Ramadhan Datang Lagi : Resolusi?

Assalamualaikum kepada semua pembaca yang merindui aku. Yek. Alhamdulillah, secara rasminya beberapa minggu yang lepas aku telah selamat bergelar, bukan bergelar suami orang dengan sekali lafaz ye, tapi bergelar orang yang dah nak bergraduan ok?

So, macam biasa kini aku berada di dalam home sweet home, menghabiskan cuti aku dengan memperbanyakkan tidur, mengkhatamkan beberapa banyak game, dan mentalaqqi beberapa anime. Wuahaha, macam mengutuk diri sendiri je.

Sebelum aku pulang ke rumah, dalam aku berehat sebentar selepas mengulang kaji untuk beberapa paper, aku memikirkan mengenai apa pembaharuan yang akan aku buat di rumah dan kepada diri sendiri.

Yela, tak nak seperti dulu, asal balik rumah membuta, kurang masa dengan family, itu dan ini. Jadi macam orang kata, resolusi dan azam untuk balik ke rumah.

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dikurniakan full solid cuti untuk berpuasa cukup sebulan tanpa uzur bersama keluarga tercinta, dan juga full solid cuti untuk beraya lebih daripada cukup bersama sanak saudara.

Alhamdulillah juga, walaupun aku masih lagi mengekalkan memperbanyakkan tidur, namun aku telah berjaya membuat beberapa perubahan di dalam rumah. Semoga aku diberi kekuatan untuk meneruskannya.

Aku pulang ke rumah dengan membawa sekotak besar yang padat berisi dengan kitab-kitab Arab. Walaupun bagi aku status kotak itu aku rembat dengan tak sengaja. Wuahaha.

Selepas maghrib, dan sementara nak tunggu isyak, aku membaca kepada keluarga aku yang tercinta satu hadith daripada Hadith 40 karangan Imam Nawawi. Aku baca yang terjemahan sahaja, wuahaha. Alhamdulillah, dengan keberkatan bacaan hadith-hadith Rasulullah S.A.W ni, aku dapat meneruskan legasi solat berjemaah Maghrib dan Isyak.

Bagi aku, itu adalah satu pembaharuan yang cukup besar. Dan semoga aku diberi kekuatan untuk meneruskan tarbiyyah dalam keluarga aku, dan diberkati selamanya.

***

Semalam, dekat tv dah disiarkan pengumuman confirm puasa hari khamis ni. Tapi mungkin disebabkan sesi tazkirah dan solat berjemaah habis dalam pukul 9 lebih, jadi semua terlepas la pemberitahuan tu. 

Bila orang dok pakat post dalam Wechat, Whatsapp dan Facebook mengenai hari khamis puasa, jadi dalam diam aku menjadi super excited. Sebab aku dah berniat dari awal tahun lagi, aku nak menebus Ramadhan aku tahun lepas yang penuh dengan beberapa kecacatan dan kekosongan ibadah.

Sebagaimana yang korang tahu, Ramadhan aku yang lepas aku terlalu sibuk dengan assignment, malah Ramadhan yang lepas jugalah aku kehilangan cinta yang penuh dengan penipuan. Jadi kedua-dua elemen ini menyumbang kepada aku tak berjaya melazimi tarawikh cukup sebulan, khatam Quran, dan lain-lain.

Jadi aku nak tebus Ramadhan aku yang, mungkin hilang tahun lepas.

Hari ni, aku bangun sedikit lambat, yela, di Seremban boleh dikatakan hujan setiap pagi. Hujan pulak bukannya macam air paip menitis sebab tak bayar bil, tapi macam mencurah sebesen air. Nak kata lebat tak lebat.

Jadi bila aku pergi ke dapur, lalu akak kesayangan aku mengingatkan aku, bahawa malam ni dah start solat tarawikh. Malah, kat gruop Whatsapp family pun, dah ingatkan tentang solat tarawikh malam ni. Subhanallah. Excited aku dalam diam.

***

Apabila Ramadhan datang, akan wujud beberapa golongan manusia. Ada yang excited sebab bulan Ramadhan ni adalah antara bulan yang menggandakan pahala ibadat ibarat buat bisnes MLM besar-besaran. Ada juga yang excited, sebab bulan Ramadhan ni jugaklah antara bulan yang akan mengkayakan  manusia jika dia buka bazaar.

Ada orang sanggup cuti sebulan tanpa gaji, semata-mata nak buka bazaar Ramadhan. Amacam?

Ada juga yang bersedih, sebab bulan Ramadhan tak boleh nak makan selalu. Wuahaha. Sebab tu lah ada antara pahaman pelik dalam masyarakat, di mana buat majlis makan-makan sebelum puasa, sebab nanti bulan puasa dah tak boleh nak makan dah.

Aduhai, Allah S.W.T suruh berpuasa, masuk maghrib buka lah. Bukannya suruh 30 ari tak makan. Budak 3 tahun pun tahu manusia itu tak boleh hidup tanpa air dan makanan.

Ada juga yang tak rasa pape pun, tak excited, dan tak sedih, mungkin sebab dia bukan lah orang yang beragama Islam, atau mungkin dia adalah orang Islam yang tidak terkesan dengan kedatangan bulan yang mulia ini. What ever, iman orang lain-lain kan?

Tapi yang pastinya, seseorang yang akan bersedih nanti adalah, Syaitan laknatullah, sebab kena penjara. Wuahaha, padan muka. Tapi tak boleh suka sangat, sebab nafsu yang ada dalam diri ni pun dah puas didakyah oleh Syaitan. Ha, sendiri mahu ingat la ok?

Jadi sahabat-sahabat pembaca, aku nak tanya dekat korang, apa resolusi dan azam korang semua untuk bulan Ramadhan ni? Besok dah puasa. Apa-apa, boleh share dekat aku kat ruang komen. Kalau elok aku pun nak buat sekali.

So - tadi dah guna 'tadi' - aku nak share dekat korang, apakah resolusi, azam dan amalan-amalan ibadah yang korang tak boleh miss, time bulan Ramadhan tahun ni. Besok dah puasa beb!

(1) Mencukupkan puasa selagi tak uzur

Lelaki mesti la wajib penuh puasa. Kalau ada lelaki yang kata dia uzur, layak diberi pelempang sebiji. Tak batal pun jika dilempang lelaki terbabit. Yang wanita memang lah wajib tak penuh, tapi jangan uzur je 30 hari, kalau camni, elok dilempang jugak. Wuahaha.

Jadi, in order nak mencukupkan puasa 30 hari tanpa miss ni, tak dapat tidak mestilah berkaitan dengan kesihatan. Kalau dah demam-demam, camana nak puasa? Nanti muntah, dah tak larat pulak. Jadi, time berbuka nanti, jangan banyak sangat melantak, nanti dah sakit perut.

Juga dalam bulan puasa ni kena berhati-hati di jalan raya. Yelah, tahulah merempit ke masjid sebab tak nak miss witir, tapi kena berhati-hati jugak. Nanti dah eksiden, kan susah.

Jadi, selamat menjaga kesihatan ye bulan Ramadhan ni! Jangan melantak sangat, bersederhanalah macam biasa. Ini lepas minum soya campur cincau, bahan pulak bandung soda, lepas tu bahan pulok yong taufu. Jem jem!

(2) Mencukupkan tarawikh selagi tak uzur 

Solat sunat tarawikh ni, memang la just sekadar solat sunat sahaja. Namun pada pengetahuan aku, solat tarawikh ni tak boleh ditunaikan dalam bulan-bulan yang lain melainkan dalam bulan Ramadhan je. Jadi walaupun satu hari dalam bulan-bulan lain, kau bangun dan merasakan iman kau begitu tinggi luar biasa pada hari itu, maka tetap tak boleh ditunaikan jugak solat tarawikh.

Kalau salah betulkan ae?

Jadi, atas sebab itulah kena kejar untuk fullkan solat tarawikh ni. Bagi cukup sebulan. Sebab nak jumpa payah. Dan, uzur di sini bukan hanya berkaitan dengan haidh dan kesihatan je, tapi jugak berkaitan dengan masa.

So, kena jaga kesihatan, supaya tak miss solat tarawikh. Solat tarawikh ni dibuat selepas Isyak, dan Isyak pula bukan waktunya hanya 2 3 jam je, lama sangat. Jadi kalau betul-betul tak larat, at least buat sebelum Subuh.

Rakaat pun berbeza, ada yang buat 8, 10 mahupun 20. Its ok, buat lah mana yang suits you better.

Biasanya, masalah tinggal tarawikh ni hanya bagi orang yang buzy, samada dengan kerja mahupun dengan assignment, macam aku tahun lepas. Jadi macam aku cakap tadi, waktu Isyak tu lama, jadi atleast buat lah sebelum Subuh masuk.

Ok? Jangan tinggal ok? Walaupun hukumnya solat sunat sahaja. Boleh dah buat malam ni.

(3) Mengkhatamkan Quran 30 juzuk bersama maknanya sekali

Bulan Ramadhan bagi aku, bulan yang hebat sebab dalam bulan inilah kita mampu mengkhatamkan sebuah Quran. Sedangkan walaupun dah 3 tahun baca Quran, tapi tetap tak khatam khatam jugak. Tapi dalam bulan puasa ni, benda tu tak mustahil. Kadang-kadang sampai 2 kali khatam. Kan?

Jadi, kepada siapa-siapa yang dah biasa mengkhatam Quran dalam bulan puasa, apa kata try pulak mengkhatamkan sekali dengan maknanya. Paling koman bersama terjemahannya. Nak bagus lagi, bersama tafsirannya.

Ambil peluang, bulan mana lagi kita mampu habiskan sebuah Kalam-Kalam Allah S.W.T, jika tak bulan Ramadhan?

(4) Melazimi qiamullail dan tahajud

Untuk mendirikan malam, pada bulan-bulan lain memang penuh dengan cubaannya, terutama orang seperti aku. Cuba tanya kepada diri kita sendiri, beberapa banyak dalam kehidupan kita, kita bangunkan malam kita dengan tahajud, tasbih dan witir?

Yang ada mungkin stay up sebab study, ataupun bangunkan malam dengan bola, ataupun sebab gayut, ataupun penuh dengan dosa-dosa.

Lepas kita bersahur, rehat-rehat kejap, then apa salahnya kalau kita bangunkan malam kita, walaupun dengan solat tahajud je? Kan?

(5) Memperbanyakkan solat sunat

Boleh slow-slow buat solat dhuha, yela, macam budak-budak yang bersekolah lagi - gila bajet panggil budak - masa bulan puasa kan dah takde rehat, jadi apa kata rehat itu digantikan dengan dhuha.

Yang kita yang bukan budak pun, apatah lagi yang duduk rumah macam aku ni, pun meh meh kita buat slow-slow.

(6) Tidak tinggalkan solat wajib dan mengurangkan tidur

Wuhahaha, aku gelak dulu sebelum tulis. Takpelah, memberi nasihat kepada diri yang lalai.

Bulan puasa ni selalunya apa yang berlaku, ramai yang berpuasa, tapi solat entah ke mana. Jadi puasa itu wajib, dan solat lagilah wajib. Jadi, jangan miss solat wajib yang 5 tu. Ni sibuk full solat tarawikh, tapi solat 5 waktu miss.

Dan, cubalah kurangkan sedikit tidur tu. Gantikan dengan ibadah pulak. Memang lah puasa ni memenatkan, tapi kena kurangkan sedikit tidur. Ni dekat buka baru nak bangun, jadi apakah nilainya kita berpuasa tu?

(7) Menjaga mulut, mata dan telinga

Berpuasa itu dari segi bahasanya ialah menahan diri. Jadi, bulan puasa ni, jika kita ni adalah kaki umpat atau pun presiden kepada kelab mesyuarat tingkap, ataupun memang dah tabiat kita gitu, jadi masa bulan puasa ni lah kena belajar untuk tahan daripadanya. 

Jika kita memang jenis mata meliar, ataupun memang tegar kepada filem biru, malah kena kurang juga layan cerita, movie atau anime yang membangkitkan syahwat. Jadi dalam bulan yang mulia inilah, kita belajar dan tahan mata daripada semua tu.

Malah orang perempuan, janganlah menjadi penyumbang kepada susutnya pahala orang lain. Pakai comel-comel ok? Comel dengan menutup aurat.

Telinga pulak, jika selalu diperdengarkan dengan lagu rock, cintan-cintun, ataupun siaran-siaran yang pelik-pelik sikit, jadi apa kata dalam bulan ini kita didik dengan slow-slow dengar Al-Quran, dan juga ceramah-ceramah agama. Slow-slow bro!

(8) Tidak menjadikan Ramadhan punca kita tak produktif

Kebiasaannya, dalam bulan puasa ni ramai manusia jadi macam zombie. Tak larat je tengok. Muka pucat gila, malah selalu je mengantuk. Di mana-mana kita akan tengok camtu. Malah kita juga camtu. 

Mungkin ada yang terlupa, Rasulullah S.A.W berperang bersama dengan para sahabat dalam perang Badar, time bulan puasa. Jadi, takkan lah nak memegang pen pun tak larat?

Disebabkan bulan puasa ni dilihat sebagai asbab produktiviti manusia menurun, menyebabkan beberapa negara mengharamkan pekerjanya berpuasa. Ha, ni dah salah siapa pulak?

Jadi bulan Ramadhan, tetap produktif dan bersemangat, bukan aku nak suruh main bola time bulan Ramadhan, tapi just muka itu kalau boleh biarlah berseri-seri, bukannya ketat sangat.

Jadi, jangan lupa bersahur ok? Wuahahaha.

(9) Menjadikan Ramadhan madrasah tarbiyyah

Ramadhan itu adalah seorang guru, dan juga merupakan sebuah sekolah. Walaupun tak pernah lagi aku mendengar seorang manusia memberikan kad hadiah hari guru dalam bulan Ramadhan, namun itulah hakikatnya.

Dalam bulan inilah kita belajar untuk menahan mata, telinga dan mulut daripada beriltizam dengan benda-benda keji, mungkar dan tak elok.

Dalam bulan inilah kita belajar untuk membuat kebaikan sesama manusia, tak gaduh-gaduh, berkawan elok, tak bermusuh-musuhan. Elok je sesama manusia. Walaupun dalam bulan lain asyik bergaduh dan bermasam muka. Bermaaf-maafan la sesama mereka.

Dalam bulan inilah kita belajar erti lapar dan dahaga, dan merasai bagaimana susahnya manusia yang tak beruntung seperti kita. Jadi kita belajar untuk lebih menghargai makanan dan minuman dan tidak membazirkannya. Malah, kita akan lebih memahami penderitaan orang yang susah di sebalik falsafah puasa dan zakat.

Dalam bulan inilah kita membentuk akhlak kita dengan akhlak Ramadhan. Dengan banyaknya ibadah, samada solat, Al-Quran dan lain-lain, dalam bulan inilah kita melenturkan nafsu kita supaya tak buas sangat dalam 11 bulan yang akan datang.

Sungguh, Ramadhan itu madrasah Tarbiyyah.

***

Mengakhiri post, semoga Ramadhan kita tahun ini, jauh lebih baik daripada tahun-tahun yang terdahulu.

Ramadhan ni sebenarnya kita kena ambik banyak peluang, bukan sekadar peluang dengan buka bazaar atau beli baju yang banyak diskaun, tapi ambiklah peluang di sebalik syaitan yang dikurung dan nilai pahala yang berganda-ganda.

Kutiplah beberapa permata yang bernilai dalam bulan Ramadhan ni. 

Oleh itu, aku mengambil kesempatan susun sepuluh jari atas semua khilaf dan keburukan aku.

Marilah menjadi manusia yang kaya, start hari ini, yang kaya dengan permata-permata Ramadhan.

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan berharap pahala Allah, maka diampuni dosa-dosanya di masa lalu."

Riwayat Bukhari dan Muslim

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers