Omg!

Banyak like, banyak comment. Aduhai.

Memang bertudung labuh itu cantik. Apatah lagi purdah. Tapi syaitan sangat licik. Sebab tu Nabi S.A.W claim muslimah ni fitnah. Sebab ni lah.

Agama digunakan sebagai alat raih like. Bukan boleh convert pun like tu kepada topup or duit bayar ptptn?

Lagi aku benci, apabila beberapa sahabat aku mengadu, bahawa mereka ditinggalkan oleh kekasih mereka, sebab kekasih mereka nak berubah.

Kekasih di sini bukan couple macam sekolah rendah oi, tapi dah ada perancangan nak kahwin, mak ayah dah kenal.

Tapi sebab nak berubah, sebab nak berubah, lalu ditinggalnya sahabat-sahabat aku camtu.

Kalau betul nak putuskan hubungan, at least buatlah dengan professional. Bagi tahu kenapa, kalau tak nak bagitahu pun, professional la bro!

Ni tak, biar je sahabat-sahabat aku tu terkontang-kanting, menangis macam paip air, hancurkan hati mereka seleburnya, tanpa ada ucapan selamat tinggal yang professional.

Dengan alasan, nak berubah.

Pada pendapat aku yang hina ni, memang, mungkin dalam masa korang bercinta tu ada maksiat dan noda dosa. Tapi korang boleh putuskan maksiat dan noda itu, tapi tak perlu pun sampai putuskan hubungan.

Teruskan, hubungan masih boleh go walaupun tanpa berhubungan. Be gentlemen, be professional bro!

Kalau betul sayang, masih banyak cara. Islam ada cara. Pertahankan hubungan itu!

Tapi kata orang, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Rupa-rupanya, dia ada awek lain. Dia ada berkenan kat orang lain. Dia dah takde hati lagi. Ceh.

Diri pengecut nak gentlemen bagitahu dah takde hati, lalu gunakan agama untuk cover. Hello abang ustaz, agama bukan cover ok?

Argh, speechless.

***

Sebenarnya, dah lama aku bersabar. Pernah juga aku terfikir untuk post dalam blog. Cuma biasalah, malas. Bila dah malas jadi pelupa. Haha.

Siapa yang kenal aku, mereka akan tahu aku camana. Aku seorang realis, tapi aku tidak sesekali menolak agama. Tidak sesekali.

Tapi aku cuba professional, cuba. Aku haramkan diri aku daripada menjadi seorang muslim yang jumud, dan aku juga haramkan diri daripada  menjadi seorang muslim yang terdedah terpesong. Aku larang diri aku.

Aku menjadi diri sendiri kepada semua orang, semua jantina. Camana aku dengan lelaki, begitu juga aku dengan perempuan. Sama.

Bila lelaki mintak tolong, aku bantu sedaya boleh. Bila perempuan mintak tolong, aku bantu sedaya boleh. Walaupun yang mintak tolong tu adalah manusia yang banyak buat aku sakit hati, buat aku marah, sedih.

Tapi aku cuba professional. Cuba dan sedang berusaha.

***

Kepada manusia-manusia yang terasa macam panas telinga je sebab terasa, aku mohon berhentilah jadikan agama sebagai topeng korang. Tolonglah.

Aku kesian, tengok manusia-manusia yang tak kenal korang tak henti-henti puji korang, sedangkan korang tu hipokrit. Kesian tengok mereka terpedaya.

Dan aku juga kesian tengok manusia-manusia yang kenal korang tak henti-henti kutuk korang. Sehingga sampai mereka kutuk dan perlekehkan agama korang, yang juga agama mereka sendiri. 

Cukuplah. Islam itu gaya kehidupan, bukan topeng.

Walaupun diri sebenar korang adalah yang buruk dan hipokrit tu tadi, adalah tersangat baik dan logiklah korang bersifat dengan sifat mahmudah yang bukannya fitrah korang tu tadi.

Tapi janganlah sampai jadikan agama tu prop, topeng. Takkan lah tergamak korang jadikan agama tu topeng bagi menutupi agenda keburukan korang?

***

Mengakhiri post, janganlah jadi umat Islam yang jumud. Agama itu mudah, juga menyenangkan. Tanggungjawab kita adalah mengamalkan dengan mudah ajaran Islam, dan biar non-muslim nampak Islam ni mudah, juga universal.

Dan dalam kita nak terbuka or open-minded lak, janganlah sampai alpa pada Al-Quran, As-Sunnah, fatwa mufti-mufti juga ijmak ulamak. Sebab kadang-kadang keterbukaan tu boleh membuatkan kita terpesong dari jalan-Nya.

Tentang isu kempen pegang anjing tu, berlaku sebab benda nilah. Terbuka sampai terdedah, lupa akan hukum-hakam dan sumber-sumber Islam. 

Daripada nak hilangkan prejudis umat Islam terhadap anjing, baik buat kempen untuk hilangkan prejudis umat Islam terhadap Islam tu sendiri, tu lagi cantik.

Yang tu terserah kepada korang, korang lagi pandai dari aku, haha.

Ingat sahabat-sahabat, agama bukan topeng untuk menutupi sisi buruk diri. Tapi adalah alat dan jalan untuk memperbaikinya.

Kalau agama kini menjadi topeng, maka ketahuilah, agama yang berfungsi untuk mentadbir hidup manusia, tak lebih daripada merosakkan kehidupan manusia tadi.

Yang penting jangan tegas sampai jumud, dan jangan open sampai lupa sumber-sumber agama.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers