Bangun selepas jatuh bergolek, tersembam

Siapa yang tak pernah terjatuh? Aku yang dikategorikan manusia sempurna pancaindera ni pon kadang-kadang pernah terjatuh, sama ada jatuh di padang, jatuh basikal, jatuh moto, mahupun jatuh hati. Semua orang pernah terjatuh, tak kira ah jatuh tersemban, tergolek, berguling ataupun ala-ala oppa gangnam style. Kalau bernasib baik just luka calar balar je, ataupon patah-patah sket. Kalau bernasib buruk, menjadi tajuk utama akhbar, ataupun menjadi tajuk caci maki ngumpat-mengumpat rakan-rakan dan mak cik-mak cik cleaner jiran sebelah.

Persoalannya, selepas kau jatuh tu, adakah kau bangun, cuba bangun, orang tolong bangun, atau tak bangun langsung? Of course kau bangun, try bangun kan? Tapi tak tahulah kalau kau koma ke, patah riuk ke, or, er, jenazah? But jenazah takkan baca post ni kan? Merepek.

Pedulikan, yang penting, SEMESTINYA KITA AKAN BANGUN SESUDAH JATUH KAN?

Itu dari segi benda yang kita nampak, kalau benda yang kita tak nampak, abstrak? Apa kata kalau aku tukarkan BANGUN SELEPAS JATUH BERGOLEK, TERSEMBAM kepada :

'BANGKIT DARIPADA SEBUAH KEGAGALAN, KESEDIHAN, KEDERITAAN, KELUKAAN'

Amacam, ok? Ada paham?

Majoriti manusia boleh bangun selepas terjatuh, tapi minoriti manusia boleh bangkit daripada kegagalan. Sikit je manusia yang boleh mengelap matanya selepas berhari berbulan bertahun menangis. Secoit je orang yang boleh tampal balik hatinya yang berkecai selepas dipecahkan, dikecewakan.

Kau pernah sedih, kecewa, butthurt? Aku juga. Aku pernah kecewa, rasa begitu down, lemah, tak bermaya, sakit, aku pernah menangis. Serious, kan aku juga manusia macam kau? Walaupun aku lelaki, namun aku tak berdaya untuk berlagak seolah-olah aku insan yang sentiasa kebal.

Masalah sentiasa wujud. Seolah-olah aku ni asyik kena target je dengan masalah. Sama juga dengan kau kan? Persoalannya, camana keadaan aku, kau, time berada dalam masalah, menjadi orang yang bermasalah?   Adakah kita ni orang yang berlapang dada, mencari hikmah di sebalik masalah, mencari solution, atau kita ni orang yang meratapi, menangisi, down, putus asa? Hah?

Kalau aku bagi kau sehelai kertas, boleh tak kau listkan semua masalah kau yang membuatkan hati kau sakit? Banyak tak? 

Setiap orang diuji dengan pelbagai masalah. Kadang-kadang, masalah ni macam dah ada trademark tau, maksudnya, setiap orang diuji dengan masalah yang berada di bawah tajuk yang sama. Contohnya, kalau para ibu, mungkin diuji dengan masalah yang datang daripada anaknya. Kalau cikgu, mungkin masalah dari murid. Kalau pemimpin, mungkin masalah dari wang. 

Dan kalau aku, Allah S.W.T akan datangkan ujian kepada aku, berbentuk PEREMPUAN. Yes, that's my weakness. Badan aku bukan tetiba lemah kalau jumpa perempuan, atau jantung aku tetiba berhenti ke. Tak. Cuma kadang-kadang aku menyerahkan hati aku kepada orang yang salah. Haha, kelemahan utama.

Aku susah untuk jatuh cinta, namun kalau aku dah jatuh, akan aku serahkan segalanya kat perempuan tu. Sebab tu bila aku putus cinta, pergh! Sakit nya menjalar sampai ke urat-urat badan. So please, kepada perempuan yang minat dengan aku, PLEASE DON'T TOY MY FEELING!

Oh, sorry menyemak lak cerita aku, huhu. Hurm, masalah kau? Pernah tak kau terfikir mengenai semua masalah yang kau hadapi? Adakah mungkin masalah tu datang dari tajuk utama yang sama? 

Baru-baru ni SPM keluar. Kau sedih ke dengan result kau? Cuba bukak post aku Oh SPM : Tawakal sesudah usaha, SPM is not everything

Maknanya, setiap masalah kau tu datang daripada tajuk utama BELAJAR. So, pembelajaran bukan just SPM je, banyak lagi. Universiti ke, Form 6 ke, kolej, matrikulasi, banyak. Sebab proses pembelajaran akan terus berlaku dan berhenti sampai kita mati.

Kita hidup kena pandai cari hikmah. Sentiasa cari apa yang Allah S.W.T nak sampaikan kat kita. Sentiasa berlapang dada dengan ujian, jangan sekali-kali rasa lemah. Aku tahu, proses bersedih, menangis, down, butthurt, tu wajib ada. Rasulullah S.A.W pon menangis time anak lelaki dia wafat. Persoalannya, berapa lama kita harus berkabung atas masalah kita?

Adakah kita nak terus bersedih, down, tak bersemangat, daripada kita bangun, bangkit, cari semangat semula, cari jalan solution? Kan tu the best? 

Semua orang diuji, persoalannya adakah kita belajar daripada semua ujian yang telah Allah S.W.T timpakan kat kita? Atau kita tetap akan kalah dengan berjuta-juta lagi ujian yang bakal kita hadapi? Kalau ujian masa kini pon kita gagal, bagaimana kita nak hadapi ujian masa hadapan. Ujian time kita dah dewasa, dah berkahwin, ada anak, jadi orang tua? Camana?

Ingat lah wahai kawan, semakin sayang Allah S.W.T tu kat hambanya, makin tinggi ujian yang diberi-Nya kepada hamba tersebut. Sebab apa? Sebab, seandainya hamba-Nya tu success daripada ujian-Nya, maka Allah S.W.T akan menaikkan lagi darjatnya. Best kan?

Dah, Allah S.W.T tu sayang kat awak, sebab tu Dia uji awak berat-berat. Dah, jangan bersedih lagi. Semangat! Ok? Nah, cuba scroll post Nota kesedihan seorang abang kepada berbilion adiknya, tengok ayat-ayat Quran pasal musibah, ok?

p/s: "Orang yang hebat bukan orang yang berjaya, namun orang yang hebat adalah orang sentiasa bangun  dan mencuba untuk bangun walaupun selepas jatuh beribu-ribu kali. Segala-galanya datang dari diri kita. Kalau kita nak, kita akan dapat. Sentiasa semangatkan diri kita, sebab diri kita kurang mendapat semangat daripada kita sendiri, bersemangatlah!" -tari basir-

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers