Perangai Lelaki: Masa nak beria-ria, bila dah dapat biar sahaja (Bonus: Tips nak handle lelaki begini)

Assalamualaikum wrh. wbt. buat semua pembaca yang aku sayangi. Kahkahkah, punyalah aku excited semalam buat comeback lama tak menulis, sampai lupa nak bagi salam. Nasib baik takde orang kecam, yela siapa jela yang baca blog aku ni (tiber).

Walaubagaimanapun, dalam musim hujan yang sentiasa membasahi bumi Seremban, di mana aku cukup lemah dengan hujan seperti Superman yang lemah dengan kryptonite, sehinggakan aku sering terlelap dan akhirnya terlena di atas katil lalu aku tidak start buat analisis tesis (alasan),

Tetap tidak menghalang aku untuk aku up satu post yang betul-betul menganggu dan terbuku di lubuk atmaku yang paling dalam. Dan untuk pengetahuan korang, saat aku menulis post ini waktu menunjukkan 12 lebih tengah malam (waktu Malaysia) dan bumi Seremban masih hujan walaupun sedikit lebat.

Di sini jelas menunjukkan komitmen aku untuk membahaskan isu hangat dan penting ini, meskipun berhadapan dengan kryptonite aku sendiri iaitu hujan (padahal dah puas tidur petang sebab hujan).

Cukuplah dengan muqadimah setelah sekian lama, mari terus kepada titik perbincangan isu hangat ini, terutamanya kepada kaum wanita.

***

Dalam area aku rasa sebulan dua ni, otak aku ligat berfikir hampir setiap malam, iaitu:

"Mengapa orang lelaki ni kan, masa nak try tackle usha dulu, fuh bukan main beria-ria dengan usaha setinggi langit bagai! Tapi bila dah dapat, eh buat bodoh je, tak lagi beria-ria macam dulu!"

Lalu aku cuba berfikir, tetapi aku cuba berfikir daripada sudut yang positif, yela sebab aku pun kadang-kadang buat camni dengan kesayangan aku. 

Sebelum korang yang kaum wanita ni kecam aku, maksud aku, bukanlah aku dok abaikan kesayangan aku, dan jauh sekali aku tidak lagi sayang atau tidak beria-ria macam masa nak try usha dan tackle kesayangan aku dulu,

Malah for the record, aku mencuba untuk usha dan tackle kesayangan aku dekat 6 bulan tanpa henti. Itu pun dalam 6 bulan aku terpaksa berhadapan dengan deretan reject yang direct daripada kesayangan aku plus kata-kata yang menyakitkan hati, sehingga aku beberapa kali hampir putus asa dan mahu berundur diri.

Dia bukannya maki aku ke apa, tapi ayat-ayat reject yang dilontarkan ketika itu terlalu direct dan terlalu makan dalam kahkahkah. Nampaklah kesayangan aku ni garang (sekarang pun lebih kurang hihihi).

Lalu, setelah aku berfikir daripada sudut positif, dan juga daripada sudut pandang aku sebagai seorang lelaki serta pernah juga buat camni, inilah apa yang aku maksudkan setelah sebulan dua aku memerah kepala (mengalahkan memerah kepala untuk tesis ishishish):

Satu, sebenarnya bukanlah aku tidak beria-ria macam dulu, cuma bila dah dapat ni (sudah dapat hatinya), aku memilih untuk lebih steady. Steady di sini tidaklah bermakna aku lupa untuk mengambil hati dan menjaganya sebaik mungkin. Aku masih ingat tarikh-tarikh penting, aku masih tak lupa call dan whatsapp hampir setiap hari, dan cinta itu tetap mekar hari demi hari.

Cuma, berbeza dulu, aku terlalu fokus untuk usha dan tackle sampai aku buat benda-benda yang membodohkan diri sendiri (itu yang boleh kena reject). Jadi sekarang ni, bila dah dapat, aku nak steady dan fokus untuk mengekalkan hubungan ini. Yela, macam aku cakap post lepas, membina tu mudah, nak mengekalkan tu payah!

Dua, aku bagi satu analogi. Bayangkan korang kaum wanita telah memenangi satu baucer Watson bernilai RM1000. Baucer tersebut tak kisah korang nak belanja bila-bila. Harini ke, esok ke, bulan depan ke, sepuluh tahun lagi ke, nak wariskan kat cucu ke apa. Pendek kata, takde tarikh luput.

Soalan aku, adakah korang kaum wanita bila dah dapat harini baucer tu, akan terus habiskan RM1000 baucer tu pada hari yang sama jugak? Mengenali kesayangan aku 5 tahun ni, korang kaum wanita bila berbelanja kat Watson mesti nak tunggu sale la apa kan?

Jadi, confirm korang akan tak rushing mana, sebab benda dah dapat, rilek la. Dan begitulah perihalnya macam kenyataan tadi. Sebabkan orang lelaki dah dapat hati orang perempuan, maka dia tak rushing mana lagi macam dulu-dulu.

Tiga, bagi sesetengah lelaki, ada yang terpaksa meninggalkan beberapa perkara yang selalu mereka buat, seperti minat contohnya, dalam proses nak usha dan tackle seseorang perempuan yang mereka minati. Jadi, bila mereka dah dapat, mereka mahu kembali meneruskan minat itu (ini tak termasuk minat yang negatif macam hisap rokok, playboy atau lain-lain yang negatif).

Maka, setelah hampir sebulan dua aku berfikir dari sudut pandang aku, mengapa kadang-kadang aku kelihatan tidak beria-ria macam dulu, mungkin disebabkan tiga sebab ini. Namun, aku nak menegaskan di sini, kehadiran ketiga-tiga sebab ini tidak bermakna aku tidak beria-ria macam dulu, mengabaikan kesayangan aku dan buat perkara-perkara yang berpotensi merosakkan perhubungan kami (dulu ada kot).

Cuma, aku cuba mencari sudut pandangan yang positif, mana tahu ada lelaki yang mengalami sama macam aku. Dikatakan tidak beria-ria macam waktu dulu, padahal waktu sekarang tetap sayang dan tidak mengabaikan kesayangan, malah cinta makin mekar saban hari.

Mungkin, ada beberapa perkara yang dirindui oleh kesayangan korang kaum lelaki, di mana bila dah dapat hatinya, korang tak lagi buat sekerap dahulu. Macam aku dulu, masa nak usha dan tackle, aku kerap tulis puisi dan syair Bahasa Melayu dan Bahasa Arab untuk kesayangan aku. Sekarang ni aku sendiri akui aku jarang bagi puisi dan syair kat kesayangan, mungkin kerana cukuplah yang sweet itu perbuatan aku gituhhh, bukan sekadar menanam tebu di bibir. #alasan

Dan kalaulah korang kaum wanita tetap tak puas hati dengan sebab positif di sebalik itu, maka marilah kita fokus kepada titik utama post ini, iaitu sudut negatifnya pula.

***

Aku banyak mendapat soalan dan luahan hati daripada kenalan wanita aku, sama ada anak murid yang umur belasan dan puluhan, kawan sebaya dan juga senior, mengenai perangai orang lelaki kaum aku sendiri yang aku cukup benci, iaitu hangat-hangat tahi ayam.

Masa nak usha dan tackle dulu, fuh, jangan cerita ah kalau perihal Whatsapp, Instagram ke bagai. Memang orang lelaki ni yang starter, dialah yang paling rajin bercerita itu ini, buat lawak walaupun try hard lagi hambarudin.

Tu tak cerita lagi perihal hadiah kalau sambut birthday. Sharp pukul 12 tengah malam terus Whatsapp, buat Story Instagram semua tag bagai.

Tapi bila dah dapat, dah ada dalam relationship, semua tu hangat-hangat tahi ayam. Whatsapp jarang, call pun tak sekerap dahulu, nak cerita apa yang buat harini pun malas kata penat la apa, padahal time masa nak usha dan tackle, penat-penat pun boleh je call semua.

Tu tak masuk bab hadiah, tarikh-tarikh istimewa ke apa, belum aku cerita soal bergaduh dan kematangan. Semua tu sekadar hangat tahi ayam je, lepas dah 'keluar' lama, tahi tu pun sejuk.

Kadang-kadang yang buat aku geram tu, perempuan yang kau dok usha dan tackle tu rebutan orang boskur! Maksudnya, kalau buat battle royale, ramai yang sanggup bermatian untuk lawan kau demi mendapatkan awek kau tu, disebabkan kebaikan yang ada pada dirinya seperti lawa luar dan dalam.

Tapi untuk kau yang dah pun peroleh hati dan sayangnya, kau buat bodoh dan biarkan dia begitu sahaja. Padahal dalam ramai-ramai yang dia sanggup tolak demi kau tu, mungkin ada yang lebih baik daripada kau, but yet dia pilih kau.

Itulah sesuatu yang aku betul-betul respect kepada kaum wanita. Kaum wanita ni ialah kaum yang tidak terlalu memandang rupa dan harta (majoritinya). Selagimana wujudnya seorang lelaki yang betul-betul dambakan dirinya, sanggup buat apa sahaja demi dirinya dan akan menyayangi dirinya sepenuhnya, lelaki tu tak sehensem di mata orang lain dan juga mungkin tidak hensem di matanya, namun disebabkan effort dah usaha, perempuan tu terima seadanya.

Kaum wanita ni pandang effort dan usaha, dan aku menyaksikan kebenaran ini setelah 6 bulan aku berusaha, dan akhirnya aku berjaya membuka gerbang pintu yang dikunci ratusan mangga.

Cuma yang sedihnya, usaha yang diberikan sebahagian lelaki ni kadangkala boleh tinggal begitu sahaja, umpama debu yang ditiup angin. Bila dah dapat, usaha-usaha ini hilang, dan hilang, dan akhirnya tidak dilakukan lagi.

Masa nak beria-ria, bila dah dapat biar sahaja. Dasar lelaki, dan itulah antara perangai lelaki yang aku tersangat benci walaupun aku lelaki.

***

Malas nak cerita panjang-panjang untuk lelaki yang tak guna sebegini, meh aku ajar korang kaum wanita, camana nak handle lelaki camni. 

Cuma aku nak bagitahu, cara ni agak radikal dan ekstrem. Dan endingnya hanya dua sahaja, sama ada korang berjaya ubah lelaki tu, atau mungkin lelaki tu bukanlah yang truly untuk korang. Tapi aku yakin, atleast korang berjaya tahu bagaimana sebenarnya lelaki tu, di sebaliknya effort dan usahanya dulu dari lelaki yang hanya berpura-pura sayangkan korang, atau sayangkan korang sebab nafsu semata-mata.

(1) Bagitahu dulu apa yang berlaku

Maksud aku, bagitahu dulu kat lelaki tu apa sebenarnya yang berlaku ni. Mungkin lelaki tu tak sedar apa yang dia buat, dia abaikan korang ke apa, mungkin kerana sibuk atau mungkin dia betul-betul tak sedar.

Bagitahu, yang kenapa dah tak beria-ria macam dulu? Kenapa banyak lupa dan abaikan korang? Korang luahkan jela apa yang terbuku di hati korang, jangan simpan.

Dan aku bagitahu awal-awal, kalau korang expect lelaki ni nak tahu apa yang terbuku di hati korang, percayalah expectation korang terlalu tinggi, even untuk lelaki yang bagus macam aku (tiber). Sebab  kaum lelaki tetap tidak boleh membaca apa yang kaum wanita, dan even mereka boleh baca pun, kebanyakannya salah atau lelaki ini tak ramai.

Dan, kalau korang dah buat camni, masih takde respon, lelaki tu tetap camtu je, cuba cara kedua ni:

(2) Korang pula yang beria

Walaupun menyampah camana pun korang dengan cara kedua, dan akan persoalkan kat aku "asal kitorang pulak kena beria", korang kena ingat, percintaan ni bukannya one man show, dan juga bukan kerja lelaki je nak romantik sweet bagai. Korang kaum wanita kena sweet juga, timbal balik, give and take, bukan harap lelaki je nak sweet tapi korang tak nak buat benda yang sama.

To be honest, perempuan lebih senang sweet dengan lelaki berbanding sebaliknya. Dan mungkin wujud juga probality kenapa lelaki tu dah tak beria-ria dengan korang sebab giliran dia pulak untuk merasa sweet dan beria-ria tu daripada korang pulak. 

Dan kalau korang rasa berat nak buat benda, jelaslah yang hubungan ni toxic dan mungkin koranglah yang toxic sebab nak merasa je tapi taknak memberi.

Dan nak sweet ni bermacam cara, malah cukup dengan concern pun aku rasa orang lelaki dah cair.

Dan kalau tak jadi apa juga, trylah cara ni pulak:

(3) Berbincang

Cuba tanya, apa masalah. Ada apa-apa ke yang menyebabkan lelaki tu tak lagi beria-ria dengan korang? Dia sibuk kerja ke, mungkin penat ke, mungkin ada masalah phone takde data ke, tanya, dapatkan sebab. Mungkin dia nak 'me time' sendiri ke apa.

Walaupun sebab tu sebab yang menyakitkan korang macam "takkanlah nak Whatsapp nak Call 24 jam je".

Cuba berbincang, supaya masing-masing tahu apa yang berlaku. Mungkin korang yang tak faham dia, atau mungkin dia yang tak faham korang. 

Dan aku nak bagitahu, ada kemungkinan korang akan bergaduh, boleh jadi bergaduh besar. Kalau tak kena seni bergaduh, mungkin boleh clash. Yela, masing-masing dah emosi, terutamanya bila lelaki dah bawa masuk ego dia. 

Tiada apa yang boleh mengalahkan ego seorang lelaki, melainkan dia sendiri yang mengalahkannya.

Dan kalaulah dia dah bawa masuk ego dia, sampai kata "dah tak payah la Whatsapp semua, semak je!", maka korang try cara ni,

Dan aku nak bagitahu, cara ni radikal, ekstrem dan mungkin akan menyakitkan korang. Cuma niat aku, aku hanya nak bagi dia rasa bagaimana kehidupan tanpa korang, padahal dulu dia dok try hard nak masukkan korang dalam kehidupannya.

(4) Lari sekejap dari dia

Lari di sini maksud aku, cuba berhenti Whatsapp dia, berhenti call dia, dan cuba bersifat dingin dengan dia. Berhenti buat sesuatu yang biasa korang buat dengan dia. Kalau biasa panggil sayang, cuba panggil saya awak je. Kalau selalu kejut ke apa, cuba takyah kejut. Biasakan buat story yang sendu supaya dia sedar diri sikit.

Aku yakin, cara ni akan menyakitkan korang. Cuma aku nak bagitahu, mungkin setelah apa yang korang buat tak jadi, korang pun dah cuba sweet dan memberi pun tetap tiada perubahan, mungkin cara ni jela yang terbaik.

Aku cadangkan elok korang letak guide masa. Mungkin 3 4 bulan paling lama, dan kalau tetap 3 4 bulan dia tetap camtu, takde perubahan, so aku rasa mungkin cara yang terbaik ialah:

(5) Perlahan-lahan undur diri dan move on

Mungkin dia sudah tidak berminat dengan korang, mungkin ada orang baharu dan lain-lain sebab. Yang pastinya, perhubungan ni takkan bertahan lama kalau salah seorang tak semangat dan tidak lagi sayang dan cinta.

Walaubagaimanapun, aku menegaskan, jangan sesekali korang cipta orang ketiga dalam situasi ni. Jangan dok luahkan kat mana-mana lelaki, melainkan yang korang betul-betul percaya korang takkan jatuh hati kat dia ke, dan kalau korang betul-betul nak ada lelaki lain, biarlah hubungan ni betul-betul official berakhir, atau korang betul-betul rasa ia dah berakhir.

Cara ni memang sedih lagi menyedihkan, tapi mungkin ini yang terbaik, mungkin dia bukan lagi orang yang sama macam yang mula-mula beria usha dan tackle korang dulu.

(6) Bagi peluang jika mahu

Macam mana pula tiba-tiba, bila korang dah buat step 5, sekali tiba-tiba dia datang nak get back?

Jawapan aku ada 2, satu, korang bagi dia peluang tapi dengan syarat dia yang kena beria bukan korang. Dan dua, ikutlah mana yang korang rasa terbaik, nak bagi bagi, taknak bagi sudah.

But still, kalau dia betul-betul nak kat korang balik, biar dia yang beria-ria dan try hard, sama macam mula-mula nak usha dan tackle korang dulu.

***

Mengakhiri post, sejujurnya aku betul-betul tidak menyukai perangai orang lelaki yang satu ni. Sampaikan dah jadi trademark orang lelaki, di mana orang lelaki je yang buat benda ni. Malah, yang aku geram sampaikan dah semua lelaki pula disamakan. "Semua lelaki sama je!" Aku sekali terpalit.

Kepada orang lelaki, aku nak bagitahu, aku tahu masa korang usha dan tackle tu mungkin sebab korang jatuh cinta dengan luaran je. Bila korang suka seseorang sebab dia cantik, percayalah bila korang dah dapat nanti, mesti korang akan jumpa yang lebih cantik.

Aku faham, semua orang nak yang terbaik, lagi-lagi kaum lelaki. Tapi korang kena ingat dua je, satu, yang paling penting bukan terbaik, tetapi yang sesuai. Dua, kalau korang rasa korang nak terbaik, ingatlah korang pun bukan terbaik sangat, but still perempuan yang sayang kat korang tu nak kat korang. Apa korang ingat dia tak jumpa ke yang terbaik?

Jangan lupa diri, berapa ramai terbaik yang dia tolak sebab kau, walaupun kau bukan baik mana pun. Jangan baik, boek pun tidak! Jadi janganlah demand sangat. Kalau taknak, jangan berani-berani nak usha dan tackle hati orang lain, sebab kesian kat orang lain yang betul-betul boleh layan dia lagi baik daripada korang.

Jangan lupa, hati perempuan ni umpama ikan. Besar atau tidak, kalau korang rajin memancing, guna umpan yang terbaik dan kuat nak tarik joran, konfirm dapat! Cuma cepat atau lambat je.

Dan paling penting korang kau kaum lelaki, aku nak ingatkan:

"Kita hanya akan merasai tingginya nilai seseorang itu dalam kehidupan kita, selepas dia berlalu pergi daripada kehidupan kita."

Nanti bila dia dah blah, masa tu kau meroyan, pahtu nak get back la apa. Kena pulak time tu dia dah ada dalam perhubungan lain, dah dapat lelaki yang lebih baik daripada kau, 

Masa tu, kau nangislah camana pun, nasi takkan boleh jadi bubur lagi!

Masa tu janganlah kau sibuk-sibuk nak kacau dia, sama macam lelaki dalam post aku ni .

Sesal dahulu kau taknak, sesal sekarang matilanak!

Padanlah dengan muka kau.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers