ANGAN vs IMPIAN

Kadang-kadang, setiap malam, sebelum aku tidur, aku baring-baring dulu. Golek-golek atas katil aku yang membengkok kat tengah-tengah dia, haha. Tu punca aku selalu sakit belakang, malas aku nak bawak turun walaupun dah berkali-kali disuruh oleh ibu aku, haha.

Selepas aku golek-golek, maka dalam fasa-fasa terakhir sebelum aku melelapkan mata, maka aku suddenly akan terfikir mengenai macam-macam perkara, contohnya, aku terfikir pasal apa yang dah aku buat hari ni, apa yang aku buat semalam, juga kadang-kadang pasal kengkawan, pasal sesuatu benda yang aku nak sangat, pasal tu, blah blah blah, pasal dosa kisah lama, blah blah, malah kengkadang jugak aku terfikir pasal semua impian aku.

Kalau aku terbayang pasal impian, maka aku akan membayangkan bahawa ia seolah-olah berlaku, sedang berlaku dengan real, huhuhu. Contohnya aku berjaya mencapai cita-cita yang aku nak, berjaya memandu kereta idaman, berjaya memiliki keluarga yang superb, berjaya mencipta nama di Malaysia, blah blah blah, then bila aku cuba membayangkan betapa realitinya ia, tiba-tiba vision aku menjadi gelap.

Kerana aku tertidur, kroh kroh. Huhu.

Masa aku kecik dulu, time tu cerita Dragonball tengah top masa tu, game kereta Dash pun memang ramai bebudak beli, masa tu makan aiskrim batang lagi, aku sering berangan bahawa aku akan jadi kuat, power dan laju macam Goku, ada kereta Dash sendiri, dan mampu beli aiskrim batang hari-hari.

Angan-angan aku masa kecik taklah terbatas kat 3 benda tu je, banyak lagi. Biasa je angan-angan aku ni akan terjadi, bila aku melihat movie, kartun anime atau sebagainya. Dulu, bila tengok movie American Ninja lakonan Michael Dudikoff, aku berangan jadi ninja pulok. Buat pedang ninja sendiri, then rembat tudung kakak aku buat topeng ninja.

Bila aku dah besar pulok, dah masuk sekolah menengah, perlahan-lahan seiring dengan perkembangan masa dan kematangan usia, kesemua angan aku mulai hilang, dan automatik berganti dengan, impian.

Bila dah masuk form 3, aku mula memasang impian nak jadi pelajar cemerlang, nak dapat result cemerlang dalam PMR, kemudian bila dah pandai usha-usha perempuan, dah ada makwe, dah mula pasang impian nak kahwin pulak dah, hahaha, gatalnya ana ini, hoihoi.

Akhirnya, impian menjadi pelajar cemerlang tak dapat walaupun dapat result PMR aku cemerlang (lah sangat), dan impian nak kahwin pulak hilang setelah clash di akhir tingkatan, oh, sadisnya kisah silam gue, hahaha.

Kemudian, bila akhir tingkatan 5, time aku tengah tunggu result SPM, masa tu aku dah pasang impian, nak further study kat oversea, then banggakan parents aku sebab boleh fly, kemudian jadi pelajar cemerlang kat sana, but bila dah dapat result, last-last impian aku punah, sebab D kat Addmath tidak melayakkan aku untuk dapat biasiswa untuk further study.

Aduhai, impian ku punah, nenenenenene (lagu tema : song from secret garden)

Setelah akhirnya aku bergelar mahasiswa di sebuah universiti terkemuka di Terengganu, dan nak masuk sem 3 pun, aku masih lagi memasang impian, ada sebahagiannya masih sama, ada yang dah tercapai, ada yang dah nak tercapai, dan ada juga yang belum.

Nak tahu ke, takyah ah, hahaha.

Maka, apa yang aku nak rungkaikan di dalam post sempena perasmian tema baru blog aku, no pink pink lagi, hahaha, adalah, apa beza antara angan dengan impian?

Kalau tengok berdasarkan gaya penceritaan aku tadi, keduanya tampak sama kan? Angan terjadi hasil pemikiran minda seseorang yang mahukan sesuatu benda, objek mahupun orang, yang tidak dimiliki seseorang itu. Samalah jugak dengan impian kan?

Malah, Islam yang kita cintai ni juga melarang penganutnya dari banyak berangan-angan, namun tak pernah lagi aku jumpa sebarang ayat Quran, hadith, ijtihad, qaul mahupun fatwa yang mengharamkan dan menghalang umat Islam dari memasang impian, kan?

Maka, izinkanlah aku yang hina dan kurang ilmu ini, berkongsi perbezaan mereka. Satu je, iaitu usaha.

Bila kita berangan-angan, jadi Goku ke, nak kahwin anak raja ke, menang duit besar ke, maka adakah kita susuli selepas angan-angan kita tu, dengan usaha?

Contoh, kta berangan-angan nak kahwin dengan anak raja. So, selepas abis berangan, kita terus ke rumah raja, dan meminta izin raja untuk menikahi puterinya?

Of course la tidak, kan? Malah ia sesuatu yang mustahil, sampai takde lagi movie yang buat cerita macam tu lagi, kot lah, haha.

Namun, bila kita memasang impian untuk memiliki sebuah kehidupan yang  bahagia, adakah kita susulinya dengan usaha? The answer is yes! Defitinely! Dengan apa?

Dengan belajar, kemudian bekerja dan sebagainya.

Maka dapat aku simpulkan, angan ialah kita mengharapkan sesuatu akan jadi milik kita, tanpa kita susuli dengan usaha, manakala impian, adalah sebaliknya.

So, salahkah berangan?

Jawab aku, hurm, setelah aku mensearch ke dalam internet, aku menemui banyak artikel yang memasukkan ayat Quran dan Hadith yang berkaitan dengan berangan, dan kesemuanya dalam nada melarang.

Pada pendapat aku yang jahil dan dhoif ini, aku berpendapat berangan ni merupakan suatu kesalahan yang agak besar, kerana dengan berangan, kita seolah-olah berkhayal. 

Amboih, ilmiahnya ayat. Begini sidang hadirin sekalian, amboih!

Dalam hidup kita, banyak perkara, misi, matlamat dan nikmat-nikmat yang kita nak raih, bukan? So, in order nak mencapainya, maka semestinya tak cukup dengan berfikir mengenainya sahaja, semestinya majoriti cara untuk mencapainya, adalah tidak boleh tidak, dengan usaha bukan?

Maka, apabila kita menyelitkan akal kita yang hebat ini, dengan memasukkan elemen-elemen berbentuk angan, maka kita seolah menjadikan diri kita umpama zombi kampung pisang dan juga seperti KL zombi, sebab kita seolah-olah manusia yang tiada impian yang nak kita kejar kat dunia ni.

Sebodoh-bodoh orang kat dunia, dia juga pasang impian untuk jadi seorang yang pandai. Jangan cakap, "saya saja-saja je berangan", sebab ia menampakkan kebodohan anda kepada semua orang, seolah-olah anda dilahirkan tanpa berkeinginan sesuatu.

Berangan sangat bahaya, ia memusnahkan otak, melemahkan minda, melonglaikan badan. Atas sebab itu, banyak filem yang pelik-pelik dan mustahil dicapai oleh akal manusia, dicipta, kerana selain untuk tujuan hiburan dan wang, ia juga berkemungkinan untuk memaksa manusia untuk memperbanyakkan angan-angan.

Kena hati-hati tu.

So, salah ke kalau takde impian? Jawab aku, salah, dan kaulah orang yang paling bodoh sekiranya takde impian yang kau nak capai. Maaf, agak kasar bahasa gue, hohoho.

Sebenarnya, impian ini merupakan fitrah manusia. Tidak perlu diusahakan, ia akan datang sendiri menerjah minda. Buktinya, kita berjaya lahir ke dunia. Masa kita jadi sperm, kita berimpian untuk menjadi satu-satunya sperm yang berjaya memasuki ovum dalam perut ibu kita, kan?

Walaupun kita takde lah lagi ingat apa kita buat masa jadi sperm, kau ingat? Aku tak, haha.

Hidup tak boleh takde impian, sebab kita beragama, beragama Islam pulok tu. Bila mati, nak masuk Syurga, maka di dunia susulilah dengan amal kebaikan, kan impian tu?

Bukan berangan-angan nak hidup kat Syurga, tapi amalan kat dunia macam ahli Neraka, aduhai.

Maka, pasanglah impian anda sekarang, biar banyak, biarpun kedengaran macam kita tak boleh nak capai, namun dengan usaha yang luar biasa, akan menghasilkan hasil yang luar biasa jugak.

Asalkan jangan kau berimpian benda-benda yang tak berfaedah sudah ah, kan?

So, malam ni aku nak pikir apa pulok eh? Aik, apasal gelap ni? Kroh kroh kroh.

Comments

  1. Ya, betul. Mimpi itu percuma. Anda kaya dan berjaya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers