Pabila masalah menimpa : Tindakan?
Setiap manusia yang memiliki keupayaan untuk menyedut oksigen pasti memiliki masalah. Kenapa aku gunakan contoh manusia yang ada ability untuk sedut oksigen? Kenapa aku tak cakap manusia yang ada hidung memiliki masalah? Senang je.
Sebab bukan semua manusia memiliki hidung. Voldemort takde hidung (sila google jika kau tak mengenali beliau). Aku cuba bersikap adil instead menjadi rasist kepada manusia yang tidak mempunyai hidung. Dan, oksigen juga boleh masuk ke dalam tubuh tanpa perlu melalui hidung kan?
Maka, atas sebab itu aku membuat kesimpulan bahawa semua manusia yang memiliki keupayaan untuk menyedut oksigen, memiliki MASALAH. Samada kau pernah mengalami masalah, baru sahaja menyelesaikan masalah, bermasalah, atau kau orang yang bermasalah.
Malah aku yakin, saat kau membaca post aku ni, kau juga mengalami masalah, kan?
Bulan ni aku selalu diuji oleh Allah S.W.T, dengan permasalahan yang agak berat. Samada aku masih diulit mimpi ngeri digantung tak bertali mahupun dilema meneruskan pembelajaran selepas SPM. Sebab tu la aku menyepi seketika, haha. Tak mengarang di blog aku ni.
Atas sebab itu, aku merasakan kita semua sama. Tak kisah la kau YB ke, guru besar, mak cik kantin, kucing siam mahupun pokok kaktus, semuanya mempunyai masalah yang tersendiri.
Persoalannya, pernah tak kau berfikir sebentar mengenai hakikat masalah?
Untuk pengetahuan kau, hakikat masalah diturunkan kepada manusia atas tiga sebab :
(1) Untuk direnungi a.k.a diambil hikmah iktibar
(2) Untuk diselesaikan
(3) Untuk di'improvise'kan a.k.a dicanggihkan
(1) MASALAH diturunkan untuk direnungi a.k.a diambil HIKMAH IKTIBAR
Pernah dengar tak pepatah, 'tiada beban batu digalas'? Pepatah ni membawa maksud, ''kau sengaja mencari masalah''.
Sebenarnya, masalah mungkin datang daripada kesilapan kita sendiri. Kita tak sedar, sebab kita kan manusia yang penuh dengan sifat ketidak kesempurnaan? Maka, kita mungkin mencipta masalah kita sendiri samada kita sengaja, atau tak sengaja.
Contoh, kita sedar keadaan diri kita yang masih ditanggung makan minum oleh parents kita, merupakan keadaan yang tak sesuai untuk mengikat janji cinta. Malah, jika kita merupakan seorang pelajar, maka lebih elok kita mengutamakan priority untuk belajar.
Namun, disebabkan kita dikaburi oleh cinta yang buta, maka akhirnya kita mencipta masalah kita sendiri. Dengan mengikat satu janji cinta yang tidak pasti akan berakhir dengan perkahwinan. Akhirnya, bila dah kecewa, ditinggal begitu je, clash berbagai, maka belajar pun dah tak bagus. Dan itulah masalah.
Maka, seandainya masalah datang. Kita kena renung sekejap. Kita kena fikir apa hikmah di sebalik masalah tersebut. Contoh, jika kita selalu gagal dalam belajar, apa yang menjadi punca? Kita tak cukup belajar ke? Renung masalah kita tu.
Sebab, bila kita renung dan cuba mencari iktibar di sebalik masalah kita tu, kita dapat mengelakkan diri kita daripada, MENYALAHKAN ORANG LAIN.
Dan, apabila kita berjaya duduk sekejap, merenungi dan mengambil iktibar daripada masalah kita, ia akan membawa kepada hakikat masalah yang ke-2 iaitu :
(2) MASALAH untuk DISELESAIKAN
Setiap yang bersimpul, pasti dapat dileraikan. Setiap yang berkedut, pasti dapat dilicinkan. Setiap yang kotor, pasti dapat dibersihkan. Setiap yang sakit, pasti boleh diubati. Setiap yang sesat, pasti dapat ditunjukkan. Setiap yang gelap pasti dapat diterangkan.
Dan, setiap masalah pasti dapat DISELESAIKAN. Ini bukan auta, pembohongan, omong kosong mahupun manifesto yang menipu mana-mana pihak. Ia adalah fakta yang sahih, tepat dan benar. Malah, ia adalah hakikat, di mana masalah dicipta untuk diselesaikan.
Sebab masalah ni umpama parasit. Kalau kita tak selesaikan, ia akan membarah dan merosakkan tubuh kita, minda kita, jiwa kita. Why?
Orang yang tidak cuba menyelesaikan masalah, CENDERUNG untuk memikirkan masalah tersebut. Orang tersebut asyik fikir kenapalah dia bermasalah, mula menyalahkan diri sendiri, sebelum akhirnya bertindak menyalahkan orang lain, dan MENYALAHKAN TAKDIR.
Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah, adalah dengan BERSIFAT TENANG. Bersifat tenang ialah kita mewaraskan kembali otak kita yang serabut gila, menenangkan jantung kita yang berdegup laju dan cuba mengukir senyuman.
Sebab tulah, selagi mana kita tak tenang, kita takkan dapat menyelesaikan masalah. Malah kita mungkin akan menambah masalah yang lain pula. Ini pengalaman aku beb, bersifat tenang membantu kita menyelesaikan masalah.
"Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama"
Bila kita bersifat tenang a.k.a dah buat langkah pertama, in sha Allah akan langkah kedua dan seterusnya sampailah kita selesaikan masalah tersebut.
Sebab hakikatnya, masalah adalah untuk diselesaikan, bukan untuk ditambah.
(3) MASALAH untuk di'improvise'kan a.k.a DICANGGIHKAN
Kau pernah terfikir, bagaimana dunia kita ni boleh menjadi dunia-dunia yang maju? Kau boleh terfikir bagaimana kini manusia semakin ke hadapan dengan beratus-ratus gajet yang gempak-gempak? Bagaimana teknologi kini terbukti memberi kebaikan kepada manusia, walaupun tak dinafikan ada juga keburukannya?
Semuanya, disebabkan masalah. Logik tak?
Kereta merupakan satu alat pengangkutan yang dapat membawa manusia dengan cepat di samping dapat membawa manusia dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa sahaja. Alah, kau pun tahukan apa itu kereta? Sila google jika kau tak tahu apa itu kereta.
Dan pembinaan kereta ini, bermulanya dengan satu masalah. Dulu manusia nak bergerak susah. Kena jalan kaki kalau nak pergi sesuatu tempat. Kalau dekat takpe, ini jauh beratus-ratus kilometer. Letih gila, malah mengambil masa. Iye ah kena bermalam dulu, barulah teruskan perjalanan. Ini masalah kan?
Maka, masalah ini telah diatasi a.k.a dicanggihkan oleh Mr X (sila google siapa yang cipta kereta) dengan mencipta kereta. Maka, akhirnya manusia sekarang a.k.a kita pun senang. Tak perlu lagi nak jalan kaki, nak berhenti mana-mana untuk berehat, malah kita dapat membawa ramai orang sekaligus. Ikut saiz kereta ah.
Banyak lagi teknologi dicipta, disebabkan masalah. Hanya beberapa orang sahaja yang dapat mencanggihkan masalah. Mereka adalah insan yang berfikir di luar kotak, disebabkan mereka mempunyai sifat-sifat yang positif dalam diri mereka.
Bagi aku, tak perlu menjadi manusia yang meng'improvise'kan masalah, cukuplah dengan menjadi manusia yang menyelesaikan masalah.
-------------------------------------------------------------------------------------
Saat ni, mungkin kau juga ada masalah. Sama juga dengan aku. Kita masih ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Mungkin kita belum jumpa the solution, tapi kita perlu bersungguh-sungguh ah dalam mencari solutionnya.
Yang penting kita perlu penuh dengan sifat-sifat positif. Jangan biarkan sifat-sifat negatif macam putus asa mencengkam diri kita. Sebab hakikatnya, setiap orang bermasalah. Dan masalah itu diturunkan mengikut tahap seseorang itu. Maksudnya :
Allah S.W.T memuliakan hamba-Nya dengan menurunkan masalah. Apabila sesuatu masalah itu dapat ditangani oleh hamba-Nya, maka Allah S.W.T akan menaikkan darjat manusia tersebut.
Maka, bersangka baiklah kepada Allah S.W.T, dan sentiasalah berdoa kepada-Nya agar kita yang bermasalah ini, diberikan solution. Agar jalan kita yang gelap ni, diterangi dengan solution, dan kekuatan di dalam diri kita.
Semoga kita sentiasa dapat membebaskan diri kita daripada dicengkam masalah. Sebab kegagalan diri kita untuk menyelesaikan masalah akan menjadikan diri kita sentiasa terbeban, terbeban dan terbeban dengan masalah.
Senyumlah dan lapangkanlah dada dengan masalah.
p/s: ''Semua orang ada masalah, namun apa yang membezakan di antara mereka ialah satu golongan akan menyelesaikan masalah mereka, dan satu golongan lagi akan menambahkan masalah mereka pula. Pilihlah untuk tergolong dalam golongan mana.'' -tari basir-
Comments
Post a Comment