Perfectionist & mencintai kesempurnaan : Baik atau buruk
Semua manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan yang tidak sempurna. Bukan semuanya lahir daripada organ peranakan ibu, ada yang lahir melalui pembedahan. Bukan semuanya lahir berkepala satu, ada yang berkepala lebih, malah ada yang terlebih saiznya. Bukan semuanya lahir ke dunia dengan status anak halal, bukan kesemuanya lahir ke dunia dalam kerelaan parents mereka. Dan, bukan semuanya berjaya yang lahir ke dunia.
Manusia memang tidak sempurna. Tiada seorang lelaki pun yang wujud kat dunia ni hensem, kaya dan pandai. Kalau laki tu hensem, kaya dan pandai, mungkin dia tak warak beragama. Malahan, mungkin perangainya teruk, dan annoying. Tak caye, kau tengoklah drama korea yang berkenaan.
Kadang-kadang laki tu dah hensem, tapi tak pandai pula. Kalau laki tu pandai, mukanya pula tak berapa nak hensem. Kalau laki tu hensem dan pandai, tak kaya pulak. Dipendekkan story, semua manusia tak sempurna.
Disebabkan ketidak kesempurnaan manusia itulah, manusia mencari, malah ada yang cuba untuk mengejarnya.
Kalau manusia itu kurang sempurna dari paras rupa, ketinggian, rambut, warna kulit dan sebagainya, maka wujudlah beberapa orang manusia yang mencipta pil, bedak, pencuci muka, syampu, pembedahan plastik dan berbagai lagi untuk mengejar kesempurnaan fizikal.
Kalau manusia itu kurang sempurna dari kekayaan, maka wujudlah beberapa manusia yang memperkenalkan sistem gaji, sistem makan gaji, sistem makan rasuah, jenayah, along, kerja sendiri dan berbagai jenis pekerjaan yang boleh mengkayakan manusia.
Kalau manusia itu kurang sempurna dari ilmu, maka wujudlah beberapa manusia yang cerdik akalnya yang memikirkan pelbagai teori yang logik, yang tak logik, yang pelik, yang menyusahkan, yang sesat dan juga mencipta ratusan cabang ilmu. Sebab otak manusia sungguh mengagumkan tiap kali bab ilmu-ilmu ni.
Malahan, disebabkan ketidak sempurnaan manusialah yang telah menjadikan dunia semakin maju. Dunia kini penuh dengan ribuan teknologi canggih dan setiap tahun pastinya akan benda baharu yang tercipta.
Ketidak sempurnaan manusia yang tak boleh pergi ke sesuatu tempat dengan pantas, dengan kapasiti yang ramai, tidak meletihkan, tidak mengambil masa yang panjang, telah membawa kepada penciptaan kenderaan.
Dan semestinya, setiap perkara yang wujud ke dunia ini mempunyai kebaikan, dan juga keburukan.
Memang, manusia tak sempurna. Namun tak salah kalau manusia ingin mengejar kesempurnaan. Kerna itu fitrah.
Persoalannya, adakah mencintai kesempurnaan memberi kebaikan kepada seseorang? Atau ia merupakan keburukan seseorang?
Kau pernah dengar tak istilah PERFECTIONIST? Kalau tak pernah silalah google. Ataupun, kalau malas teruskanlah baca post aku ni.
SILA RUJUK GOOGLE ATAU PAKAR KAUNSELING YANG BERTAULIAH MENGENAI ISTILAH PERFECTIONIST
PERFECTIONIST ni merupakan suatu perkara di mana seseorang manusia itu terlalu mementingkan kesempurnaan setiap kali manusia itu melakukan sesuatu perkara. PERFECTIONIST ni merupakan suatu penyakit psikologi manusia. Tak sampai membawa maut, but everytime sampai kepada bab psikologi ni, semestinya ia akan memberikan kesan yang tak berapa nak bagus lah kepada manusia.
Pendek kata, PERFECTIONIST ni membuatkan manusia yang menghidapnya sentiasa nak buat suatu perkara tu dengan sesempurna mungkin.
Eh? Bagus apa? PERFECTIONIST membuatkan kita berasa tak senang duduk kalau kita buat suatu pekerjaan tu ala kadar atau macam kata pepatah melepaskan batuk di tepi tangga je, kan?
Ok, tu satu je sisi baik yang aku nampak dalam PERFECTIONIST ni. Persoalannya, kenapa aku tetiba buat post pasal PERFECTIONIST? Buang tebiat? Atau nak tunjuk terror?
Actually, aku sendiri merupakan penghidap penyakit PERFECTIONIST ni. Haha, apabila aku tambahkan ‘penyakit’sebelah perkataan PERFECTIONIST seolah-olah macam penyakit bahaya pulak. Haha.
Sepanjang 18 tahun aku hidup, menjadi seorang insan yang terlalu mencintakan kesempurnaan sebenarnya menyusahkan aku. Kenapa? Contohnya :
(1) Kau pernah tak beli pen? Kalau kau beli pen contohnya kat The Store atau Tesco ke, mesti pekerja dia akan lekat stiker harga kat pen tu, kan? Bagi aku, memang cukup annoying. Sebab ia buatkan pen tu nampak semak, lagipun pekejadahnya nak tunjuk-tunjuk harga kan? Walaupun aku faham itu sebagai keselamatan, but still annoying bagi aku.
So aku pun koyak sticker tu. Tengok-tengok sticker tu tak sempurna ‘pengkoyakannya’. Ada sisa, pergh! Lagi buruk pen tu. Aku pun gunalah pemadam, untuk padam sisa sticker tu, sampailah pen tu nampak cantik.
Dan sebenarnya, pen tu harga singgit je. Namun aku tetap nak pen singgit tu nampak cantik.
(2) Kalau aku pakai baju, aku tak boleh tengok kalau baju aku kotor, walaupun ada sikit je kotoran. Lagi-lagi kalau aku pakai baju putih. Jiwa aku terasa sakit bila aku tengok pakaian aku kotor.
Cepat-cepat aku pergi bilik air cuci. Yang kadang-kadang menjadikan kotoran itu lagi jelas orang nampak. Walaupun kotoran tu orang takdelah nampak, but aku sentiasa nampak pakaian aku kotor.
(3) Bila kita pakai kasut hitam, mesti kasut tu akan ada kedut kan? Ada satu hari tu, aku pakai kasut hitam baru. Takdelah baru, lebih kurang dua minggu aku beli ah. Tiba-tiba aku terpeleot time naik tangga, ntah apa ah aku termenung time tu.
Then, kasut hitam aku sebelah kanan pun terlipat. Sebab yang terpeleot tu kaki kanan. So kasut hitam aku sebelah kanan pun dah kedut. Yang belah kiri tak.
Tiap kali aku jalan, mesti aku tengok kasut aku. Hati aku rasa tak sempurna je, sebab kasut dah tak balance. Kiri cantik, kanan dah berkedut. So, kau tahu apa aku buat?
Aku berhenti, dan aku lipatkan kasut hitam aku sebelah kiri. Supaya nak kasi kedua-dua belah kedut. Aduyai. Resultnya, aku tetap rasa kasut kanan aku sangat berkedut dan tak cantik. Walaupun aku dah lipat kasut kiri aku berapa kali.
(4) Kalau bab-bab warna, aku nak matching. Semua aku nak sama. Kalau aku pakai baju biru, seluar mesti warna yang matching. Then stokin pun biru. Then aku bawak beg warna biru. Penselbox warna biru. Pemadam warna biru. Pembaris warna biru.
Dengar macam lawak dan mustahil, tapi ini berlaku kepada aku. Masa aku pergi plkn, aku pernah kena tegur dengan seorang jurulatih, masa tu tengah spot check barang. Masa tu baru sampai kem.
Time tu aku minat warna pink. So, semua dalam beg aku semua warna pink. Pencukur warna pink, syampu sunsilk yang warna pink, sabun warna pink, hanger pink, bekas mandi warna pink, Quran pun warna pink. Haha.
Kalau henset aku cover warna biru, so theme henset aku pun warna biru.
(5) Kalau muka aku ada jerawat, aduh. Aku rasa tak hensem. Hahaha. Walaupun sikit je, seketul kecik je kat muka. Haha, walaupun muka aku takde lah hensem, but bila ada jerawat aku rasa penampilan aku tak sempurna.
Annoying gila. Pepandailah jaga muka sendiri, faham?
(6) Jodoh? Aduh. Aku mengidamkan seorang isteri yang macam bidadari. Amacam? Ada ke? Sebab aku seorang PERFECTIONIST, maka aku sendiri yang mencari wanita idaman aku, dan ia membuatkan sesetengah perempuan yang suka (bajet gila) dekat aku konfirm akan putus asa. Sebab aku bukan jenis lelaki yang senang-senang je akan jatuh cinta kat perempuan.
Maka, disebab inilah aku sering jatuh cinta kepada seseorang wanita yang rapat dengan aku, yang akhirnya berakhir dengan FRIENDZONE. Sedih, haha.
Bab aku nak isteri macam bidadari tu, TIPU ok?
(7) Dahulu aku sering buat sesuatu kerja seorang diri. Sebab bagi aku sesuatu pekerjaan yang ada AKU dalamnya nampak buruk kalau ada campur tangan orang lain. Walaupun kerja tu akan jadi senang kalau orang tolong, namun disebab aku rasa tak sempurna kalau orang lain tolong sama.
In the end, aku akhirnya menyerah diri sebab membuat sesuatu pekerjaan yang berat seorang diri.
Aku bukan memandang rendah pada orang lain, aku pun tak pernah rasa diri aku ni hebat sangat, but aku seorang PERFECTIONIST, right?
Maka. dapat aku simpulkan, mencintai kesempurnaan ini sebenarnya bukanlah suatu keburukan, malah ia dapat menjadikan kita seorang yang berdedikasi dan berintegriti. Iaitu dengan tak buat satu job ala-ala kadar je.
Namun, kalau kita terlalu over sangat, sebab tu kita boleh jadi PERFECTIONIST. Semua benda kita nak buat perfect. Memang tak mustahil, but sebelum kita menjadi sempurna, kita kena jadi tak sempurna dulu.
Dan, variasi atau kepelbagaian karakter manusia yang tak perfect sebenarnya menjadikan manusia itu UNIK.
PERFECTIONIST mungkin wujud sejak dari lahir, namun ia tidak bermakna kita tak boleh mengatasinya. Alhamdulillah, aku semakin dapat mengatasi PERFECTIONIST dalam diri aku, sebab ia lebih menyusahkan zahir dan batin aku. Bagaimana?
Iaitu aku sentiasa cuba mempraktikkan ketenangan, atau cool dalam setiap perkara. Orang PERFECTIONIST ni cerewet, selalu menyusahkan diri sendiri, selalu rasa dia yang the best dan macam-macam lagi. Namun orang PERFECTIONIST akan berasa begitu ‘down’, kalau dia tidak berjaya mencapai kesempurnaan.
Contohnya, kalau baju aku yang dah aku outer tak sama saiz lengan kanan dan kiri, akhirnya aku dengan selambanya meninggalkannya. Kalau pen aku yang tak berjaya aku tanggalkan stickernya, aku buangkan begitu saja, walaupun tak pernah pakai lagi.
Sebab tu time putus cintalah, orang PERFECTIONIST akan frust gila, haha.
Mengakhiri post, manusia memang tak sempurna. Namun tak bermakna tak sempurna itu tak sempurna, dan sempurna itu sempurna. Faham? Pening? Haha.
Allah S.W.T sengaja jadikan manusia itu tak sempurna, supaya manusia tahu apa itu SABAR, TABAH, GIGIH, RAJIN, BERSEMANGAT WAJA, SETIA dan PENYAYANG.
Mungkin, SEMPURNA ialah TIDAK SEMPURNA? Siapa tahu?
p/s: “Jangan jadi seorang manusia yang cerewet, namun jangan pula jadi manusia yang ala-ala kadar je. Cuba jadi manusia yang ada pendirian. Jangan mengejar kesempurnaan, namun kejarlah kepuasan.” -tari basir-
Comments
Post a Comment