Guru : Dikau pencorak manusia
16 Mei. Setiap manusia yang pernah bersekolah samada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah jururawat, sekolah memandu dan mana-manalah bangunan yang bergelar sekolah, MUSTAHIL tak tahu sambutan yang diadakan pada 16 Mei.
16 Mei? Adakah kau masih lagi tak tahu apa yang disambut di sekolah? Apakah?
Tak perlulah kau google, meh sini aku habaq. 16 Mei merupakan HARI GURU. Tidak kisah lah walaupun hari apa sambutan hari guru diadakan, konfirm orang akan cakap, "hari ini HARI GURU".
Aku berpendapat, GURU merupakan antara pekerjaan yang mulia di dunia. Kenapa? Sebab setiap manusia dilahirkan dalam keadaan yang tidak mengetahui apa-apa, atau JAHIL. Maka, GURUlah yang menghilangkan kejahilan dalam diri manusia, dengan mengajarkan kepada manusia, dengan ILMU.
Walaupun bukan semua manusia yang diajar oleh GURU menjadi insan yang berguna, insan yang mencipta gajet-gajet canggih mahupun insan yang jutawan, namun sekurangnya manusia mampu membaca surat khabar, poster politik, mengira duit belanja, duit yang bakal dibelanjakan serta duit yang ada orang curi-curi belanja. Tidak terkecuali juga, kemahiran mengira digunakan untuk main toto magnum dan game solitare.
Mungkin kau bukan orang terpandai dunia, termasuklah diri aku yang hina ini, namun berkat didikan GURUlah, kita masih lagi mampu meneruskan hidup kita. Kenapa? Kat negara orang yang susah miskin macam Afrika, India ke, ada orang yang dah bengkok tulang belakang, tapi masih lagi tak mampu membaca dan mengira.
Kalau orang yang dah bengkok tulang belakang pun tak mampu membaca dan mengira, apatah lagi anaknya, cucunya?
Walaupun mungkin kau tak score straight A plus dalam SPM, namun kau masih lagi layak untuk meneruskan pembelajaran di mana-mana ipta, ipts, mahupun mana institut pembelajaran. Malah, kalau kau juga boleh diterima untuk bekerja di mana-mana tempat pekerja, walaupun sebagai cashier dekat KFC.
Dan, itu semuanya jasa seorang manusia yang bernama GURU.
Apabila seorang manusia memilih profession seorang GURU, maka sampailah manusia itu meninggal dunia, dia tetap akan dipanggil GURU.
GURU, betapa banyak perumpamaan, sajak, puisi, lagu yang dicipta untuk menggambarkan betapa mulia dan hebatnya GURU ini. Yang paling famous, orang umpamakan GURU ni macam lilin. Yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Ah, bagi aku perumpamaan GURU ibarat lilin ni agak ganas la. Haha.
Sebab bagi aku, GURU umpama UNCANG TEH. Sanggup berendam dalam secawan air panas demi menjadi secawan teh yang sedap. Yang akhirnya memberi kesedapan yang luar biasa pada aku. Amacam?
Tidak kisahlah manusia itu GURU yang mengajar Bahasa Melayu ke, Matematik, ustaz, ustazah, mualim, murabbi, ajar memandu, ajar menternak, jurulatih PLKN, mahupun guru disiplin, dia tetap akan dipanggil GURU atau CIKGU, sampai meninggal.
Istimewanya seorang GURU, ialah dia sanggup mengorbankan masa dia sendiri. Kalau cikgu yang mengajar di sekolah rendah dan menengah, time-time exam besarlah macam UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, guru-guru akan mengorbankan masa mereka dengan family.
Sebab, mereka hanya mahukan semua anak didik mereka turut berjaya macam mereka, malah mereka mahukan semua anak didik mereka LEBIH BERJAYA daripada mereka sendiri.
Aku pernah menjadi seorang pelajar sekolah, dan aku tahu bagaimana susahnya para GURU ini berkorban masa mereka.
GURU merupakan profession yang bagi aku, tersangatlah mulia. Walaupun gaji GURU ni taklah setinggi doktor, pilot atau peguam, namun hakikatnya, tanpa GURU, takkan boleh seseorang itu menjadi doktor, pilot atau peguam kan?
Siapa kita pada hari ini, politikan ke, Perdana Menteri ke, peguam ke, pakar bedah terhebat dunia ke, pemain bola sepak ke, tak kisahlah siapa kita sekarang, namun tanpa didikan seorang GURU, takkan mungkin semuanya boleh jadi orang yang hebat-hebat.
Seorang GURU itu tak boleh dinilai daripada lamanya karier beliau mengajar, atau apa subjek yang beliau ajar, namun cukuplah seorang manusia itu mengajarkan kita walaupun satu huruf, maka dia layak digelar, GURU.
GURU merupakan insan terpenting dalam membentuk manusia selain ibu bapa. Maka hasil gabungan didikan ibu bapa dan GURU membentuk seorang manusia yang hebat. Oleh itu, bolehlah aku simpulkan GURU ini setaraf dengan ibu bapa sebab, merekalah yang menjadi ibu bapa kita time di sekolah. Merekalah yang menggantikan sebentar tempat ibu bapa kita.
Malah, ada juga di antara kita, yang ada ibu angkat, ayah angkat yang terdiri daripada GURU di sekolah. Pelbagai perkara yang menarik kita buat bersama GURU, yang mungkin kita tak buat dengan parents kita.
Majoriti GURU aku semuanya wanita, sebab itu mereka ni sebijik macam ibu aku. Secara tak langsung, aku takde lah kesunyian kat sekolah, sebab aku duduk asrama. Rumah pun jauh. Tapi, cikgu sains aku (form 4 & form 5) a.k.a coach rugby aku, TERSEMPOI di dunia. Tabik spring cikgu!!!
Walaupun GURU pernah memarahi kita, pukul kita ke, ataupun buat kita pressure ke, namun semua itu mereka lakukan demi kebaikan pelajar-pelajar mereka. Aku juga pernah kena marah dengan cikgu, kena lempang, kena sebat, kena cubit, kena pressure dengan cikgu, namun semua itu menjadi kenangan aku sebagai seorang pelajar sekolah.
So, pada 16 Mei ni, jom lah kita sama-sama berkunjung ke sekolah lama kita, melawat semua cikgu kita, bertanyakan khabar mereka. Kerana jasa mereka tetap kita tak boleh nak balas dengan apa jua balasan. Lawatlah mereka di rumah, add mereka di FB, tegur-tegurlah mereka.
Hebatnya seorang GURU, keberkatan ILMU bergantung kepada mereka. Maka, kita selama-lamanya akan menjadi pelajar, maka hormatilah GURU kita, walaupun dia lebih muda daripada kita. Hebatnya seorang GURU, mereka membentuk barisan manusia yang menerajui dunia. Hebatnya seorang GURU, pahala mereka sentiasa berganda-ganda.
Tanpa seorang GURU, MUSTAHIL dunia akan menjadi megah dan maju. Tanpa seorang GURU, manusia akan menjadi bodoh dan jumud. Tanpa seorang GURU, kau takkan boleh membaca blog aku ni, dan tanpa seorang GURU, aku pun takkan boleh menulis blog aku ni.
Mengakhiri post, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan yang bergelar pendidik. Terutamanya semua GURU yang pernah mengajar aku apa itu ILMU, apa itu KEHIDUPAN. Aku ingin memohon seribu kemaafan atas semua keterlanjuran aku sewaktu aku bergelar pelajar sekolah.
Terima kasih cikgu. Selamat Hari Guru.
Terimalah, potongan sajak 'Guru Oh Guru', Usman Awang :
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
p/s: "Kalau aku jadi PM, aku akan naikkan gaji cikgu. Kepada semua cikgu yang pernah ajar aku, aku akan bagi bonus setiap tahun." -Tari Basir, adun Seremban-
KENANGAN AKU DENGAN CIKGU AKU
(1) Darjah 4-6 (SK Dato Klana Maamor) : Hari-hari keluar rehat dengan Cikgu Zul kat luar.
(2) Darjah 6 (SK Dato Klana Maamor) : Gaduh dengan Mrs Maria Teoh a.k.a Guru Besar aku, tak puas hati suruh aku temankan budak-budak nakal yang didenda. Sedangkan haritu ada PJK, dan hari keesokannya ialah, PUASA.
(3) Tingkatan 2-3 (SMKA Sheikh Haji Mohd Said) : Sayang ummi angkat aku a.k.a Ustazah Zahariah. Dia ajar aku Arab. Semua benda aku cerita kat dia.
(4) Tingkatan 3 (SMKA Sheikh Haji Mohd Said) : Aku ter'fail' BM time exam. Kesian Cikgu Rahimah, cikgu BM aku. Akhirnya, aku seorang je yang A time trial BM dalam kelas. Huhu.
(5) Tingkatan 4-5 (Kolej Islam Sultan Alam Shah) : Dapat cikgu sains, Sir Saiful yang sempoi, teramat sempoi. Dialah ayah, dialah coach rugby, dialah tempat aku luahkan semua masalah. Ingat lagi, budak perempuan kelas aku marah sebab Sir selalu lebihkan budak lelaki. Haha. Tersempoi di dunia.
(6) Tingkatan 5 (Kolej Islam Sultan Alam Shah) : Ramai cikgu perempuan mengajuk dengan kelas aku. But last-last aku dengan geng berusaha pujuk. Nasib baik aku ni 'sweet talker', haha.
(7) Tingkatan 4-5 (Kolej Islam Sultan Alam Shah) : Dapat coklat dari cikgu Syariah, Ustazah Yusalmah. Juga cikgu yang tersempoi, tapi ilmunya, pergh! Tak pernah tak jawab soalan aku.
(8) Tingkatan 5 (Kolej Islam Sultan Alam Shah) : Kena lempang dengan HEM, Ustaz Mus, sebab lepak dekat Dewan makan. Masa tu time EURO. Semua kawan aku yang pakai spek, semua tercampak! But kalau dia ceramah, pergh! Lawak, haha.
(9) PLKN (Kem Sri Ledang, Tangkak) : Aku gaduh dengan OC aku, Cikgu Jalal. Aku menyesal, but akhirnya aku minta maaf. Dan dialah antara cikgu terhebat aku. Dia hebat, dia bekas komando, dia penyayang. Terlalu banyak benda yang dia betulkan aku.
(10) PLKN (Kem Sri Ledang, Tangkak) : Aku dikelilingi jurulatih yang hebat. Kalau aku nak tulis, aduh. Terlalu ramai. Semuanya memberikan aku input, semangat, cerita, lawak, terlalu banyak.
Terima Kasih Cikgu, aku tak mampu membalas jasa kalian. Namun aku akan membalasnya, sebaik mungkin <3
Comments
Post a Comment