Berani menghadapi kebenaran?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca blog aku yang dah lama menyirap dengan kekosongan post baru blog aku.

Sorry sesangat, sebab aku dah lama tak update blog aku ni. Kesibukan aku yang mengalahkan perdana menteri planet Utarid memaksa aku terpaksa melupakan sebentar dengan blog aku ni. But, actually aku pergi menimba pengalaman di dunia luar. Ahaks. Whatever.

So, kau tahu tak sesiapa bagi aku, orang yang tersangat berani di dunia? Askar yang berani mempertaruhkan nyawa di Lahad Datu? Orang yang masuk rancangan Fear Factor? Mat rempit yang buat wheelie kat jalan sempit? Wanita yang berani menyerahkan tubuhnya demi cinta? Siapa?

Bagi aku, orang yang paling berani adalah :

'Manusia yang berani menerima hakikat bahawa dia masih lagi serba kekurangan walaupun hakikatnya dia merasakan dirinya hampir sempurna. Dia berani menerima kritikan orang lain dengan berlapang dada dan berusaha untuk memperbaiki dirinya. Dia berani untuk berjumpa dengan orang yang sentiasa melihat kesalahan dirinya HANYA SEMATA-MATA untuk tahu kelemahan dirinya.'

Aku nak tanya, pernah tak kau merasakan diri kau je yang betul dalam semua perkara? Kalau kau jadi seorang pemimpin (tak kisah la perdana menteri ke, ADUN ke, ketua penghulu ke, ketua darjah ke, JKKK ke dll), kau rasa kau dah buat yang terbaik untuk anak buah kau?

Mesti pernah kan? Sama dengan aku. Aku juga pernah rasa aku je yang betul dalam semua perkara.

Cuba check diri kita. Kalau kita rasa hanya diri kita je yang betul, maknanya kita seorang manusia yang memiliki EGO yang sangat tinggi. Manusia camni tersangatlah sukar untuk diterima dalam masyarakat, sebab dia tak boleh dengar pandangan orang lain, malah dia merasakan semua pandangan orang adalah salah.

Pernah tak kau terpikir, jawatan yang paling tertinggi pun perlukan penasihat. Sedangkan penasihat bukan jawatan tertinggi pun. Kenapa? Senang je. Supaya orang yang pegang jawatan yang paling tertinggi tu takkan buat mistake dalam memimpin.

Dalam hidup, kita takkan boleh lari daripada kritikan orang. Ada je orang caci, maki dan kutuk kita. Mungkin diorang jealous, but probably sebab diorang nampak mistake kita. Adalah sedikit peratusannya, manusia yang nampak kesalahan mereka sendiri. Sebab tu ramai gile manusia yang masuk lif tekan sendiri (berlagak, poyo, bajet) daripada orang yang sentiasa rasa dia tak perfect.

Kadang-kadang, kita tak sedar. Rupa-rupanya kita ada buat kesilapan. Cuma kita je tak perasan. Sebab tu lah kita kena berani tanya dekat ada orang lain, adakah kita buat kesilapan? Kau pernah tak perasan, ada beberapa orang yang bila terserempak dengan kau je, buat muka ketat? Or ada je orang-orang yang asyik bahan kau? Or ada je orang-orang yang tak boleh follow kau? Or kau dipulaukan?

Pernah tak kau tanya mereka kenapa? Atau kau pun still rasa yang diri kau je yang betul? Pepatah Arab ada mengatakan : 'Berkatalah benar walaupun ia pahit.'

Falsafah kebenaran ni senang je, setiap yang bernama KEBENARAN semuanya pahit. But, kau kena pikir, adakah kau rela hidup selamanya dalam kegelapan yang kau rasa terang, ataupun kau nak hidup selama-lamanya terang, tapi blackout sekali je?

Tak paham? Sorry, tinggi sangat bahasa. Camni, maksud aku.

Adakah kau sanggup dimaki, dicaci, dihina, dipulau, dibahan oleh orang lain sebab kau masih rasa diri kau betul, atau kau sanggup rasa MARAH, MALU, SEDIH yang mungkin ambil masa sehari je untuk kau dengar luahan hati mereka mengenai perangai kau yang teruk tu?

Memang, kau akan rasa malu, marah but kau akan rasa lebih lega kalau semua orang berbaik dengan kau. Yang penting, kau akan tahu apa kelemahan kau.

Kalau kau jadi pemimpin, kau kena selalu dengar luahan hati anak-anak buah kau. Mungkin kau terlalu garang, atau terlalu lembut, tak function ke, tak adil ke, mulut kurang ajar ke, semua tu hanya anak-anak buah kau je yang tahu. Mungkin kau nampak diorang ikut je kau, but mungkin diorang banyak terasa hati dengan kau, who know?

Sebab tu lah pemimpin yang asyik rasa dia betul a.k.a diktator, pemimpin camni lah yang akan digulingkan oleh rakyat dia sendiri.

So, apa kata kalau kau ambil masa sekejap, call musuh-musuh kau, atau semua orang yang tak puas hati dengan kau, kau tanya, "asal kau tak puas hati dengan aku?" Camane, ada berani? Takut tak sampai berapa minit, tercampak henset kau kat dinding. Haha. Lagi bagus kau ajak semua orang yang tak puas hati dengan kau minum teh tarik kat kedai mamak, sambil open cerita pasal apa yang diorang tak puas hati dengan kau.

Pesan aku, hidup ini kena sentiasa berlapang dada. Memang, selagi mana kau hidup, selagi itulah orang akan cari kesalahan kau. Kau kena sentiasa tahu apa kelemahan kau, dengan memberanikan diri untuk bertanya. Mana yang patut kau ambil, yang tak patut kau buat bodoh je la. But, kalau selepas kau konfront dengan diorang pon, diorang still lagi tak puas hati dengan kau, sah-sah diorang jealous.

Biasanya, orang kalau tak puas hati dengan kita kutuk-mengutuk kita, mungkin disebabkan diorang takut dengan kau. Diorang takut kau tak boleh terima apa diorang nak cakap. Iyelah, orang nak kata kau bajet, kau boleh terima ke? Mungkin juga kau jenis orang sentiasa rasa betul, asal diorang cakap kau potong. Memang la diorang tak nak berterus terang. Mungkin diorang rasa buang masa je kalau cakap dengan kau. Kau bukan nak dengar pon. Silap-silap diorang lak kena maki. Kan?

Kalau kau masih lagi rasa diri kau betul, maknanya ego kau tu tinggi nak mampus. Jangan sampai semua orang yang tak puas hati dengan kau, belasah kau ramai-ramai. Orang yang ego tinggi ni, ramai musuh beb!

Yang penting, sentiasa doa kepada Allah S.W.T, agar kita ni dilembutkan hati dan tak terlalu ego. Ego memang kena ada, tapi jangan tinggi sangat. Bahaya! Jangan sampai Allah S.W.T tutupkan hati kita daripada berani menerima kritikan orang lain. Allah S.W.T berfirman :

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?" (Surah al-Jaatsiyah : 23)

Aku mintak maaf dekat semua, sebab DULU aku selalu rasa aku betul. Haha. Dulu ah (aku dah siap besarkan lagi word 'dulu' tu). Ego aku tinggi sangat. Thanks sebab korang banyak sedarkan aku, dan disebabkan korang lah aku semakin berani untuk mendengar dan menghadapi kritikan.

Kalau aku buat salah, PLEASE tegur, ok?

p/s: Kawan yang baik akan sentiasa memberitahu kawannya mengenai kebaikan dan kelemahan kawannya,  sedangkan kawan yang jahat adalah kawan yang sentiasa memberitahu kawannya mengenai HANYA kebaikan kawannya.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers