13 Mei 1969 : Adakah ia akan berulang?

Detik ini, saat ini, minit ini, jam ini, hari ini, ya. Telah masuk hari baru 13 Mei 2013. Merupakan hari Isnin di mana seorang budak sekolah akan pergi ke sekolah. Manakala ayahnya pula akan pergi ke kerja selepas selesai menghantar anaknya. Jikalau anaknya pergi sekolah naik bas, maka ayahnya boleh terus ke kerja.

13 Mei 2013, hari Isnin. Hari Isnin merupakan hari yang mungkin membuatkan sesetengah orang rasa janggal. Iyelah, mungkin selepas syok berehat pada hari Ahad, tetiba kena kerja pulak keesokan harinya. Aduh, satu perasaan yang menjengkelkan. Tidak kiralah budak sekolah, pekerja, mak cik cleaner, pekerja am, pastinya merasakannya perasaan itu.

Monday's blue, bak kata omputih. Termasuklah aku yang pernah juga jadi budak sekolah.

13 Mei 2013, aku pasti seorang Guru Besar, Pengetua, dekan, guru Sejarah, guru Pendidikan Islam, guru Moral dan semua para pendidik pastinya akan berucap kepada semua murid dan mahasiswa mahasiswi mengenai peristiwa yang berlaku pada 44 tahun yang lalu, time essembly pagi.

Sebab, peristiwa 13 Mei 1969 tidak HARUS diulangi kejadiannya, dan aku pasti tiada siapa pun insan yang punya rasa cinta pada MALAYSIA ini, mahu ia berlaku.

13 Mei 1969, adakah kau tahu apa yang telah berlaku?

"Siapa yang melupakan sejarah, pasti akan mengulanginya." George Santayana

AL-FATIHAH AKU SEDEKAHKAN KEPADA SESIAPA YANG MENJADI MANGSA RUSUHAN KAUM 13 MEI 1969 YANG BERBANGSA MELAYU DAN TAKZIAH AKU UCAPKAN KEPADA KELUARGA MANGSA RUSUHAN TERSEBUT YANG BERBANGSA CINA.

13 Mei 1969 merupakan arang hitam yang telah mencalit keputihan memori sejarah Malaysia. Satu peristiwa  yang pahit untuk dijadikan suatu memori yang harus diingat. Kerna ia penuh dengan darah, kekejaman, salah faham, tangisan, dendam, dan 1001 perkara yang tidak harus ada di negara Malaysia yang harmoni ini.

13 Mei 1969 adalah hari Rusuhan Kaum di mana pergaduhan antara kaum iaitu kaum Melayu dan Cina telah tercetus, di mana ia bukan satu pergaduhan yang biasa, kerna ia melibatkan pertumpahan darah.

Aku tidak mahu menceritakan dan menulis mengenainya dengan detail. Eloklah kalau kau cari sendiri di internet, bertanya kepada guru Sejarah, atau berusahalah untuk mengetahuinya. Kerna, sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara, memori pahit ini harus diketahui, walaupun ia pahit untuk ditelan.

Alhamdulillah, aku sudah hidup di Malaysia selama 18 tahun. Aku masih belum pernah menjejaki negara orang secara 'real', sebab aku selalu jelajah negara orang guna internet je. Namun, aku malas nak berlawak, sebab aku cuba sedaya upaya nak menyampaikan melalui post ni. Aku takut aku akan menyinggung mana-mana pihak.

Malaysia, sebuah negara yang unik. Sebab apa? Banyak sebabnya. Namun, sebab yang aku rasa Malaysia ni begitu unik sebab, Malaysia ni dihuni oleh rakyat yang berbilang kaum, berbilang bangsa dan budaya, berbilang agama dan kepercayaan.

Pendek kata, Malaysia tidak hanya dihuni oleh rakyat yang ada satu kaum, satu bangsa dan satu kepercayaan.

Aku rasa, menjadi seorang pemimpin kepada Malaysia adalah pekerjaan yang sukar. Kenapa?

Aku pernah menjadi pemimpin (ic squad) time aku direkrut ke PLKN. Setiap kompeni berbilang kaum, bukan Melayu je. Dan sebagai seorang ic squad yang diberi kepercayaan, aku kena jaga kebajikan anak-anak buah aku yang berbilang bangsa ni.

Masa aku sekolah rendah, sekolah aku berbilang kaum. But masa aku form 1 sampailah form 5, aku sekolah agama. Maknanya aku bersekolah 5 tahun bersama orang yang sama BANGSA, sama KAUM, sama AGAMA.

Susah jadi ic squad ni. Aku nak kena jaga hati anak-anak buah aku yang MELAYU. Aku nak kena jaga hati anak-anak buah aku yang CINA, samalah dengan anak-anak buah aku yang INDIA.

Penting seorang pemimpin untuk jaga hati anak-anak buah. But ia still satu perkara yang boleh lah aku katakan, MUSTAHIL untuk jaga hati semua orang.

Aku seorang pemimpin yang berbangsa MELAYU. Nak jaga hati semua anak buah aku yang berbilang kaum. Kau ingat senang ke? Tersangatlah susah kau tahu? Sedangkan aku juga kadang-kadang tak sefahaman dengan bangsa sendiri?

Aku ingat dulu, kengkawan PLKN aku MELAYU dengan CINA berebut nak duduk kat dorm. Yang MELAYU nak ajak semua member dia duduk dengan dia, sama jugak dengan CINA. So, mereka ni tanya aku, yela. Aku kan ketua.

So, apa perasaan kau time tu, kalau kau adalah aku? Kalau aku menangkan MELAYU, member CINA aku konfirm ingat aku rasist a.k.a perkauman. Kalau aku menangkan CINA, komfirm member MELAYU aku ingat aku tak sayang bangsa sendiri.

So, aku tanya kau sekali lagi. Apa perasaan kau kalau kau tersepit macam aku?

Time aku dekat PLKN, aku belajar mengenai perkauman. Memang aku pun tak suka PLKN (pada mulanya), but semakin aku menuju ke penghujung PLKN, semakin aku berjaya tangkap seberapa elemen tentang PERKAUMAN yang ada dalam PLKN ni.

Kat PLKN, ada 3 kaum. Mungkin lebih. But, kat PLKN takkan aku nak kawan dengan bangsa aku je. Makan dengan bangsa aku je. Sembang dengan bangsa aku, tidur dengan  bangsa aku, semuanya aku buat dengan bangsa aku?

Kalau aku hanya bergaul dengan bangsa aku, adakah bangsa seperti CINA dan INDIA nak lepak dengan MELAYU macam aku? Diorang konfirm lepak dengan bangsa diorang jugak.

Sebab tu kat PLKN, aku bergaul dengan bangsa lain. Mostly aku banyak spent time aku dengan kaum CINA, sampai aku boleh jatuh cinta dengan amoi. Aku tak nak komen banyak kat part amoi tu.

So, adakah kau masih lagi rasa tugas seorang pemimpin Malaysia sangat senang? Sedangkan aku gagal dalam menjaga hati semua anak buah aku yang berbilang KAUM dan AGAMA ni, yang hanya berjumlah 57 orang wira?

13 Mei 2013, bermakna sudah 8 hari sejak Pilihan Raya Umum yang ke-13 tamat. Walaupun ia sudah tamat, namun masih lagi aku rasakan kehangatannya masih belum padam. Malah aku mejangka, kehangatan ini akan kekal hangat buat masa yang panjang.

Namun, aku melihat dan mendengar, ada sesetengah pihak cuba mempergunakan lagi 13 Mei 1969 sebagai mainan yang seronok untuk dipermainkan. Malah aku lihat dan dengar memori 13 Mei 1969 ni semakin rancak dipermainkan oleh sesetengah pihak.

Aku tidak faham, kepada insan-insan yang begitu 'tidak matang' dalam bab ini. Sentimen perkauman adalah suatu perkara yang agak serius dan mustahil ia sesuai dijadikan permainan, apatah lagi sebagai senda gurau.

Maka, di manakah terletaknya kepekaan? Di manakah terletaknya ambil berat? Aku lihat isu ini makin rancak dimasak? Malah disuapkan panas-panas kepada rakyat? Konfirm kepanasannya akan panas sampai ke hati? Sebab tu sesetengah kaum yang panas hatinya.

Aku hanya rakyat, aku juga mempunyai bangsa, aku juga mempunyai agama. Namun aku tidak merasakan ia memberikan aku kelebihan untuk memijak bangsa lain.

Memang, Malaysia dahulunya digelar Tanah MELAYU. Raja dan Sultan orang MELAYU. Bahasa MELAYU bahasa kebangsaan. Kaum MELAYU punya hak istimewa di Malaysia.

Namun ia tetap tak menjadi lesen kepada aku untuk aku memijak kepala sahabat-sahabat aku yang tiada 'title' MELAYU dalam myCard diorang.

Setiap bangsa punya kelemahan. Kaum MELAYU ada kelemahan diorang, kaum CINA pun ada kelemahan, sama juga dengan kaum INDIA.

Namun, disebalik kelemahan 3 bangsa itu. Wujud suatu KEKUATAN. Dan kekuatan itu harus ditonjolkan oleh 3 bangsa tersebut, malah digabungkan. Baru Malaysia menjadi sebuah negara yang terbaik di seantero dunia. World class gitu.

Jepun maju kerana rakyatnya hanya satu bangsa. Begitu juga Korea. Amerika maju kerana rakyatnya hanya ada dua warna sahaja. Putih. Hitam. Namun Amerika masih lagi menjadi kuasa besar dunia.

Persoalannya, adakah Malaysia MUSTAHIL maju dengan 3 BANGSA?

Sikap 'rasist' perkauman adalah parasit dan barah yang perlu aku dan kau buang dari minda dan hati. Sebab aku tidak nampak perkauman itu memberikan Malaysia keuntungan. Malah konfirm keburukannya tersangatlah banyak. Nabi juga melarang umatnya rasist. 

Zaman Nabi dulu rasistnya lagi teruk. Orang Arab dianggap mulia, orang Ajam (bukan Arab) macam pencacai. Namun, Nabi pesan agar umatnya tak rasist (asobiyah) sebab bangsa tidak menjadikan seorang itu mulia. Malah, kaumlah yang membezakan manusia. Agama tak.

Allah S.W.T berfirman : "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)". (Surah al-Hujurat : 13)

Allah S.W.T menjadikan manusia ini berbagai kaum sebab wujud keistimewaan dalam setiap kaum ni. Malah keistimewaan kaum ni boleh menjadikan sesebuah negara jadi mantap, kalau setiap kaum menggabungkan keistimewaan kaum mereka.

Hanya orang yang gila kuasa, yang penuh dengan hasad dengki je, yang akan mainkan sentimen perkauman ni. 

Mengakhiri post, aku minta maaf kepada semua pihak yang mungkin terasa dengan post aku ni. Aku sudah cuba mengeditnya dengan menjadikan post ni tidak menghentam mana-mana pihak. Seandainya aku gagal, aku juga manusia yang lemah. 

Paling penting, agar aku tidak disalah ertikan budak hingusan yang mainkan sentimen perkauman. Aku tak nak masuk penjara oi!

Aku cintakan Malaysia, aku bencikan orang yang benci Malaysia. Aku sayang kaum MELAYU, aku sayang kaum CINA, aku sayang kaum INDIA, dan aku sayang semua kaum yang wujud samada aku tahu ataupun tidak.

Aku tahu, semua bangsa saling menghormati. Semua tahu isu perkauman bukan bahan gurauan. Time aku dekat PLKN, budak CINA dengan INDIA senyap bila azan. Malah, budak CINA lah yang kejutkan aku bangun untuk Subuh. Lebih memeranjatkan aku, diorang ni pula yang sibuk suruh aku solat awal daripada  orang yang sepatutnya suruh aku pergi solat awal.

Kalau budak MELAYU makan malam, budak CINA dan INDIA sanggup benarkan aku potong barisan. Biar aku boleh cepat siap untuk Maghrib. Kalau budak CINA dan INDIA nak sembahyang, aku sendiri paksa diorang potong barisan aku, biar diorang tak tergesa-gesa.

Diorang pun serba salah kalau aku suruh diorang potong barisan. Abis? Aku tak serba salah pula?

Itu menunjukkan semua KAUM tahu, Malaysia itu negara yang harmoni dengan rakyat yang berbilang BANGSA.

Semoga peristiwa berdarah 13 Mei 1969 sudah kering darahnya, dan tidak sekali-kali cuba dibasahkan kembali darahnya oleh mana-mana pihak. Seharusnya semua pihak seperti politikan, media massa seperti televisyen dan berita, media cetak seperti akhbar dan tabloid, malah dalam khutbah dan ceramah agama, menyedarkan semua rakyat MALAYSIA agar, 13 Mei 1969 sudah  berlalu, dan tiada sebab untuk diulang semula memori tersebut.

The conclusion is, I LOVE MALAYSIA. Please stop spreading fake news, rasistism issues or anything that hurts anyone's feeling. PEACE YO!!!

p/s: "Hanya orang yang penuh dengan hasad dengki, yang gila kuasa, tamak haloba sahaja yang akan rasist. Kenapa perlu rasist, sedangkan kita tak tahu siapa yang akan tolong kita suatu hari nanti time kita susah? Konfirm ke bangsa kita sendiri yang akan tolong kita? Bersatu padu antara kaum, apa keburukannya? Kan?" -tari basir-

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers