Saya Seorang Penyabar : Melazimi Diri Dengan Sabar
Assalamualaikum kepada semua pembaca yang aku sayangi muah muah. Setelah lama aku merenung awan Terengganu, dan aku bisik-bisik sorang macam orang gila - sambil menunggu bilalah hujan boleh turun - aku mencari idea untuk mengarang.
Setiap kali wassup dengan ibu, mesti ibu cakap yang kat rumah aku hari-hari hujan, kadang-kadang sampai lebat. Aku pun dengan rasa jeles yang bersangatan, hanya mampu hantar simbol like je, sambil tangan dok mengipas-ngipas peluh yang turun mengalahkan hujan pulak.
Setiap kali aku pergi kelas, aku akan melalui satu padang rumput. Kesian jugak aku tengok, dah kuning-kuning semua. Kalau mereka pun pandai bertwitter, Facebooking mahupun berblog, konfirm lama dah mereka tweet dan post pasal mereka panas, kepanasan.
Masa habis kelas, aku balik sama-sama dengan ustaz kesayangan aku, then aku suarakan keluhan hati aku ni. Macam biasa, antara statement yang aku dah biasa dengar, mestilah..
..manusia tak pernah puas. Lalu aku pun gelaklah dalam keadaan tak puas.
Setelah habis lepak-lepak dengan ustaz kesayangan aku, aku pulang ke bilik ku syurga ku. Aku lalu ke padang rumput yang sama. Dan aku terfikir, panas dunia pun menyebabkan rumput kering dan bertukar warna. Panas api neraka lagilah berganda.
Dan mungkin aku boleh post mengeluh pasal kepanasan bumi Terengganu, tapi once aku diazab Allah S.W.T sebab dosa-dosa, tak dapat lah nak post-post macam ni.
Lalu bila sampai je ke bilik, buka suis kipas, automatik kepanasan dan peluh-peluh kering. Sama juga dengan keluhan diri.
Sabar je la.
***
Nak diikutkan, aku ada beberapa bulan lagi nak tamatkan diploma. Midsem pun dah dekat sangat, dan sekarang pun dah penuh dengan assignment dan kerja-kerja belajar yang lain. Belum ditambah dengan beban persatuan lagi, jadi kadang-kadang tension akan datang dengan sendirinya.
Tanpa dijemput, kadang-kadang tak bagi salam pun.
Minggu ni aku asyik marah-marah je, kesian kepada sahabat-sahabat dalam persatuan, kesian kepada sahabat-sahabat yang meminta pertolongan aku.
Ada seorang sahabat baik aku ni, dia Telegram aku, dia kata dia takut tengok aku, muka garang gila. Dan dia takut nak tegur aku sebab aku garang sangat, sampai nak menangis pun ada. Dia kata camtu.
Garang sangat kah aku? I'm wondering.
Dalam kelas, kadang-kadang aku akan hilang rasa sabar, sebab enviroment berubah.
Dalam berpersatuan, kadang-kadang hilang rasa sabar, sebab karenah anak-anak buah.
Dalam buat kerja assignment, kadang-kadang hilang rasa sabar, sebab karenah member-member.
Dalam kadang-kadang hilang rasa sabar, kena juga bersabar. Aduhai.
Nasib baiklah takde awek dah, kalau tak, aduhai.
Dalam kehidupan, aku diuji dalam setiap sudut. Sama jugak macam korang semua, yang juga diuji dalam setiap sudut, kiri kanan atas bawah.
Dalam bab keluarga, aku diuji. Dalam bab berkawan, aku diuji. Dalam bab bercinta, juga diuji. Dalam semua bab, hatta aku sendiri, juga diuji.
***
Suatu hari, aku dan family keluar ke shopping mall. Kalau korang nak tahu, shopping mall dari rumah aku dekat je - tak lah sebelah rumah - dalam setengah jam kalau aku berjalan kaki. Tu aku yang berjalan kaki, kalau korang aku tak tahu. Satu jam mungkin? Haha.
Then aku singgah ke satu kedai game, then purcase satu game. Alang-alang, mintak si tauke installkan sekali. Mudah la sikit.
Bila kata install game - terutamanya game sekarang ni yang bapak besar saiz dia - memanglah lama berjam-jam. Jadi disebabkan lama, aku sanggup tunggu sebab aku takut game yang aku beli tu tak sesuai dengan laptop, jadi kalau aku pakat install kat rumah, then sekali tak boleh main, tak gila aku camtu?
Lama memang lama, sampai ibu aku beberapa kali sms, aku cakap kejap kejap. Camtu je aku dok ulang.
Selepas dah siap, aku pun bergegas sambil tepon ibu aku kat mana ayah aku parking kereta. Tapi jawapan yang ibu aku bagi, sangat menaikkan darah aku...
...iaitu mereka dah sampai rumah. Ayah aku fedup tunggu aku.
Lalu aku berjalan kakilah ke rumah, sambil darah jap naik jap turun jap sejuk jap panas. Dalam hati dok mengutuk perbuatan ayah, asallah tinggalkan aku camtu. Dengan orang lain boleh tunggu, dengan anak sendiri tak boleh, main tinggal je.
Sampai je kat rumah, aku pergi bilik parents aku, aku luahkan apa yang terbuku dan tersumat di dada. Aku marah ayah aku, dengan beg laptop pun masih aku jinjing lagi. Ayah aku pulak, dengan kepenatan dan kepanasan udara Seremban yang tak hilang lagi, apa lagi, marah ah!
Lalu si anak dan si ayah saling memarahi. Namun tanpa menggunakan bahasa kasar dan makian. Si anak tu tahu hukum, cuma sabar dia hilang sket.
Untuk menghilangkan rasa marah aku yang membuak, aku cuba menclaim kemaafan dari ayah aku. Tapi aku tak mintak, gila, ayah aku tinggalkan aku kot? Aku nak ayah mintak maaf sebab buat camtu. Selagi tak mintak maaf, aku akan buat perang dingin.
Time dinner, aku mulakan perang dingin. Makan dengan laju, then straight basuh pinggan lepas makan. Sebab aku di rumah memang jarang basuh pinggan, melainkan hari-hari tertentu je. Dalam hati, aku takkan kalah dalam perang ni. Selagi ayah tak mintak maaf, aku akan teruskan tanpa mengibar bendera putih dahulu.
Tapi aku silap, ayah aku lagi hebat dari aku. Tak de keluar walau sepatah pun kata-kata dia bila aku ada. Apatah lagi nak mintak maaf? Tulah, bila si anak dan si ayah bergaduh, dua-dua lelaki pulak, memang pertarungan yang sengit.
Tapi ayah aku lagi hebat, dia lancarkan perang saraf. Aku lancarkan perang dingin je, suasana dah jadi dingin. Tapi ayah aku, dia serang saraf aku. Pergh, dia buat macam tak de pape je berlaku. Boleh tengok tv sambil gelak-gelak. Pergh, mental beb!
Jadi, disebabkan saraf aku terganggu secara fully - disebabkan kehebatan perang saraf ayah aku - dan menghilangkan ability berfikir secara waras aku, lalu aku pun bersiap, dan aku pun keluar rumah. Ibu aku ke mana hala, tapi aku dah tak boleh berfikir secara waras. So aku teruskan hala aku.
***
Bagi aku, dalam kehidupan manusia, sabar sangat memainkan peranan penting. Sabar berkait dengan kematangan, berkait dengan kewarasan, berkait dengan ability memimpin, berkait belaka.
Sebab orang yang matang dan banyak pengalaman hidup, dia sangat penyabar. Sabar dia akan hilang hanya bila betul-betul dia sendiri rasa dia patut hilang sabar. Bila kesabaran hilang, maka kewarasan pun akan hilang. Lalu mulalah datang sifat marah, nak mengamuk je tak tentu pasal. Sampai tahap, membunuh pun ada.
Dalam memimpin, kalau si pemimpin mudah hilang sabar, dia takkan boleh menjadi pemimpin yang superb. Tak guna cakap berucap sampai meletup mikrofon, tapi kalau tak tahan ujian makian dan karenah anak-anak buah, maka dia sendiri akan menghancurkan organisasi dia sendiri.
Dalam organisasi, pemimpin sepatutnya orang yang paling sabar kat situ. Bukan kedua penyabar, ketiga mahupun paling last. Sebab, kalau pemimpin cepat hilang sabar, mestilah cepat hilang pertimbangan. Kalau dah cepat marah, mesti tak boleh buat keputusan, dan kalau buat keputusan pun, mesti keputusan yang sangat sangat bad untuk organisasi.
Setuju dengan statement aku?
Itu baru dalam kepimpinan, belum lagi dalam hidup. Manusia, kalau takde sifat sabar dalam dirinya, pergh, tak tahu lah camana. Bumi pun dah lompong sana sini walaupun manusia ada sifat sabar, kalau takde meletup kot agaknya?
***
Dalam kehidupan, kita akan memegang macam-macam jenis peranan. Terlalu banyak. Sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai kawan, sebagai kekasih mungkin, dan juga sebagai hamba kepada Allah S.W.T.
Jadi kita akan diuji based of peranan kita. Kalau kita sebagai anak, maka akan datanglah ujian kepada kita sebagai anak. Diujinya kita dengan karenah ibu ayah, adik beradik, permasalahan blah blah.
Dalam kehidupan kita jugak, kita takde pilihan dalam memilihkan hala tuju. Tapi kita boleh pilih camana kita nak tentukan life kita tu. Samada kita nak happy selamanya, atau sedih je memanjang. Aku sangat setuju dengan statement aku ni - bukan naik bakul angkat sendiri - sebab orang yang miskin di dunia pun boleh menikmati hidup mereka dengan senyuman sampai ke rambut.
Dalam sabar terlalu banyak kebaikan dia. Sampaikan dalam Al-Quran, Hadith, kajian-kajian ilmiah, malah dalam kartun sendiri menceritakan tentang kebaikan sabar.
Semua orang boleh cerita tentang sabar, tapi camana nak bersabar?
Sabar jela, gitu?
***
Sekarang, aku sedang diuji dengan kesabaran aku. Dengan kawan-kawan terutamanya. Yelah, awek pun dah takde. Jadi aku sedang bersabar dengan kebull shitan kawan-kawan aku. Menyedari hakikat bahawa semua orang tak menyukai kita, maka aku bersifat dengan berhati-hati. Sentiasa menjaga tutur dan perilaku.
Dari Tingkatan 1 sampai kini, tipulah kalau aku cakap aku tak makan hati dengan kawan-kawan. Dulu berkawan macam duduk syurga sebelah menyebelah, tapi bila dah lama, masing-masing dah kenal, maka bertukar 360 darjah.
Aku dah puas merasa, dimaki, dikutuk, dipulau, orang buat rebelion, buat pakatan sana sini. Kadang-kadang aku juga naik marah, rasa nak ajak bertumbuk, nak bergaduh, tapi aku ditahan daripada nak buat semua tu. Ditahan oleh sifat sabar.
Aku bukan penyabar. Tapi aku juga penyabar. Sehingga kini aku masih diuji dengan rakan-rakan sekelas yang melayan aku macam aku takde dalam kelas - berbeza dengan dulu - tapi aku sabar. Sehingga kini kawan-kawan masih berperangai tak professional dengan aku, tapi aku sabar.
Kawan-kawan buat aku sakit hati, aku sabar. Aku mintak maaf. Diorang? Haram. Tapi aku sabar. Sabar, dan sabar dan sabar. Sampai aku pun dah tak tahu samada aku ni hati kering atau aku ni penyabar.
Lastly, diorang layan macam aku takde. Dan aku pun layan macam diorang takde. Sabar jela.
Untuk sabar dan jadi orang penyabar, sebenarnya tak perlu ada title Nabi macam Nabi Ayub A.S. Macam Rasulullah S.A.W. Macam ulama, tak perlu pun ada title semulia begitu. Cukuplah bila kita tahu, kita ada Allah S.W.T di sisi kita, walaupun kita susah, sangat susah.
Untuk sabar, kita kena tahan diuji. Bertahan di atas kesusahan, itulah sabar. Sabar daripada melakukan perkara-perkara yang akan buat kita menyesal. Untuk memiliki sabar, maka miliki lah dahulu ketenangan dan kewarasan.
Secara basicly, semua orang ada sifat sabar. Tapi bukan semua orang boleh bersabar. Dan bersabar itu bukan mustahil.
Orang yang paling beruntung, adalah orang yang sabar. Dia tahan diuji, kental, tahan lasak.
Walaupun sabar ni ada hadnya, tapi bersabarlah setakat mana yang mampu. Sebab kita manusia, ada had dan ada batas.
***
Sabar sebenarnya boleh aku jawab dengan datangkan hadith Rasulullah S.A.W :
"... Sabar itu adalah sinaran..." (Riwayat Muslim) - RUJUK HADITH KE-23 DALAM HADITH 40
Dalam hadith ni, Rasulullah ibaratkan sabar dengan diya' (ضياء), yang bermaksud sinaran, atau boleh juga bermaksud cahaya, tapi sinaran lebih tepat. Imam Nawawi terang - dalam kitab dia mengenai Hadith 40 Rasulullah S.A.W - tentang apa kaitan diya' dengan sabar.
Diya' adalah sinaran yang keluar daripada hasil benda yang terbakar. Contoh macam kita nyalakan lilin. Keluar api kan? Bercahaya tak? Kalau tak bercahaya, jawabnya dah dekat dahtu.
Cahaya yang keluar daripada lilin, disebabkan paduan oksigen yang membentuk api itulah, yang dipanggil diya'. Jadi apa kaitannya dengan sabar?
Lilin, untuk menghasilkan cahaya yang menerangi - terutamanya bila bilik gelap sebab letrik terputus atau tak bayar letrik - dia perlu terbakar. Terbakar, kat sakit lilin tu?
Jadi samalah dengan kita, bersabar adalah merasai penderitaan dalam diri tu, tapi kita tak tunjuk kat orang, sebaliknya kita berusaha untuk hidup macam biasa. Malah sampai satu tahap, kita mampu berbakti kepada manusia yang menjadi punca kepada kesabaran kita teruji.
Hebat tak kata-kata Rasulullah S.A.W?
***
Mengakhiri post, bersabar ni semudah namanya. Tapi sesusah perbuatannya. Tapi hidup lagi susah kalau tak sabar. Kalau manusia ni takde sifat sabar, maka dia takde sifat waras. Dan kalau takde sifat waras, maka taraf manusia sama je dengan binatang.
Bagi aku, kesabaran ni membawa kepada kematangan. Kalau kita penyabar, kita boleh lagi berfikir tentang benda-benda buruk yang bakal berlaku, kalau kita ni tak sabar dengan orang yang buat kita macam-macam.
Dengan sifat sabarlah, kita akan jadi semakin kuat. Tahan diuji walau apapun jenis ujian. Bersabarlah, selagi mampu, Kalau tak mampu, bersabarlah.
***
Setelah lama aku duduk di taman - masa tu pukul 2 pagi - aku merenung tasik yang ada di depan mata. Lalu perlahan-lahan aku mula mendapatkan kembali kewarasan aku. Lalu aku berfikir, mengenai kewajaran tindak tanduk aku.
Mungkin aku betul, dan ayah aku tak sepatutnya buat begitu. Tapi mungkin ayah aku tahu aku mampu balik sendiri, sebab tu dia tinggalkan aku. Jalan setengah jam je, bukannya payah. Alah bisa tegal biasa.
Setelah perlahan-lahan aku berfikir mengenai tindak tanduk aku, perlahan-lahan air mata turun, memadamkan api kemarahan dan keegoan. Lalu aku hubungi ayah, dan aku mintak maaf, sambil aku memulakan langkah untuk balik ke rumah.
Dari satu sudut, mungkin ayah aku salah. Tapi dari satu sudut lain, mungkin aku salah. Lagipun, tak rugi bersabar demi insan semulia ayah ku.
Sampai ke rumah, aku peluk ayah, dan perlahan-lahan air mata jatuh. Tapi di dalam hati, muka kena macho beb, hahaha. Then, tak disangka ayah aku juga memohon maaf, tapi macam biasa lah, kena lah tunjuk menang depan anak, hahaha.
Besoknya, matahari bersinar terang seolah-olah angin ribut semalam tak pernah melanda.
Comments
Post a Comment