Dunia lautan KEMUNCUP : Jangan berhenti mencabut

Assalamualaikum semua pembaca. Subhanallah, alhamdulillah. Beberapa minggu ini aku agak senyap krik krik perasan sibuk nak mampus. Dengan izin Allah S.W.T, aku akhirnya further study degree kat tempat yang sama masa diploma dulu. Dah kelas pertama pun.

Sebelum aku mula menulis, aku nak bagitaw yang sekarang aku dah ada twitter. Dulu aku pernah ada twitter, tapi disebabkan aku tak berjaya menjumpai keseronokan dalamnya, maka akhirnya aku delete akaun aku tu.

Tup tup, bak kata orang dah sampai seru. Maka aku buatlah akaun twitter, dah sehingga hari ini aku menjumpai keseronokan dalam twitter. Jemput-jemput follow aku kat @TariBasir, dan aku juga alu-alukan korang untuk tweet apa-apa, masalah ke, perkongsian ke, atau korang nak aku tulis apa dalam post seterusnya, watever, just #sapemaubahgia.

Aku juga keluarkan kata-kata hikmah aku - yang bajet deep - sendiri, dan korang boleh share jugak dengan aku kata-kata hikmah korang kat #quotenta.

Beberapa minggu yang lalu, seorang sahabat lama aku di universiti - juga sekelas dengan aku - whatsapp aku. Jadi maklumlah, aku bukanlah seorang yang jenis ambik tahu hal-hal manusia dan memang tak cakna dengan gosip-gosip semasa.

Jadi, dia berkongsi beberapa gosip terhangat dengan aku. Then, aku tanya tentang halatuju dia selepas diploma ni. Sambung degree ke, atau camana?

Sahabat aku ni, antara orang yang kuat bersabar, dan antara manusia yang sanggup berkorban demi kawan-kawan yang tak pun sanggup berkorban deminya. Jadi, biasalah. Selama mana manusia bersabar, ia tetap memiliki hadnya.

Sahabat aku kata, dia mungkin akan masuk dalam tahun depan - tidak sekali dengan aku -, sebab dia tahu kalau dia masuk sekali, maka probability untuk dia kelas sekali dalam jurusan yang sama bersama kawan-kawan yang melukakannya dahulu, adalah tinggi.

Jadi, sahabat aku tidak lagi mampu bersabar, oleh sebab itu dia rela menunggu tahun depan, ataupun panggilan ke universiti lain.

Mendengarkan cerita dan luahan sahabat lama aku ni, sungguh, di hati aku terbit rasa sedih yang teramat. 

Pertama, aku merasa sedih bagi manusia-manusia yang telah menyumbang kepada kelemahan sahabat aku ni, kerana sudahlah mereka tak mampu menjadi hujan yang menyegarkan tanaman, malah mereka menjadi pula hujan yang banjir sampai memusnahkan segalanya.

Aku cukup sedih dengan manusia-manusia begini. Sedar tak sedar, mereka dah merosakkan keseronokan orang lain. 

Percayalah cakap aku, manusia-manusia yang mengkhianati manusia ni adalah manusia-manusia yang tidak pernah merasa sakitnya dikhianati.

Kedua pula, aku merasa sedih bagi sahabat aku, kerana dia telah membiarkan kehidupannya ditulis oleh orang lain, dan bukan ditulis oleh dirinya sendiri.

Sungguh, walaupun aku sedar probability aku akan berjumpa kembali dengan mereka-mereka yang melukakan hati aku badly dahulu adalah tinggi, malah kemungkinan akan sekelas sekali adalah tinggi, namun aku redha dan pasrah. Walaupun aku telah berdoa sebanyak mungkin kepada-Nya agar minta jauhlah daripada bala tu.

Tapi, aku tak kisah. Sebab ini adalah life aku, hak aku, dan aku takkan biarkan mana-mana manusia lain menulis kehidupan aku sendiri.

Jadi, itu juga yang aku sampaikan kepada sahabat lama kesayangan aku, dan alhamdulillah, hari pertama aku mendaftar di universiti, hari tu juga aku nampak muka dia.

Hepi betul aku, sambil marah dia sebab tak bagitaw aku. Nak surprisekan aku kononnya.

***

Hidup ni umpama satu daratan yang penuh dengan lautan kemuncup. Jadi sejauh mana kau berjalan, maka setiap sudut daripada pakaian kau itu - tidak dapat tidak - akan dipenuhi oleh kemuncup.

Jadi, bagaimanakah untuk menghilangkan kemuncup tersebut daripada pakaian kau tu tadi? Telanjang ke? Bapak ah, bahaya siak.

Tak dapat tidak, jelas jawapannya, dengan mencabut kemuncup tu tadi.

Tapi, bila masanya kau nak mencabut kemuncup tu tadi? Berhenti di tengah jalan, cabut kemuncup, dan teruskan perjalanan tu balik?

Yes, juga merupakan satu cara yang praktikal, tapi cara yang paling efisien adalah habiskan perjalanan kau tu tadi, dan mula mencabut kemuncup tu tadi satu persatu. Kan?

Jadi, hidup ini memang satu daratan kemuncup yang banyak. Di mana kemuncup-kemuncup itu tadi merupakan masalah-masalah yang senantiasa akan datang singgah dalam kehidupan kita.

Untuk menghilangkan kemuncup itu tadi, maka kita akan berhenti di tengah jalan, mula menjalankan aktiviti pencabutan kemuncup, then kembali meneruskan perjalanan kita. Tapi adakah kita sedar, dalam beberapa saat je kita melangkah, pakaian kita yang bersih daripada kemuncup tu tadi akan kembali penuh dengan kemuncup?

Jadi, dalam kehidupan kita ini sahabat pembaca sekalian, dalam kehidupan kita itu akan ditimpa oleh permasalahan. Samada masalah keluarga, masalah kawan-kawan, masalah cinta, masalah tu, masalah ni?

Maka, fitrah manusia yang suci dan yang betul, adalah manusia yang akan mencabut kemuncup daripada pakaian mereka, sebab kenapa? Sebab mereka tak selesa. Pernah kau jumpa kawan-kawan kau yang pakai seluar sebulan, penuh gila dengan kemuncup?

Kalau jumpa, mohon sepak dia mewakili aku. Hahaha.

Jadi, fitrah kita sebagai manusia yang suci dan yang betul, kita sendiri akan mula membebaskan diri kita daripada masalah yang kita hadapi. Walau apa jua masalahnya, akan kita cari jalannya.

Salah satunya adalah dengan sabar. Kemuncup jika nak dicabut, memerlukan kesabaran yang tinggi. Apatah lagi satu seluar track penuh dengan kemuncup. Pergh, kena sabar tinggi beb. Ikut hati nak je bakar seluar track tu, kan?

Selepas usai kita cabut kemuncup itu daripada pakaian kita, maka apakah yang perlu kita buat? Sudah tentu kita akan meneruskan perjalanan kita kan? Takkan stay je, kalau tak bila nak sampai ke destinasi?

Jadi sebab itulah, orang kata life perlu diteruskan. Selepas satu masalah telah kau selesaikan, satu masalah yang lain pulak datang. Tapi itulah yang menyebabkan, kau akan tiba di destinasi yang kau inginkan. Iaitu kejayaan, atau juga mati dalam keadaan gembira.

***

Aku teringat dalam Al-Quran, di mana Allah S.W.T meminta kita sebagai seorang hamba, merenung kembali sedalamnya terhadap semua benda yang dicipta-Nya.

Malah, tak keterlaluan kalau aku katakan, kita boleh belajar macam-macam cara untuk menjalani kehidupan, walaupun hanya dengan memerhati kemuncup yang melekat-lekat kat seluar track kau tadi.

Mengakhiri post, setiap daripada kita mempunyai destinasi kita sendiri. Dan yang pasti, walau camana berbeza matlamat dan destinasi yang kita nak capai, tapi di akhirnya semua kita akan tiba ke destinasi yang akhir, iaitu mati.

Jadi, biarlah sebanyak mana pun kemuncup yang melekat kat seluar track kau, tetapi selagi kau tak berhenti mencabutnya, maka percayalah kau masih lagi boleh lagi main bola petang-petang dengan memakai seluar track yang sama tanpa perlu pinjam member punya.

Dan biarlah sebanyak mana masalah yang datang menguji kau di dalam kehidupan kau ini, tetapi selagi kau tak berhenti mengalah, tak putus asa, berusaha kuat dan sentiasa bersemangat, maka kau akan berjaya tiba di destinasi yang ingin kau capai.

Dan tika itu kau akan menjadi manusia yang gembira, yang mengutip kemuncup terakhir di seluar track kau selepas daratan menjadi kontang tanpa kemuncup-kemuncup lagi.

Jadi, jangan berhenti mencabut :)

Comments

  1. HAha twitter mmg best sbb kalo de papa isu negara yg terkini hashtag aja trus kuar. Mudah

    ReplyDelete
  2. HAha twitter mmg best sbb kalo de papa isu negara yg terkini hashtag aja trus kuar. Mudah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers