Oh SPM :Tawakal sesudah berusaha, SPM is not everything

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (Surah ali-Imran : 159)

"Dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Surah ali-Imran : 173)

Assalamualaikum. Cuak? Berdebar? Tadi dinner abis tak makan? Ke separuh je, ikan tu kau makan belah atas je, bawah tak makan. Aku tahu kenapa kau debar. Truly, aku pon. 

Aku sekarang kat kawasan sekolah aku. Klang. Ni pon aku update blog kat cc. Katil bujang aku kat rumah aku pon tak panas lagi, aku dah gerak Klang semalam. Mak ayah aku pon, aku baru borak sikit je. Sampai je kat sekolah, aku dan beberapa member aku terus gerak surau perempuan. Solat kat situ. Baru ah aku jumpa balik semua (tak lah semua) kawan-kawan aku, iye ah, lama tak jumpa. Masing-masing dah berjanggut. Rambut pon dah panjang. 

Budak PLKN je botak. Haha. Cukuplah intro yang boring about aku. Just, malam ni aku nak tulis post pasal satu event BESAR besok. Sangat-sangat besar. Dan mencuakkan, mendebarkan. Apalagi kalau bukan :

UPACARA AMBIL RESULT SPM!

Aku tahu, satu Malaysia yang ambil SPM tahun lepas cerita pasal esok. Aku rasa semua orang tahu yang ambik result SPM besok. Tak kira ah mak cik cleaner ke, imam surau ke, jurulatih PLKN ke, komando Ops Daulat ke, semua yang berakyat Malaysia tahu yang besok ambik result SPM. 

Dan yang penting, semua yang ambik SPM 2012 (tak kira ah form 5 ke, peralihan ke, orang tua ke) semestinya, BERDEBAR tahap gaban. So, kenapa korang berdebar? Senang je. Sebab korang memang nak sangat gila babi result cemerlang dalam SPM. So simple. Kalau kau tengok ada je lepasan SPM yang agak-agak rilek pasal besok, ada 2 kemungkinan.

Samada dia budak PANDAI (dah boleh agak dia cemerlang besok), atau dia, er, budak serabut mat rempit gam YANG TAK KISAH, nak jadi jadi ah.

Aku yakin, konfom semua orang yang kau kenal dah kau informkan pasal kau nak ambik result besok. Pak cik mak cik kau, nenek atuk wan moyang kau, semua kawan kau yang tak kira umur bangsa negara, semua awek dan ex kau, termasuklah binatang peliharaan kau pon tahu. "Encik kambing, saya nak amik result sok. Doakan saya ok?"

Ramai gak yang macam dah tahu-tahu. Dia dapat berapa besok. Main agak-agak ah. Biasenye, yang main agak-agak ni ialah orang yang tak berapa nak perform kat sekolah, cam aku. Contohnya macam :

(1) "Aku harap tak ade la yang fail."
(2) "Ntah la, aku tawakal je la."
(3) "Cuak ah. Ala, kau budak pandai, konfom straight punye."
(4) "Doakan saya eh." (diucapkan pada semua orang yang dijumpainya, akak restoran, ane mamak, etc)
(5) dll

Personalnya, aku pon taklah tergolong dalam budak pandai. Dan aku sangat takut, besok. Mostly, aku sangat risau family aku. Ibu aku lagi lah, why?

...2010 : Ambil result PMR...

Masa tu, kaunselor umumkan yang hanya ada 57 orang je yang dapat 9A. Kaunselor umumkan result ikot kelas. Kelas aku nombor 3, but dah sampai kelas aku masa tu dah dekat 50 orang ah yang dapat 9A. Ibu aku dah nangis-nangis ah, nak pengsan pon ada. Risau lak aku tengok. 

Lastly, dengan izin Allah S.W.T, aku dapat 9A. Dan ibu aku still nangis ala-ala gaya orang pengsan. Pergh!

...2013 : Kembali pada blog...

Aku takut gak, sebab UPSR (4A 1B) dan PMR (9A) aku boleh dikatakan gempak. SPM? Ya Allah, takut nye. Time aku form 1, aku dah tengok kawan-kawan aku yang UPSR 5A tak perform, malah tak dapat pon 9A time PMR. Time aku form 4, aku dah tengok senior-senior aku yang PMR 9A, tak dapat straight A untuk SPM, malah ada yang siap gagal lagi.

So, aku berdoa, agar aku bukan tergolong dalam golongan sebegitu. Aku pernah dengar orang cakap :

'SPM is not everything, but everything start from SPM'

Aku pon berfikir sejenak. Betul ke? Kalau betul lah statement tu, baik kau buang je word 'but everything start from SPM' tu. Sama je. Betul tak?

So, aku rase yang statement yang paling tepat, ialah :

'SPM bukan segalanya'

Ada beza tak? Bukan aku nak translate ke ape. Cuma tu yang tepat. Why? Senang je.

Kalau kau rasa SPM adalah segalanya, maka kau akan terasa begitu down, hilang harapan, sedih kalau kau tak dapat result cemerlang besok. Sebab kau rasa SPM lah yang akan menentukan samada kau makan McD hari-hari atau maggi hari-hari. Maggi tu pon kau kerat dua, satu untuk lunch, satu lagi untuk dinner. SPM lah yang menentukan samada kau akan jadi bos, atau kuli batak. Betul?

It is totally wrong dude / babe! Sumpah! Boleh jatuh syirik jugak! Sebab kau rasa SPM yang akan buat kau berjaya pada masa hadapan. Nauzubillah!

Adakah kau tahu apa itu tawakal? Aku tak pasti ah kalau agama lain ada ajar pasal tawakal, but yang pastinya, Islam mengajar kita apa itu tawakal. Allah S.W.T berfirman :

"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya." (Surah ali-Imran : 159)

"Dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung." (Surah ali-Imran : 173)

Tawakal ialah bermaksud, apa jua result sesuatu benda yang kita dah betul-betul usaha, kita berserah je kat Allah S.W.T. Camana pon result SPM kita besok, kita hanya beserah, kan? Sebab Allah S.W.T maha Kuasa. Dia boleh buat sahaja. Tak mustahil Dia boleh tukarkan result kau yang teruk tu, kepada cemerlang tahap pelajar terbaik besok. Dan mustahil yang kau boleh tukar jawapan SPM kau dulu. Mustahil!

Aku ada 3 soalan untuk kau yang tengah cuak tahap gila malam ni :

(1) Kalau betul kau dah usaha, kenapa kau takut dengan result? Kalau kau tanam benih petai, siram baja semuanya, adakah mustahil benih tu tak jadi pokok?
(2) Kau betul-betul pasti yang kau takkan dapat result cemerlang besok?
(3) Adakah kau dah berdoa kepada Allah S.W.T? Solat hajat? Baca Yassin?

Sekarang ni, kita hanya mampu tawakal. Berdoa, solat hajat, baca Yassin. Daripada kau terus cuak, termenung, meratapi, menangis, apa kata kau buat ibadat sikit, kan cantik? Mana tahu ia boleh mengubah segala-galanya, walaupun ada beberapa jam sebelum ambik result yang konfom cikgu-cikgu kau dah tahu?

Kan? So, kau kena ingat SPM bukan segalanya. Mungkin kau pernah dengar pasal orang berjaya SPM, tapi dia gagal dalam kehidupan. Kau pon mungkin pernah dengar yang orang yang tak perform SPM pon, tapi berjaya je dalam hidup. Kenapa? Sebab KITA TAK BOLEH MELANGKAUI GARISAN TAKDIR!

Sedangkan 10 minit lagi kita tak tahu apa yang kita akan buat, apatah lagi 10 tahun yang akan datang? Keadaan kita? Kaya tak kita? Jadi orang tak kita? Kahwin tak kita?

Allah S.W.T berfirman : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah : 216)

So, please TAWAKAL sekarang? Kita kan dah usaha, so terima je la. Rezeki tak ke mana, kan?

p/s: Aku doakan semua pembaca blog aku yang nak ambik result SPM besok, semuanya berjaya. Tak semestinya 11A+ tu berjaya, namun andai result kita tu yang boleh jadikan kita manusia berguna, maka itulah yang berjaya. Dah! Aku pon dah cuak ni, jom qiamulail! Kita berdoa ok?

Allah S.W.T berfirman : " Dan Tuhan kamu berfirman : Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina." (Surah al-Ghaafir : 60)

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers