Perempuan yang paling aku takut

Macam pelik je post ni. Kau pon tak payah la nak buat muka pelik kau tu. Aku serius (muka serius tahap gaban). "Why so serious?" Joker bertanya kepada aku. Sebab post ni merupakan luahan hati aku terhadap perempuan yang, PALING AKU TAKUT.

Perempuan ni, memang sukar untuk aku duga. Perempuan ni boleh aku umpamakan ibarat sebuah buku yang penuh dengan tulisan times new roman namun ditulis terbalik. Ahaks. Ntah la, disebabkan perempuan ni sukar untuk aku faham, aku lebih sanggup menangkap ikan gupi ditepi longkang atau membuat soalan addmath gila babi susahnya, daripada cuba memahami perempuan.

Kenapa dunia tak buat satu silibus ah, untuk memahami perempuan? PEREMPUAN! Silibus terbaru di Malaysia. Hahaha. Mana tahu, mungkin disebabkan ramai pelajar lelaki yang asyik gagal memahami perempuan, memaksa Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan silibus khusus ini. Malah, dijadikan sebagai antara subjek yang WAJIB lulus.

MEREPEK. Kadush!!! (aku dipukul oleh unknown mystery flying mosquito)

Nampak je macam aku memain, but aku serius. Aku sendiri gagal memahami perempuan. Tak kiralah perempuan ke, wanita ke, amoi ke, wirawati ke, pramugari ke, ustazah ke, kesemuanya yang berjantina FEMALE ini, hakikatnya sukar untuk aku faham.

Berbalik kepada topik, agak KEBANGANGAN untuk aku takut kepada perempuan. But, aku hanya takut kepada satu perempuan sahaja. Apa? Banyak sangat ke perempuan sampai aku hanya takut satu sahaja?

Tak. Aku hanya takut perempuan yang memiliki karakter ini. Iaitu perempuan yang aku gelarkan :

PEREMPUAN YANG BAIK KEPADA SEMUA LELAKI SEDANGKAN DIA HANYA ANGGAP SEMUA LELAKI ITU HANYA KAWAN SAHAJA!

Seghiau meremang bulu roma aku kalau jumpa perempuan camni. Hantu Kak Limah pon tak camni. Why? Sebab perempuan camni baik kepada semua lelaki. Apa, salah ke dia baik dengan semua lelaki? Tak salah, but dia punya baik tu, membuatkan lelaki tertarik, tergoda, jatuh hati.

Rasulullah S.A.W bersabda : "Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling berbahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi oleh kaum lelaki dengan sebab kaum wanita" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Hendaklah kalian takut terhadap godaan dunia dan takutlah kalian terhadap godaan wanita" (Riwayat Muslim)

Agaknya, Rasulullah S.A.W dah tahu wujud perempuan camni, sebab tulah dia berpesan kepada umatnya yang LELAKI. Seriously, perempuan type begini, memang aku takut. Kalau tak pengalaman, takkan aku nak sembang kan?

SORRY LAH KALAU POST NI MEMBUATKAN PEMBACA AKU YANG BERJANTINA PEREMPUAN TERASA, BUT MEMANG AKU NAK PEREMPUAN YANG JENIS NI TERASA PON. SO KALAU KAMU BUKAN TYPE NI, KENAPA PERLU TERASA? DAH LAMA AKU SABAR DENGAN PEREMPUAN CAMNI!

Perempuan camni, dia cepat buatkan lelaki tergoda. Serious, dia lawa. Serious, dia baik. But, iyelah kita kan tak tahu niat orang, but seriously perempuan camni sangat berbahaya. 

Lelaki cepat attract dengan perempuan yang baik, lemah lembut, sweet. Apatah lagi kalau perempuan tu lawa, lagi ler lelaki gile bayang wei. Perempuan camni pernah 2 orang muncul dalam hidup aku. But yang ke-2 tu memang buat aku menyirap gile dengan perempuan type camtu. Sebab?

Perempuan memang boleh baik-baik dengan lelaki, tak salah pon. Perempuan yang aku kenal pon, takde lah aku rase diorang type camtu. But, bile aku dilayan dengan perempuan type camni, aku rase takut. Sebab, kita kena makan dulu kek, baru kita rase die sedap ke tak. Perempuan, kita kena kawan dulu baru kita tahu camne perangai dia. Aduh.

Masalahnye, bile aku dah serahkan hati aku kat dia, dia boleh kata yang "Saya hanya anggap awak KAWAN sahaja." Peh! Memang frust menonggeng berguling side roll aku dibuatnya. Patah hati, sedih, kecewa, marah.

Kalau perempuan tu tak special, peh jadahnya untuk aku serahkan hati aku kat dia? Betul tak? Masalahnya, perempuan camni kan, dia tak tahu camne untuk membezakan layanan dia. Contoh, sayang kau kepada cikgu berbeza kan dengan sayang kau pada parents kau kan? Berbezakan sayang kau kepada awek dengan sayang kau kepada ikan emas kan?

Tapi, perempuan camni, layanan dia takde beza. Sama. Tapi kau akan dirasa macam disayangi sebagai seorang teman, bukan sebagai sahabat. Sebab tu kepada pembaca-pembaca blog aku yang bernama perempuan (yang aku sayang), korang kena belajar untuk bezakan layanan korang terhadap lelaki. Bagaimana? Itu korang je yang tahu. 

Sebab yang rasanya sakitnya, aku, kaum lelaki. Aku rasa merana bila hati aku yang telah 'dia' curi itu, dihancurkan, dipijak, ditembak, dicucuh, digelek dengan SELAMBANYA. Apa, dia ingat aku ni patung BARBIE ke?

Wahai perempuan, lelaki ni tampak garang di wajahnya, namun andai ada perempuan yang telah mengegarkan hatinya, lelaki sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan perempuan itu, walaupun dia terpaksa MEMBUNUH!

So, kepada PEREMPUANS, sila bezakan layanan anda kepada lelaki. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih. Aku sentiasa berdoa, agar aku takkan jumpa lagi perempuan camni. TAKUT!!!

p/s: Aku kini kembali butt hurt. Syial! Ternyata ujian yang paling getir Allah S.W.T turunkan kat aku adalah WANITA. Adakah tubuhku akan kembali bercantum dengan tulang rusuk kiriku yang tertinggal dahulu?

Comments

  1. sometimes memang lelaki yang sangat perasan... "sometimes"... tak kurang jugek perempuan yang sengaja memain.. pengajarannya ialah.. jangan terlalu cepat percaya... sekian terima kasih...

    ReplyDelete
  2. erm..salam..maaf t'lbih dlu andai sy pye komen ni menyaktkn..pd pndpt sy la kan,sbenarny anda b'bicara b'dsrkn situasi anda semata..cbe anda vice versa kn cte ni,iaitu lelaki yg b'kwn dgn semua prempuan dn m'buatkn perempuan t'sbut jtuh hati pd dia.wlhal llki tu anggap mereka hnye lah kwn shj..lgi su,ttg perasaan tu,anda ckp dgn prempuan tu ke yg anda ske kt dia?anda dh lme b'kwn' dgn dia?klau tk lama,pd sy lah kn,anda mgkin t'buru2 ..mne ad bayi yg lhir2 je dah boleh b'lari.kne lah step by step kan ?.ap2 pun,sy akui perempuan mmg complicated..
    btw,post yg b'manfaat ..nice work !

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. xah, btol gak pndpt awak. cuma klu sy nak vice versakn nanti jd pnjg pulak, huhu. hurm, mmg btol step by step. tp biase ah, klu kite btol2 syg ssorg kite xnk dia trlpas dkat org lain, kan? mungkin sometimes msti trburu-buru. ap2 pun, yes, perempuan sungguh complicated. order roti canai lagi senang, huhu. thanks a lot!

      Delete
  3. Okay tesadar. Betul komen nadrah, sy pun konfius mcm mana nak layan kwn lelaki sbb sy fhm kita kena bermanis muka dan menjaga hubungan baik sesama manusia. Sering disalah erti. Besides tat, bila dah berkawan, awk ade Tanya tak perasan sebenar dy sebelum luahkan perasaan? Dan klu sy lepas istikharah @ solat sunat klu org konfess sy rsa bukan jodoh, sy tolak sbb sy pk buat apa sy minta petunjuk gn Allah tapi tak ikut petunjuk yg diberi. Mungkin sepanjang tempoh perkenalan awk ade buat dy rsa tak dihormati sperti tak menjaga mata dan dia terperasan. Perempuan ni bukan minta duit dan rupa psgn Kdg2, cukuplah rsa dihormati. Jujur komen sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sy mnulis ni, sy mnulis sbgai sorg lelaki. Tp sy sedar, bhw prkre ni subjktif. Bukan org prmpuan je yg buat, n bukan sy je sbgi org lelaki yg mrasa. Hakiktnya, ia prbuatn manusia yg subjktif, kn?

      Xpelah klu dsalah erti, atleast kita jujur n menjdi diri sndiri. Dan klu andai kata perkara mnjd buruk, xsalah kn kalau kita bertrus terang?

      Terima kasih atas komen, sokay. Jujur itu lbih baik, komen pun mnjd bertrus terang tnpa brslindung. Huhuhu.

      Ada btolnya kata2 awak tu, biasa lh, kita manusia yg xsmpurna n mahukn stiap bnde yg kita buat mnjd serba serbi kn, trmsoklh prhbungn.

      Trime kasih atas komen ya?

      Delete
  4. Okay tesadar. Betul komen nadrah, sy pun konfius mcm mana nak layan kwn lelaki sbb sy fhm kita kena bermanis muka dan menjaga hubungan baik sesama manusia. Sering disalah erti. Besides tat, bila dah berkawan, awk ade Tanya tak perasan sebenar dy sebelum luahkan perasaan? Dan klu sy lepas istikharah @ solat sunat klu org konfess sy rsa bukan jodoh, sy tolak sbb sy pk buat apa sy minta petunjuk gn Allah tapi tak ikut petunjuk yg diberi. Mungkin sepanjang tempoh perkenalan awk ade buat dy rsa tak dihormati sperti tak menjaga mata dan dia terperasan. Perempuan ni bukan minta duit dan rupa psgn Kdg2, cukuplah rsa dihormati. Jujur komen sy.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers