Kenapa mudah sangat jatuh cinta : Lemahnya Hati
Kadang-kadang setiap malam, sebelum aku lelapkan mata - jugak mungkin masa tu dah puas aku belek-belek Whatsapp, Telegram, Facebook dan Youtube - aku akan merenung sejenak seluruh kehidupan aku.
Masa tu, kepala aku seolah-olah Youtube, macam-macam video yang bermain kat dalam otak aku ni. Daripada apa yang berlaku keseluruhan hari, sampailah tanpa aku sedar aku turut mainkan video-video kehidupan aku yang lepas.
Ya, kehidupan-kehidupan aku yang dipenuhi dosa, ada sikit pahala, ada suka, ada duka, gelak, tangis, macam-macam.
Sampai tahap kadang-kadang aku tergelak sorang sampai roomate aku jeling, kengkadang sampai aku ternangis. Ternangis, haha.
Mostly, antara kisah yang paling menarik, selalu aku teringat - kalau video mesti video yang banyak view - adalah yang kisah yang melibatkan hati, al maknanya, kisah-kisah yang mesti ada watak perempuan dalam cerita aku tu.
Samada ex-ex, crush-crush, juga puluhan perempuan yang aku jumpa - yang menarik perhatian dan mengegarkan rusuk kiri gua - di universiti mahupun di Facebook.
Aduhai.
***
Bila aku pernah bercinta dengan perempuan yang free hair, maka pada pandangan aku budak free hairlah yang paling comel dalam dunia. Lalu aku pun mula menjalankan pemburuan aku, mencari aweks yang free hair dengan menggunakan puluhan kawan perempuan yang aku ada.
Yela, sebab masa tu takde Facebook lagi, kira zaman batu. Haha.
Kemudian dalam pemburuan aku nak cari aweks free hair, terjumpa pulak perempuan bertudung. Kemudian bila aku couple dengannya, maka masa tulah aku merasakan bahawa perempuan bertudunglah yang paling cantik di dunia.
Bila dah clash, maka aku meneruskan pemburuan untuk mencari aweks yang bertudung. Alhamdulillah, masa tu dah pon wujud Facebook, so memudahkan usaha pemburuan aku. Alhamdulillah? Haha.
Then, dalam pemburuan aku nak cari aweks bertudung, tiba-tiba terjumpalah ratusan perempuan bertudung labuh kat senarai list kawan Facebook yang mungkin aku kenal. Lalu bila aku perlahan-lahan usha, akhirnya dapatlah awek bertudung labuh.
Haha. Dan akhirnya aku pun bermula menjadi seorang ustaz secara tak rasmi. Ustaz kasanova. Aduhai dosa lamaku. Masa tu aku berpendapat, bahawa perempuan bertudung labuh lah wanita yang paling cantik dalam dunia.
Muslimah solehah, owh!
Bila dah clash, maka aku pun meneruskan perjalanan aku - dah tak guna istilah pemburuan - untuk mencari aweks bertudung labuh. Dan dalam perjalanan aku tu, ditakdirkan Allah S.W.T, Dia jatuhkan hati kepada seorang amoi Cina pulak. Adush!
Bila jalan cinta aku dengan amoi tu tersangkut kat tengah jalan - yang menyaksikan aku menangis tersungkur, juga titik perubahan - masa tu aku sedar, bahawa aweks Cinalah yang paling comel kat dunia.
Bila aku jalan kat mana-mana, sementelah tempat aku ramai amoi, maka aku perlahan-perlahan cuci mata, sambil membayangkan bahawa aku akan berjaya berkahwin dengan seorang Cina muslimat.
Namun, taktha perempuan cantik di dunia pada pandangan aku, telah kembali dirampas oleh perempuan yang bertudung labuh, sebab aku sudah jatuh hati dekat seorang perempuan bertudung labuh masa aku berada tahun awal di universiti.
Babailah kau amoi Cina, haha.
***
Bila aku semakin menginjak dewasa, pemikiran semakin matang, perlahan-perlahan aku cuba membuang sikap 'kasanova' dalam diri aku ni. Walaupun sukar, namun aku cuba.
Bila bukak Facebook, aku tak lagi usha-usha wall aweks tudung labuh. Tapi. bila perempuan bertudung labuh lalu bertembung dengan aku, hati aku masih lagi terjentik. Haha, masih lagi fail di situ.
Sampailah satu hari, aku diuji dengan Allah S.W.T. Iaitu hati aku dijentik dengan cinta kepada muslimah yang berpurdah.
Masa dalam percintaan dengan 'dia', aku merasakan bahawa muslimah yang berpurdah adalah wanita yang paling lawa, comel, dan feminin kat dunia. Namun, mungkin disebabkan sifat aku yang setia pada cinta, so aku officially dah buang sifat kasanova aku tu.
But, bila ditakdirkan Allah S.W.T aku clash dengan 'dia' - yang menyaksikan aku sekali lagi menangis, dan juga titik perubahan - maka dari situ aku mula bermuhasabah.
Bahawa, aku memiliki hati yang sangat lemah. Dan hati yang lemah itu membawa aku kepada penyakit, mudahnya jatuh cinta.
***
Bila bercakap soal jodoh, maka kita akan menemui dua pendapat yang besar. Satu pendapat ialah jodoh tak perlu dicari, sebab Allah S.W.T dah tentukan. Satu lagi pendapat ialah, jodoh tetap dicari walaupun Allah S.W.T dah tetapkan.
Namun, berdasarkan pengalaman kehidupan aku, aku berpegang kepada pendapat pertama, iaitu jodoh tak perlu dicari, sebab Allah S.W.T dah tentukan.
Aku terfikir, sampai bila aku nak jadi camni? Nampak perempuan ni menarik, aku terpaut. Nampak muslimah purdah, aku tertarik. Pantang nampak, hati terus terikat, aduhai.
Dah la ramai perempuan purdah kat universiti aku, aduhai berat nanang!
Penat aku mencari solution, baru aku sedar, bahawa aku memiliki hati yang sangat lemah. Di mana hati yang lemah hanya memandang kecantikkan luaran.
Hati yang lemahlah membuatkan, diri tidak biasa hidup berseorangan. Masih perlukan teman. Memanglah manusia perlukan teman hidup, but teman hidup tersebut diperolehi jalan halal, jalan bersyariat.
Semenjak aku clash, aku mula bermuhasabah mengenai cinta. Bermuhasabah mengenai hati. Bermuhasabah mengenai kehidupan.
Sekarang hati aku kosong, bila nampak perempuan yang camna pun - hatta berpurdah sekalipun - aku akan cuba tenangkan hati aku yang bergelora. Aku mencuba sedaya aku!
***
Bila kita ni mudah jatuh cinta, dan kita pula mudah sangat mencari teman hidup a.k.a aweks yang tidak bersyariat, maka aku labelkan mengikut kamus aku, adalah manusia yang tak bermaruah. Kenapa?
Sebab cinta yang diperolehi secara mudah adalah palsu. Tidak kekal. Fana. Cinta yang palsu ini hanya untuk manusia yang tidak bermaruah, yang relakan kehidupannya diperjuangkan atas nama kepalsuan. Atas nama dosa.
Tak kisahlah, samada kau seorang yang memakai kopiah sekalipun, namun kau tetap aku label tak bermaruah, kalau mudah sangat jatuh cinta.
Apabila kita memperolehi sesuatu dengan mudah, maka kita berpotensi untuk kehilangan sesuatu tu tadi dengan mudah.
Aku dah pun mengalaminya, dan aku tak nak korang juga mengalaminya.
Sebab itu aku berpegang, jodoh itu milik Allah S.W.T. Tak perlu dicari, sebab kenapa perlu kita bersibukkan dalam benda yang dah pasti? Sedangkan banyak lagi benda yang perlu diutamakan daripada usha-usha wall aweks kat Facebook?
Maka hari ini, ummah penuh dengan remaja-remaja yang leka dengan kepalsuan.
Bila aku lepak bersama-sama dengan kawan-kawan yang sokmo cerita tentang perempuan yang paling lawa di universiti, aku tinggalkan.
Bila aku tengok kawan-kawan dok usha wall Facebook perempuan yang lawa kat universiti, aku tinggalkan.
Bukan sebab aku berlagak alim, tapi aku benci melihat orang merendahkan maruah mereka sendiri di depan mata aku.
Memang cinta itu fitrah, tapi kalau tak dibentuk dengan syariat, jadi parah beb!
***
So hari ini, cuba kita fikir. Usia kita masih muda. Masih panjang. Masih banyak lagi ruang kosong untuk kita penuhkan dengan ilmu dan pengalaman. Bukan dengan usha aweks je memanjang!
Bila korang bertembung dengan aweks yang cun melecun, samada free hair, bertudung singkat or labuh, juga mahupun berpurdah, tahan mata korang! Jangan dok usha, sebab dari mata jatuh ke hati. Lalu jadilah hati korang ni terlentuk-lentuk, haha.
Aku bukan orang beragama, juga bukan hipokrit, tapi aku berusaha buat. So korang lagi boleh.
Bila bukak Facebook, jangan dok usha-usha depa aweks ni. Itulah yang menambahkan-nambahkan lagi lemahnya hati korang. Bukannya konfirm depa semua ang boleh buat bini pun! Amboih, kedah sekarang aku, haha.
And lastly, tak perlu berusaha mencari. Biarkan dia datang sendiri. Adakah korang tak percaya dengan janji Allah S.W.T?
Dalam usaha kita nak perbaiki diri, nak menuntut ilmu, nak jadi orang hebat, nak bermanfaat, maka dari situ, in sha Allah, jodoh itu akan hadir. Yang penting sabarlah, bermujahadahlah, sebab cinta sejati itu susah nak dapat, dan susah nak hilang.
I repeat, cinta sejati itu susah nak dapat, dan susah nak hilang.
***
Mengakhiri post, masih tidak terlambat lagi kepada korang semua, jika korang semua ni adalah insan-insan yang macam aku sebutkan tadi. Masih lagi punya masa untuk berubah, yang penting nak tak nak jela!
Aku juga insan camtu, namun aku percaya semua manusia boleh berubah, yang penting usaha, bukan hasil bro!
Yakinlah dengan janji Allah S.W.T, moga-moga Dia sediakan untuk kita jodoh yang terbaik. Sibukkan diri kita dengan tuntut ilmu banyak-banyak. Baru mantap, baru ramai orang nak, haha.
Sebab orang yang bermaruah, tak kan mudah kalah dengan hati.
Banyaklah berdoa, supaya diberi kekuatan dalam menghadapi kehidupan, dan tidak kalah dengan perkara-perkara yang melibatkan hati ni. Sebab perkara-perkara yang melibatkan hati ni, contoh cinta, bila luka, tersangat azab.
Maka, adakah kita mahu kehidupan kita dipenuhi air mata, yang kita tumpahkan disebabkan berada dalam cinta yang palsu?
Dengan hati yang kuat sahajalah, yang boleh mengasingkan kepalsuan dalam kesejatian cinta.
Semoga aku dan kau, disatukan-Nya dengan sebaik-baik cinta. Sabarlah, kerana kesabaran itu mampu menguatkan hati yang lemah.

InsyaAllah jodoh itu ada..
ReplyDeleteBak kata laksamana Sunan, "Hidup insyaAllah, Mati itu Pasti".
Suka part "Sabarlah, kerana kesabaran itu mampu menguatkan hati yang lemah."
in sha Allah, mnulis blog brdsrkn suasana btol solah2 mcm 1 ubat brkesan bg sy, haha. Bile duji dgn mcm2 dugaan yg mnggila, bile brsabar mmg trbukti mnguatkn ati. sy pon sngt suka dgn kata2 tu, huhu
Delete