Ucapkan TERIMA KASIH kepada mereka yang menyakitkan hati anda

Assalamualaikum korang semua. Wuahahaha. Gelak dulu sebagai muqadimah. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi kat korang semua. Aku sekarang berada dalam fasa-fasa akhir sebagai student diploma. Masih lagi dalam musim exam, dan aku ada 2 paper sahaja lagi.

Habis je 2 paper, so kepada sesiapa anak dara yang nak datang meminang, jemput-jemput datang rumah aku ok? Wuahaha.

Agak lama aku tak berkarya, biasalah orang yang bajet busy macam aku ni. Sedar dalam tak sedar, aku bakal menamatkan destinasi aku di perhentian diploma. Umur pun dah berpuluh, dah tak main ah berbelas-belas. 

Aku masih ingat dengan jelas, saat-saat kelas terakhir aku sebagai pelajar sekolah rendah. Darjah 6 masa tu, masa tu masih comel dan kmetot. Habis kelas, aku dan sahabat baik aku (dah tak tahu mana sekarang) masuk dalam kelas yang hanya ada aku dan dia je, pasang 3 kipas yang ada dalam tu, then aku dan dia campak semua buku kat kipas tu. Gila best!

Harap kalau guru besar aku baca post ni, jangan tarik ae sijil berhenti sekolah rendah aku dulu. Wuahaha, dulu tak baligh lagi.

Aku juga masih ingat, saat masuk sebagai pelajar Form 1, masa tu pertama kali masuk asrama. Malah agak nostalgia, aku menamatkan perjalanan aku sebagai pelajar Form 5. Habis paper ekonomi kalau tak silap aku. Aku lagi, masa tu hujan sangat lebat, seolah-olah macam meratapi pemergian aku.

Bila dah habis form 5, rasa masa tu macam besar gila. Dah tak pergi sekolah, dah tak buat kerja sekolah, malah aku ingat aku sempat buat status Facebook sebelum exam Ekonomi, yang aku nak cerita semua kat satu dunia yang pagi tu kali terakhir aku gosok seluar sekolah.

Harap kalau pengetua aku baca post ni, jangan tarik ae sijil berhenti sekolah, masa tu tak sengaja bawak henset, rumah aku jauh. Wuahaha.

Then, time kawan-kawan aku enjoy menghabiskan masa lapang sementara nak tunggu result SPM, aku pulak dipanggil untuk PLKN. Malah, aku ingat lagi pagi terakhir aku sebagai pelatih PLKN. Then masuk pulak universiti, malah kini aku dah nak habis dah. 2 paper lagi.

Subhanallah. Terlalu banyak perhentian dalam hidup aku. Memori yang takkan boleh dibeli walaupun bebas GST.

***

Sehingga saat ini, hidup aku tak pernah sunyi daripada kewujudan manusia-manusia yang menyakitkan hati aku. Samada ia berpunca dari aku mahupun orang lain, namun sejujurnya aku mencuba sedaya boleh untuk menjadi kesayangan manusia-manusia lain. Walaupun akhirnya ia berakhir dengan aku yang disakiti.

Samada dalam perhubungan persahabatan, percintaan, blah blah, semuanya takkan sunyi daripada kewujudan mereka ini. 

Bila aku disakiti, pedih nya sangat terasa. Hati rasa bagai dicucuk. Hari rasa kelam. Nak menangis payah, mungkin sebab kurang air. Wuahaha. Tapi bila dah terlalu parah dan terlalu dalam, akhirnya awan yang menampung hujan akan bocor.

Lebih sakit, jika orang yang buatkan aku sakit hati ini aku boleh jumpa hari-hari. Pergh lagi sakitnya di sini bro! Pergi mana-mana terjumpa, bukak facebook ternampak, ke mana-mana ada je. Lagi la sakit. Tengkuk akan jadi keras, sebab menahan mata daripada melihat orang yang menyakitkan hati.

Jenis aku, aku tak pandai bergaduh mulut. Kadang-kadang aku jeles tengok manusia yang jenis kuat gaduh mulut, mulut dia ada je point nak balas, juga aku jeles kepada keyboard warrior, samada keyboard komputer mahupun henset. Bila orang keluarkan statement yang buat dia marah, laju je menaip macam otak yang berfikir. Mengalahkan jawab soalan pekse.

So, bila aku marah kepada seseorang tu, aku senyap je. Aku tak bertegur sapa. Aku buat bodoh. Kalau nampak aku buat-buat tak nampak. Just pretend dia takde depan mata. 

Bila orang yang menyakitkan hati aku ni, buat something yang melampau, memarakkan lagi api kemarahan aku macam buat pakatan, buli aku ramai-ramai, ambush aku ramai-ramai dan lain-lain lagi, lagi lah aku senyap, dan menjauhkan diri daripada mereka. Duduk seorang-seorang, jalan-jalan seorang, buat semua seorang. 

Bila makin kuat dia berhujah sampai boleh bukak kamus untuk mengatakan aku salah, aku senyap sahaja. Bukan sebab aku mengaku kalah, tapi sebab aku tak nak dia menampakkan kelemahan dia sendiri, atas benda yang dia sendiri tak paham.

Kadang-kadang dalam kepala asyik dok terbayang, macam-macam benda jahat yang aku buat kat orang-orang yang menyakitkan hati aku ni, kadang-kadang aku terbayang aku pukul depa, aku mengamuk macam hulk blah blah.

Sebab terlalu sakit hati sampai tak mampu nak pujuk. So berseorangan bagi aku, aku sendiri merawat luka yang ada dalam hati aku sendiri. 

Malah lebih sakit lagi, bila kita pernah ada memori yang best dengan mereka yang menyakitkan hati aku ini.

***

Walaubagaimanapun, dari satu sudut, aku bersyukur bila ada orang yang menyakitkan hati aku. Rasa bersyukur kerana Allah S.W.T mentakdirkan kehidupan aku dengan orang-orang begini. Kehadiran orang-orang begini dalam kehidupan aku umpama melengkapkan puzzle-puzzle yang aku hilang.

Bila aku disakiti, benda pertama yang aku akan fikir, tidak dapat tidak mestilah puncanya adalah aku. Dalam percintaan, bila orang yang betul-betul aku cintai sendiri mintak clash dengan aku dalam keadaan aku betul-betul perlukan dia, aku berfikir, adakah aku puncanya?

Lalu aku berfikir dari awal sampai akhir, tentang semua silap aku. Tentang kelemahan aku. Tentang kekurangan aku. Dari semua sudut.

Dalam persahabatan pulak, bila aku disakiti kawan-kawan, diambush, dipulau, buat pakatan atas aku, dan lain-lain, aku terfikir, adakah aku puncanya?

Lalu aku berfikir dari awal sampai akhir, aku cari apa keburukan diri aku, apa yang aku kurang, sehingga satu tahap, aku sendiri yang bertindak menghulurkan kemaafan, walaupun aku sendiri kesilapan tu bukan datang dari aku sendiri.

Terima kasih kepada mereka-mereka yang menyakitkan hati aku, dengan kesakitan itu aku belajar untuk sentiasa bermuhasabah tentang kelemahan diri aku. Apa yang aku kurang, apa keburukan aku, dan aku sendiri mencari solution untuk mengatasi semua itu. 

Terima kasih kepada mereka-mereka - bajet gila - yang menyakitkan hati aku dalam percintaan, dengan mereka aku belajar menghargai cinta manusia. Aku belajar untuk lebih caring, lebih menyayangi, dan lebih menghargai tiap-tiap usaha yang dilakukan oleh orang yang menyintai diri aku.

Terima kasih kepada mereka-mereka - dari sekolah menengah, PLKN dan kini - yang menyakitkan hati aku dalam persahabatan, dengan mereka ini aku belajar begitu banyak perkara mengenai manusia. Aku belajar untuk sentiasa berhati-hati dalam berkata dan juga berhati-hati dalam perlakuan, agar tak menyakiti kawan aku.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang menyakitkan hati aku, aku belajar untuk menghargai kawan-kawan aku yang lain. Aku berusaha untuk tidak menyakiti hati kawan-kawan baru sebagaimana hati aku disakiti oleh kawan-kawan yang lama.

Aku juga belajar untuk menghargai setiap kebaikan mereka, malah aku juga belajar untuk melihat sesuatu dari kaca mata mereka, dan meletakkan diri aku dalam situasi mereka. Sehingga aku mempelajari untuk memahami manusia yang serba complicated. Malah aku juga belajar untuk meraikan, sehingga aku meraikan seseorang yang tidak meraikan diri aku sendiri.

Credit yang paling besar dalam proses aku disakiti dalam percintaan dan persahabatan, adalah kebaikan nilai tambah kepada diri aku.

Aku menjadi lebih sabar, menjadi lebih tabah, menjadi lebih kuat, aku berjaya bangkit daripada bebanan kesakitan masa lampau, dan cuba melangkah dalam masa hadapan, subhanallah, terlalu banyak nilai tambah kepada diri sendiri, meskipun terpaksa melalui proses pembelajaran yang memedihkan hati dan jiwa aku sendiri.

Nilai kehidupan, aduhai, banyaknya yang aku dapat.  Dan, aku sedar, bahawa diri aku tak sempurna dan bagus. Tapi, melalui proses sebeginilah yang menjadikan aku sempurna dan bagus.

Jadi beruntunglah yang akan menjadi cinta aku selepas ini, kerana aku akan menyintai dia berdasarkan pengalaman dahulu. Dan beruntunglah siapa yang akan menjadi kawan aku, kerana aku berkawan dengan dia berdasarkan pengalaman dahulu.

***

Mengakhiri post, jika anda masih lagi disakiti macam saya, jadi cuba pandang dari sudut positif, instead mulut kita tak habis-habis meratap takdir kita yang sedih ini.

Ambillah sebanyak mana peluang dan pengalaman ni, untuk kita mempelajari sesuatu. Kalau tak pun, ambik ni sebagai topup untuk tampal mana yang kita kurang kat diri sendiri.

Setiap manusia, mereka ada sebab untuk menyakiti hati kita. Samada suka-suka, atau betul masalah tu datang daripada kita, atau mereka yang bermasalah, baik buruknya diri kita sendiri. Kita tak boleh puaskan hati semua orang, tapi yang pasti kita boleh puaskan hati kita sendiri.

Sedangkan menjadi diri sendiri dibenci, apatah lagi buat kebaikan? Sebab hanya kita yang mengenali diri kita sendiri melebih orang lain.

Bila kita disakiti, jangan cuba untuk menyakiti dia sebagai balasan. Walau semampu mana kita boleh, dan kita sedar kita lebih kuat daripada orang yang menyakiti kita itu, jangan sesekali cuba untuk memadamkan api dengan api. Tak salah beralah, sebab beralah bukan bermakna kalah. Cuma beralah disebabkan tak nak buang masa dengan orang tak matang.

Bila kita tidak dihargai, walaupun kita sedar begitu banyak benda yang kita dah bagi kepada orang yang menyakitkan hati kita tu, teruskan memberi, teruskan menghargai, sebab Allah S.W.T lah sebaik-baik pembalas.

Malah, ucapkan terima kasih kepada mereka, instead dari maaf, sebab sedar tak sedar kita menjadi semakin kuat, semakin tabah, semakin menghargai orang lain, sentiasa upgrade diri sendiri.

Malah, hati yang selalu disakiti itu akan menjadi lebih kental dan kental daripada hati manusia yang tak pernah disakiti langsung. Sebab kesakitan adalah juga sebahagian daripada proses pembelajaran kehidupan manusia.

Jangan disebabkan kita disakiti, kita pula menjadi raksasa dan merosakkan orang lain. Tapi jadilah manusia yang lebih kental, walau berapa banyak disakiti, seumpama besi yang semakin keras bila diketuk. Bukan besi yang patah bila banyak kali diketuk.

Haters is everywhere. So gonna strive strongly. Gonna bang harder. Don't hestitate in your action - selagi tak berlawanan dengan Islam lah - because nobody is better in knowing you then yourself.

Jadi, kepada semua yang telah dan kini sedang menyakitkan hati aku, terima kasih aku ucapkan. Kerana dengan semua itulah aku belajar menjadi manusia. Its ok kalau tak nak mintak maaf dengan aku, sebab aku tahu ia satu benda yang susah.

Jadi biarlah aku yang minta maaf, kerana tiada siapa yang paham erti kesakitan selagi dia tidak disakiti. Semoga satu hari anda akan paham, saat itu, pintu hati aku sentiasa terbuka untuk memaafkan anda walaupun langit tak lagi cerah seperti dulu.

Terima kasih.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers