Hari Raya Korban : Beralah juga PENGORBANAN
Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan kepada semua insan yang kini sedang membaca blog aku ni. Sememangnya tak terlambat sebab Raya Korban lama kot? Hahaha.
Raya kali ni aku raya kat perantauan je. Tak balik rumah. Cuti kejap sangat. Tapi atleast dapatlah merasa raya kat tempat orang, dapat merasa dengar khutbah raya kat tempat orang.
Nasib baiklah aku dapat sembahyang raya. Hahaha, kalau tak duduk dengan orang lain, jawabnya aku sembahyang raya sekali dengan Maghrib la jawabnya, aduhai.
***
Hari Raya Korban. Satu sambutan perayaan umat Islam yang mempunyai makna yang sangat mendalam, di sebalik pensyariatan perayaan ni.
Pergilah mana-mana masjid pon, majoriti isi khutbah time tu mesti cerita pasal kisah Nabi Ibrahim A.S yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail A.S, tanpa ada sebarang bantahan, semata-mata untuk menyahut perintah Allah S.W.T.
Setiap kali aku dengar cerita ni time khutbah, perlahan-lahan jauh dari sudut hati aku akan rasa sangat deep - walaupun mata merah sebab tahan mengantuk - sebab aku akan teringat betapa aku ni selalu, sehingga hari ni masih lagi kurang serius dalam menyahut perintah Allah S.W.T.
Of course lah, dalam bab solat khususnya. Kaki masih lagi rasa berat untuk melangkah untuk tunaikan solat walaupun azan dah masuk. Malah, boleh je wat lek wat peace. Aduhai.
Betapa rendahnya iman aku nak bandingkan dengan Nabi Ibrahim A.S. Sanggup sembelih anak sendiri, padahal Nabi Ismail A.S tu bukannya orang jahat, nabi kot? Kalau anak tu jahat, mungkin agak munasabah la sket, kot la?
Tapi sebab Raja Segala Raja suruh? Seberat-berat perintah tetap juga dilaksanakan walaupun dibeliti fitrah tabie seorang ayah yang cintakan anak.
Aduhai.
***
Dalam hidup kita, berapa banyak pengorbanan yang dah kita buat? Pernah tak korang tanya soalan ni pada diri korang?
Tapi aku percaya, dan aku berani katakan, bahawa membuat pengorbanan ni merupakan tabie dan fitrah yang telah Allah S.W.T letakkan dalam diri manusia. Kenapa?
Seorang manusia, bila dia menganuti agama, maka automatik dia telah membuat pengorbanan.
Seorang manusia, bila dia mempunyai keluarga, maka automatik dia telah membuat pengorbanan.
Seorang manusia, bila dia mempunyai kawan-kawan, maka automatik dia telah membuat pengorbanan.
Malah, seorang manusia, bila dia memiliki dirinya sendiri, maka tidak dapat tidak dia telah membuat pengorbanan.
***
Bila seorang manusia menganuti agama, maka dia akan berpegang kepada ajaran agamanya. Kepada perintah Tuhannya, dan tidak dapat tidak dia mesti tunaikan suruhan Tuhannya, dan tinggalkan larangan Tuhannya.
So, dari mana datangnya pengorbanan bagi seorang manusia yang menganuti agama, secara automatik dan tabie tadi?
Bila Tuhan suruh kita buat sesuatu perkara, walaupun benda tu adalah benda yang paling sukar, adakah kita akan menolak?
Bila Tuhan suruh kita buat sesuatu perkara, walaupun benda tu adalah benda yang paling kita tak suka, adakah kita akan menolak?
Bila Tuhan larang kita buat sesuatu perkara, walaupun perkara tu adalah perkara yang paling kita suka buat, adakah kita akan menolak?
Kalau betul manusia tu berpegang teguh pada agama, juga pada Tuhannya, maka dari sini manusia itu akan berkorban untuk tunaikan jugak perintah Tuhannya, walaupun susah, walaupun dia tak suka.
***
Bila manusia ada keluarga, dia juga akan sanggup berkorban. Seorang ayah sanggup bekerja keras membanting tulang, demi pastikan anak-anaknya dapat makan.
Seorang ibu sanggup berkorban nyawa demi melahirkan anak yang dia sayang. Walaupun kembar, sedangkan nyawa adalah sesuatu yang tidak ternilai.
Seorang anak sanggup berkorban buat perkara-perkara yang dia sendiri tak suka, semata-mata nak melihat kedua ibu bapanya gembira.
Walaupun belajar itu susah, walaupun kurang masa berseronok, walaupun tak dapat main game sokmo, tapi biarlah, kalau dengan pengorbanan itu yang dapat mencipta senyuman di hati ibu bapanya.
Seorang suami sanggup berkorban, demi memastikan isteri dia dapat menikmati kehidupan yang senang. Walaupun kebanyakan harta suami akan habis kat isteri - haha- tapi si suami gembira, selagi isteri dia happy jugak.
Seorang yang ada kekasih, lagi lah. Happy kekasih baginya adalah happy bagi dirinya sendiri, walaupun dia terpaksa berkorban. Sebab senyuman kekasih dia boleh menyalakan kehidupan dia yang gelap disebabkan masalah yang hadir.
***
Seorang manusia, bila dia memiliki kawan-kawan yang sayang kat dia, dan dia juga sayang kat kawan-kawan dia, maka dia akan berkorban demi kegembiraan kawan-kawan dia.
Walaupun duit ada RM10 je, dengan duit tu lah yang akan beli makanan lunch and dinner esok, tapi sebab kawan-kawan ajak makan KFC, maka RM10 tu habis semalam je.
Dia tetap akan berkorban, raikan jugak hajat kawan-kawan yang nak sangat makan KFC, walaupun duit habis camtu, walaupun kawan-kawan tak belanja, aduhai.
Walaupun kawan-kawan yang buatkan dia sakit hati, tapi dia tetap menjaga aib kawan-kawan dia. Tetap jaga rahsia-rahsia dia. Kenapa?
Sebab sayang, pengorbanan dilakukan walaupun hati disakiti.
Bila kawan-kawan ajak bergaduh, dia yang pergi jauh sebab tak nak bergaduh dengan kawan-kawan. Walaupun syaitan kuat simbah minyak dekat nafsu amarah yang sedang membara.
Bila kawan-kawan buat salah yang secara logiknya kawan-kawan yang kena mintak maaf, tapi sebab sayang, dia sendiri yang mulakan maaf, walaupun dia betul.
Kenapa? Sebab pengorbanan kepada kawan-kawan adalah tanda sayang, juga tabie fitrah manusia.
***
Kalau manusia miliki diri sendiri? Aduh, takyah cakaplah.
Dengan menganuti agama, dia sendiri telah berkorban terhadap kesenangan diri sendiri demi agama.
Dengan memiliki keluarga, dia sendiri telah berkorban terhadap kesenangan diri sendiri demi family.
Dengan memiliki kawan-kawan, dia sendiri telah berkorban terhadap kesenangan diri sendiri demi kawan-kawan.
***
Mengakhiri post, jauh dari sudut hati, tiba-tiba hati aku jadi sebak masa tulis post.
Kenapa? Sebab aku teringat semua pengorbanan yang aku lakukan. Pada agama, ibu bapa, orang tercinta, ex yang mintak clash, sahabat-sahabat yang aku sayang, kawan-kawan yang benci aku, yang buat pakatan maki aku, dan of course my self.
Betapa aku berkorban, walaupun hati menahan. Walaupun tak dibalas, Walaupun takde orang ingat.
Lagi lah aku sebak, bila teringat pengorbanan yang dilakukan kerana aku. Macam pengorbanan yang dilakukan oleh ibu ayah, kakak-kakak, family, kawan-kawan, sahabat-sahabat, orang-orang terdahulu, cendikiawan, tentera-tentera, nabi-nabi?
Aduhai, lebih-lebih lagi kalau akulah yang insan yang melupakan pengorbanan mereka, tak membalas, tak menghargai?
Selagi kita masih bernafas, kita akan sentiasa berkorban.
Sebab itu adalah fitrah, tabie, kebiasaan, juga perintah.
Maka hidup ni, banyaklah membuat pengorbanan. Sebab setiap titik dan inci pengorbanan tu ada keberkatan dan pahala yang Allah S.W.T siapkan.
Jangan takut untuk korbankan diri, sebab diri kita ni bukan milik kita pun.
Dan semestinya.
Jangan sesekali lupa insan-insan yang dah banyak berkorban untuk kita. Samada kita sedar, tak sedar, ataupun sengaja tutup mata buat-buat tak sedar.
Kalau tak mampu balas, at least jangan lupa. Hargailah pengorbanan mereka-mereka semua.
Sebab kita tak tahu, keberatan yang mereka tanggung demi berkorban tu.
Wallahualam. Selamat Hari Raya Korban. Selamat berkorban.
Comments
Post a Comment