Falsafah dalam berpuasa : Meletakkan diri di tempat orang lain

Assalamualaikum korang sume para pembaca yang dirahmati Allah S.W.T. Alhamdulillah, begitu pantas masa berlalu. Hari ni sedar tak sedar dalam kita berpuasa, hari ni dah masuk hari yang ke-9. 

Huiyo, ke korang tak sedar hari ni dah hari ke-9? Main puasa je? Wuhahaha.

So sekarang ni, so far camana puasa? Ok? Kalau yang kaum Hawa ni aku tak pasti ah, sebab biasa lah, kaum Hawa dikurniakan oleh Allah S.W.T cuti umum setiap bulan.

Tapi janganlah sedih kepada korang yang perempuan ni, walaupun korang tak dapat nak berpuasa disebabkan uzur syarie, tapi selagi korang ikhlas dan betul-betul mahu menyambut Ramadhan yang mulia ni, In Sha Allah, ada jugak pahala.

Jadi jangan sedih-sedih ae?

Alhamdulillah, kalau berpuasa aku pasti setakat ni kesemua sembilan hari tu cukup-cukup belaka. Tapi bagaimana dengan ibadah yang lain? Macam mana ibadah yang wajib seperti solat? Adakah cukup kesemuanya?

Ibadah yang sunat pula? Solat Tarawikh, membaca Al-Quran, Qiamulail? Adakah korang buat kesemua itu?

Ke sembilan hari puasa dah puas makan sembilan jenis juadah berbuka? Ke camana?

***

Hari tu, dalam post aku yang terbaru, aku ada memberikan resolusi tentang apa yang boleh kita sama-sama lakukan dalam bulan Ramadhan. Jadi harap post tersebut memberikan manfaat kepada korang sume, juga memberikan manfaat kepada aku.

Tengok, bulan Ramadhan menyebabkan kata-kata aku seperti ustaz pula, wuhahaha.

Alhamdulillah, walaupun cuaca di Negeri Sembilan kadangkala panas, kadangkala hujan, tapi alhamdulillah setakat aku masih lagi mampu beribadah dalam bulan Ramadhan ni.

Jadi dalam diam, aku rasa aku mampu menebus kembali Ramadhan aku yang lepas, di mana Ramadhan aku yang lepas kurang aku penuhkan dengan ibadah-ibadah, namun alhamdulillah, still Ramadhan yang lepas tetap menjadi madrasah bagi aku memantapkan diri aku yang hina ini.

Bulan Ramadhan, aku cuba penuhkan hari-hari aku dengan baca Al-Quran. Bukan senang nak baca Al-Quran ni, tapi alhamdulillah, aku ambik kesempatan dan rebut peluang.

Macam yang aku cakap dalam post yang lepas, bulan Ramadhan ni bagi aku adalah bulan kesempatan, bulan di mana kita kena ambik banyak peluang. Sebab dalam bulan Ramadhan ni, macam-macam kita boleh buat.

Aku pasti semua dah sedia maklum, di mana bulan Ramadhan inilah syaitan yang jahat-jahat ni kena masuk penjara Allah S.W.T, malah pintu Syurga Allah S.W.T buka lebih luas daripada pintu gerbang stadium bola, malah ganjaran dalam melakukan ibadah besar-besar pahalanya mengalahkan jualan murah sempena Syawal.

Jadi masa nilah kita kena ambik peluang. Dulu punyalah malas nak sembahyang, masa nilah kita berusaha cukupkan solat lima waktu. Dulu punyalah malas nak baca Al-Quran, masa nilah kita cuba habiskan walaupun just baca Al-Baqarah. Dulu punyalah payah nak bangun untuk tahajud, tengok bola boleh, nak bangun tahajud payah. Time puasa nilah, boleh buat qiamulail selepas sahur.

Aish, banyaknya peluang, sangat rugi kalau kita ni tak ambik peluang. Baik terlepas jualan murah kat mall daripada terlepas peluang ibadah ni!

Ke membuta je, aduhai kau ni!

Itu baru aku cerita bab ibadah, malah dalam bulan puasa ni jugak kita boleh berjimat, save banyak duit daripada berbelanja.

Dulu makan lima kali sehari, daripada sarapan, makan pagi, tengahari, petang, malam, pastu dengan supper lagi, pergh! Kadang-kadang tak cukup RM10 sehari makan.

Tapi time puasa, just belanja untuk berbuka je. Beli murtabak ayam RM3 plus air soya RM1, settle. RM6 boleh jimat dah. Sebulan kita save RM6 dah RM180 ah, di mana dengan RM180 tu kita boleh beli 1 seluar jeans ori dan 2 helai kemeja untuk raya, subhanallah.

Kalau betul-betul nak jimat lagi, buka kat masjid je. Lagi free, takyah bayar apa-apa pun.

Aduhai, betul-betul bulan Ramadhan ini adalah bulan kita ambik banyak peluang dan kesempatan yang ada. Rugilah kalau kita tak amik peluang tersebut.

Malah untuk kaum Hawa, bulan puasalah masa untuk korang kuruskan badan, tak payah pun pakai apa-apa produk kecantikan, tak payah pun pergi joging petang-petang. Konfirm 30 hari puasa, 3 kilogram turun. Itu pun kalau korang tak melantaklah time buka puasa. Kalau melantak jugak, so 30 hari puasa 3 kilogram berat naik.

Sekian, tazkirah ringkas daripada bukan ustaz. Selamat mengambil peluang! Wuhahaha.

***

Ok, kembali serius. Dalam kita berpuasa ni, sebenarnya apakah simbolik dan falsafah di sebalik puasa?

Puasa ini sebagaimana yang korang tahu, dari segi bahasa maksudnya adalah menahan diri. Namun, sebenarnya aku melihat di sebalik berpuasa ni ada falsafah yang ingin disampaikan oleh Allah S.W.T kepada kita. Falsafah ini amat berguna dalam menjadikan kita ni seorang manusia yang bagus.

Kalau semua orang bersikap dan menghayati falsafah yang Allah S.W.T nak sampaikan di sebalik kewajiban berpuasa ni, maka aku pasti sudah tentu dunia hari ni akan lebih aman dan damai.

Suka untuk aku membawakan satu ayat Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.

Jadi selain daripada ayat ini menceritakan tentang kewajiban berpuasa ke atas umat Islam, Allah S.W.T telah claim bahawa barangsiapa yang berpuasa ni, maka dia akan menjadi orang yang bertaqwa.

Maka bagaimanakah nak mencapai taqwa? Salah satunya dengan berpuasalah.

Jadi secara tak langsung, apabila kita ni sedar falsafah dan pengajaran yang Allah S.W.T nak ajar kepada kita, maka itulah yang akan membuatkan kita moga-moga menjadi orang yang bertaqwa.

Aku pasti, semua tahu bahawa berpuasa itu mengajar kita menghayati bagaimana kesusahan orang miskin. Di mana mereka susah untuk dapat makanan disebabkan mereka ni tak mampu nak beli makanan. Malah, kesusahan mereka dalam nak dapat makanan ni telah menyebabkan ramai di antara mereka ni yang kekurangan zat, malah ada yang sampai meninggal dunia.

Jadi, penghayatan tersebutlah itulah yang aku maksudkan sebagai falsafah dalam berpuasa. Di mana kita mencuba untuk meletakkan diri kita dalam tempat orang. Kita cuba untuk merasa penderitaan mereka. Walaupun lapar yang kita rasa ni taklah sehebat macam mereka, at least kita dapat bersahur, malah kita dapat berbuka dengan makanan yang banyak.

Namun, itulah yang menjadikan kita lebih memahami mereka. Apabila bulan puasa ni kita rasa macam nak beli begitu banyak makanan kat bazar Ramadhan, jadi cepat-cepat kita halang, nak cuba untuk beli sekadar yang kita nak sahaja, sebab kita takut membazir.

Jadi orang selalu kata, daripada kita membazir ini, lebih baik kita sedekahkan makanan tersebut kepada orang miskin. Malah, dalam kita sedang membazir, ada orang miskin yang tak dapat nak makan.

Cuba kita fikir, jika sehari seorang muslim membazir sebanyak paling koman RM1, dan katakanlah di Malaysia ni ada lebih kurang 1 juta orang Islam, maka bayangkan satu hari tu sebanyak RM1 juta telah dibazirkan.

Itu baru satu hari cik oi, kalau sebulan? RM30 juta telah dibazirkan, di mana dengan duit tersebut mampu digunakan untuk membina 30 biji masjid dan 300 buah surau. Pergh!

Pernah tak kita berfikir camni? Sebelum kita nak buang lebihan ayam golek, lebihan kuih tepung pelita dan air cincau soya, cuba fikir mengenai benda ni. Konfirm takkan berani kita nak membazir.

Malah Allah S.W.T, membazir ni saudara syaitan. Mentang syaitan dah kena penjara, kita pula yang nak sambung job diorang time bulan puasa ni.

***

Dalam kehidupan kita, kadangkala kita selalu merungut, di mana ramai orang tak faham tentang diri kita. Malah selalu buat perkara-perkara yang kadang-kadang sampai menyakitkan dan melukakan hati kita.

Jadi, kadangkala kita pun dok buat status kat Facebook, buat moment kat Wechat, pahtu tulis kat blog - terasa - bahawa betapa orang yang tak memahami diri kita.

Jadi persoalannya, kenapa orang tak boleh nak faham diri kita? Jawapannya mudah je, sebab manusia ni bukannya matematik yang boleh kita faham dengan membaca dan buat study, tapi setiap manusia ni diciptakan oleh Allah S.W.T macam-macam karenah, perangai dan pendirian mereka sendiri.

Sebab tulah kadangkala orang tak faham kita sebab pendirian kita tak sama dengan pendirian diorang. Dan kita sukar nak ajak orang tu bersetuju dengan pendirian kita.

Jadi, sedangkan kita nak memahami orang pun payah, apatah lagi orang pula nak memahami diri kita?

Tapi, sebenarnya, kita boleh memahami orang dengan meletakkan diri kita dalam tempat orang tu tadi. Rasululllah S.A.W bersabda dalam satu hadith, di mana Rasulullah S.A.W ajar kita supaya bersifat dengan sifat yang kita nak orang bersifat dengan kita.

Kalau kita nak orang cakap elok-elok dengan kita, jadi kita kenalah cakap elok-elok dengan orang lain. Kalau kita nak orang tak ngumpat kita, jadi kita janganlah ngumpat orang pula.

Pendek kata, what you give, you'll get back.

Dalam kehidupan kita, kita jarang meletakkan diri kita dalam tempat orang lain. Sebab tu kita tend untuk kadangkala melukakan orang lain tanpa rasa bersalah pun.

Bila kita nak buat suatu perkara kepada seseorang, contoh jika kita nak lukakan hati seseorang, maka cuba kita fikirkan apa perasaan dia bila dia dilukakan? Dan cuba fikirkan, sekiranya kita pula yang menghadapinya?

Cuba bayangkan, bila kita bertekak dengan ibu kita, maka cuba kita fikir apakah yang ibu kita rasa. Bila kita tak ikut cakap ayah, maka cuba kita bayangkan perasaan ayah kita bila anak dia sendiri ingkar cakap dia. 

Maka bayangkan pula jika kita yang merasainya?

Cuba bayangkanlah, jika kita memulaukan seorang kawan kita, maka cuba kita apakah yang dia rasa? Camana perasaan dia bila kita layan dia macam tak wujud? Bagaimana perasaan dia bila terpaksa berhadapan dengan kita? Camana hati dia?

Cuba bayangkan bila kita mengumpat kawan kita, maka bagaimana perasaan dia bila dia tahu kita ngumpat dia? Bila kita bergaduh dengan dia, maka cuba kita bayang camana dia yang menahan marah dan mampu bersabar dengan kita?

Maka bayangkan pula jika kita yang kena sebegitu?

Konfirm, bila kita fikir apa yang orang rasa, dan meletakkan diri kita kat tempat mereka, konfirm kita takkan berani nak buat suatu perkara yang melukakan hati orang lain.

Dan sebab tu aku katakan tadi, bahawa apabila semua manusia berpegang dengan falsafah puasa - meletakkan diri di tempat orang lain - maka sudah tentu dunia akan menjadi aman dan damai.

Jika seseorang itu mahu membunuh orang, maka dia kena bayangkan apakah perasaan keluarga orang yang dia bunuh itu? Dengan sedihnya, dengan kecewanya. Dan dia juga kena fikir apakah perasaan dia jika keluarga dia pulak yang dibunuh?

Maka, jenayah di dunia ini akan berkurangan dan hilang, dunia menjadi aman dan damai, semua manusia saling menyayangi, disebabkan masing-masing bersikap dengan apa yang mereka mahukan orang bersikap kepada mereka pula, dan mereka meletakkan diri mereka pula dalam tempat orang lain.

Aku teringat satu hadith, di mana Rasulullah S.A.W menyuruh seorang penzina yang nak berzina untuk bayangkan camana pulak kalau orang lain yang berzina dengan ibu, adik, kakak dan isterinya.

Subhanallah. Betapa indahnya dunia jika semua orang meletakkan diri mereka di tempat orang lain?

***

Mengakhiri post, aku menyeru kepada diri dan korang semua, supaya hayati dengan deep falsafah berpuasa ini, Puasa ni bukan sekadar kita menahan diri daripada lapar, dahaga, daripada benda-benda maksiat, berfikir nak beribadah, bazar Ramadhan dan lain-lain lagi.

Apabila tamat sahaja 30 hari berpuasa, maka kita akan menjadi seorang manusia yang bertamadun dan menyintai manusia yang lain. Bukan setakat menyintai saudara kita yang miskin je, namun kita juga akan menyintai keluarga dan kawan-kawan kita yang lain.

Mulai hari ni, sebelum kita nak buat sesuatu perkara kepada orang lain, cuba fikir bagaimana pula kalau kita pulak yang orang buat kita camtu? Cuba letakkan diri di tempat orang tersebut, dan cuba rasa apa yang dia rasa.

Maka aku pasti, barulah kau akan sedar itulah yang sepatutnya manusia lakukan.

Untuk membuatkan orang memahami kita memang payah, namun sebenarnya tidak payah pun memahami orang ni.

Asalkan kita meletakkan diri kita di tempat mereka, itu pun sudah mencukupi.

Banyakkanlah variasi ibadah dalam bulan puasa, bukannya memperbanyakkan variasi dalam juadah berbuka.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita menjadi orang yang bertaqwa.


Salam sayang :)

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers