Luas kawan, luas pemikiran
Assalamualaikum korang semua yang aku sayangi. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk update blog ni, membuat perkongsian walaupun aku sedar siapa aku. Pergh, mukadimmah dah touching! Coii.
Aku masih lagi mengharapkan belas ihsan daripada member sebelah bilik aku untuk update blog ni. Yela, itulah nasib aku. Terpaksa mengemis dan mengharapkan belas kasihan orang. Aku rasa mesti member sebelah bilik aku dah fedup tengok muka aku yang lebih sadis daripada lembu yang bakal dikorbankan. Walaupun baru hari ni aku pinjam.
Susah jugak jadi anak perantauan ni. Lepas isyak tadi, aku memulakan perjalanan aku ke kafe. Hanya ada dua tiga kafe je yang bukak, tu pun banyak makanan yang dah habis. Perut aku meraung-raung macam bunyi buluh lemang yang patah, sebab aku tak makan nasi dari pagi tadi. Last seen blue tick perut aku, adalah burger mcd breakfast pagi tadi.
Lalu aku pulang ke balik dengan kekecewaan, dengan perut yang lapar. Sempat jugak aku wasup family aku bahawa aku tak makan lagi. Yela, aku bukan hero, nak bajet kenyang je semua. Padahal aku lapar gila.
Prinsip aku, dengan family lah kita tunjuk side lemah kita. Takkan lah dengan family pun nak tunjuk macho jugak. Hahaha. Bagitau juga yang aku tak makan lagi dan sangat lapar kepada ibu aku, tapi ayat last mesti power, iaitu aku katakan supaya jangan risaukan aku. Ha, tu baru macho!
Setibanya aku kat bilik, setelah aku berguling-guling atas katil dek lapar, akhirnya aku sarung seluar, dan aku buat keputusan untuk keluar berjalan kaki mencari kedai makan yang bukak. Yela, takkan la mcd je memanjang. Ingat murah ke apa? Satu burger mc chicken tu boleh dapat nasi dengan ayam taw kat kafe.
Alhamdulillah, dipendekkan cerita, aku kini berada di depan laptop, sambil menaip untuk update blog ni. Aku tak tahu bila lagi aku akan dapat kesempatan camni. Alang-alang dapat, baik aku update. Kesian la korang yang tertunggu-tunggu post aku. Sampai berguling-guling.
Alhamdulillah, sebagai penutup muqadimmah aku yang boring gila ni, dapat aku simpulkan bahawa aku dah pun makan sepinggan nasi goreng, satu burger double chicken, dan aku ada spare nasi goreng lagi untuk aku tengok All Black lawan pukul 3 pagi nanti.
Sekian muqadimmah yang boring.
***
Aku kini meneruskan perjuangan aku sebagai pejuang dalam medan ilmu pada peringkat yang lebih tinggi, iaitu degree. Aku perlu struggle dalam degree selama 4 tahun, demi mengejar misi 4.0 Ijazah Kelas Pertama.
Aku sambung degree aku di tempat yang sama time aku diploma dulu. Jadi, aku ni kira macam orang lama lah. Kat mana aku pergi, kafe ke, library ke, kelas ke, mesti akan ada orang yang kenal atau bajet kenal aku. Samada junior mahupun senior yang tegur, atau aku tegur sebab kenal atau bajet kenal.
Aku ditempatkan dalam kelas kedua, di mana kos aku ni ada 3 kelas kesemuanya. Di dalam kelas aku tu, ada beberapa manusia yang aku dah kenal sebab mereka ni sekelas dengan aku time diploma dulu, dan ada juga yang diploma sama dengan aku walaupun mereka ambik kos lain time diploma dulu.
Pendek kata, mereka yang sekelas dengan aku masa diploma dulu, dan sekelas pulak dengan aku sekarang masa degree ni, aku dah kenal isi hati perangai mereka dari A sampai Z.
Walaubagaimanapun, dalam kelas aku tu majoritinya penuh dengan member-member yang dulu ambik STPM, STAM dan diploma di tempat yang lain. Jadi banyaklah muka-muka baru yang memang aku tak kenal, terutamanya perempuan. Malah, mereka ni muda-muda dari aku. Malu pulak aku, hahaha.
Alhamdulillah, sekarang ni baru je 2 minggu aku berkenalan dengan mereka-mereka yang sekelas dengan aku ni. So far so good. Aku tak mengharapkan apa-apa yang grand daripada mereka, cuma aku harapkan mimpi ngeri diploma tak berulang, dan aku takkan jumpa lagi kawan-kawan yang tak pandai menghargai orang macam aku jumpa kat diploma dulu.
Asalkan time assigment, espcially assigment group, semua boleh bagi komitmen, selagi itu aku ok. Tak perlu pun nak spent time 24 jam dengan aku. Tu pun dah cukup.
Alhamdulillah jugak, selain kawan-kawan sekelas yang baru aku jumpa dan beramah mesra, aku juga berjaya meluaskan pencarian kawan-kawan baru yang berlainan kos pulak. Aku kawan dengan dia, then dia pulak kenalkan kawan dia kat aku, jadi ramailah kawan-kawan aku.
Pergi kelas kawan lain, pergi lunch kawan lain, dinner kawan lain, main sukan kawan lain, tidur pun kawan lain.
Namun, apa yang aku nak statekan di sini, kesemua kawan yang aku jumpa ni, lepak hangout dan lain-lain, takde seorang pun yang aku kenal masa diploma dulu. Kesemua di kalangan mereka adalah fresh muka baru, dan memang aku tak pernah jumpa sejak aku lahir.
Masa mula orentasi, dan aku pula dah jejak ke universiti aku ni, aku melihat ada satu budaya yang kurang enak pada mata aku, iaitu kawan-kawan yang aku kenal masa diploma, hanya bergaul dengan member-member diploma jugak.
Yang lelaki dengan lelaki, yang perempuan dengan perempuan. Bila aku berjalan dan bertemu dengan satu kumpulan lelaki atau perempuan, kesemua mereka tu adalah ex-diploma sama dengan aku.
Malah, aku tak melihat pun mereka ni berbasa basi, tegur menegur dengan member-member yang baru ni.
Sehingga hari ni, aku masih melihat perkara itu berlaku. Pergi kelas dengan geng ex-diploma, pergi kafe dengan geng ex-diploma, grouping pun dengan geng ex-diploma, semua benda buat dengan geng ex-diploma je.
Adakah bagi di depan mata mereka ni, mereka tak nampak kewujudan kawan-kawan yang baru, selain daripada member-member ex-diploma macam mereka?
***
Aku juga ex-diploma situ, aku juga ada kawan-kawan ex-diploma yang aku kenal. Tetapi, tak bermakna aku tak tegur mereka ataupun tak bergaul bersama dengan mereka setiap masa, bermakna aku tak kawan dengan mereka atau buat-buat tak kenal dan berlagak sombong dengan mereka.
Kalau ada pun, mungkin sebab aku tak suka perangai mereka. Tu pun just dua tiga orang je.
Ye, keterlaluan lah kalau aku cakap mereka ex-diploma ni tak tegur langsung mereka-mereka yang baru masuk ni. Mungkin dalam kelas mereka ada bertegur sapa, berbasa-basi sesama mereka. Dan aku juga melihat ada di antara member-member ex-diploma bersama member-member baru ni.
Tapi yang banyaknya aku tengok, hatta dalam kelas aku sendiri pun, adalah mereka-mereka yang lebih selesa bergaul dengan geng-geng yang mereka dah kenal dari diploma dulu. Dan tak cuba jadikan member-member baru ni geng mereka pulak.
***
Actually, aku tak marah dengan apa yang sedang berlaku ni, tapi aku luahkan sebab mata dan akal aku tak boleh hadam benda camni. Ni pandangan aku, mungkin korang tak setuju, tapi terserah. Ni negara demokrasi, semua bebas mengutarakan pandangan masing-masing.
Dalam kehidupan aku, aku sentiasa mengamalkan konsep meluaskan kawan aku. Di mana aku berpijak, samada melancong, ada urusan, bersukan mahupun belajar, aku sentiasa akan mencari kawan-kawan yang baru.
Walaupun kadangkala, ada juga kawan-kawan seorang dua yang aku kenal, mungkin sekolah bersama atau sebagainya, tapi aku kurangkan masa aku untuk bergaul dengan mereka. Tapi seriusly, aku tak menolak mereka, malah kadangkala aku spent time dengan mereka. Lupakan mereka lagilah jauh sekali.
Bagi aku, kawan ni kita kena luaskan. Jangan hanya berkawan, spent time bersama, dengan kawan member yang kita dah kenal je. Dalam kehidupan kita ni, kita kena luaskan pencarian kawan kita. Kena berkawan dengan manusia-manusia yang pelbagai, dan berbeza gaya kehidupan dengan kita.
Bila kawan kita ramai, dan macam-macam perangai telatah dan mentaliti mereka, jadi kita boleh belajar macam-macam daripada mereka. Itulah namanya proses pembelajaran kehidupan, di mana kita belajar macam-macam daripada apa yang kita nampak, rasa dan hasil kita berkawan dengan mereka.
Itu baru berkaitan dengan perangai telatah dan mentaliti, belum masuk lagi jika berlakunya pertukaran idea ilmu dan pemikiran. Maka secara tidak langsung, pemikiran kita pulak menjadi luas.
Tapi realitinya, apa yang berlaku sebaliknya. Orang yang berkopiah hanya geng member dengan member berkopiah. Yang budak vape dengan budak vape. Yang tudung labuh dengan tudung labuh. Yang free hair dengan free hair. Yang ex-diploma dengan ex-diploma je.
Jadi, di mana part dalam kehidupan kita, di mana pemikiran kita menjadi luas, dan tak lah kita hanya nampak sesuatu tu dari satu sudut je? Di mana?
***
Mengakhiri post aku yang hina, apa kata lepas ni kita cuba meluaskan pencarian kawan kita.
Kita kawan dengan pelbagai jenis manusia yang berasal dari pelbagai jenis latar belakang, yang ada pelbagai jenis perangai, yang memiliki pelbagai jenis kemahiran dan ilmu.
Buat pertukaran dan sama-sama berkongsi rasa dan idea.
Barulah luas vision kita, dan tak mendap sebab duduk dalam kawasan yang sama dengan muka-muka yang sama je.
Aku tak declare aku bagus, yang ada vision dan pemikiran yang luas sebab aku meluaskan kawan aku.
Tapi atleast, aku sendiri tahu bahawa aku tak melihat sesuatu dari satu sudut sahaja macam manusia-manusia yang pernah aku jumpa.
Dan aku sendiri yakin, bahawa manusia yang luas pemikirannya adalah manusia yang meluaskan pencarian kawannya.
Kata orang, berkawan biar beribu, berkasih hanya satu.
Tahniah kepada sesiapa yang meluaskan pencarian kawannya. Kerana anda bukanlah takungan air yang mendap.
Kirenya samalah kes mcm time skola men, dak form 4 baru(masuk skola tu time form 4) n dak form 4 lama(masuk skola tu since form 1.
ReplyDelete