Apakah perkara yang menakutkan dalam bulan Ramadhan?

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Cepatkan masa berlalu? Sahur buka sahur buka, tengok-tengok dah 24 hari dah kita puasa. Tinggal kurang seminggu lagi untuk Ramadhan ini beransur pergi. Aduhai, sebak dalam diam.

Setakat ni, aku masih lagi tak tinggal tarawikh, walaupun minggu lepas tetiba aku diserang demam. So aku terpaksa tarawikh sendiri untuk 2 hari. Aku just tarawikh rumah je, sebab ayah dan ibu aku tak berapa larat untuk ke masjid, jadi kitorang solat kat rumah je.

So bagaimana Ramadhan korang? Puasa masih cukup lagi ke? Tarawikh? Al-Quran dah bape juzuk baca? Ke sibuk dengan persiapan raya dah? Hoho.

Semalam aku baru je shoping, tapi tak beli sangat pun. Maklumlah, orang bujang yang hanya kaya dengan rupa dan akhlak macam aku ni, hanya mampu menagih subsidi daripada ibu ayah je. Wuhahaha.

***

Sebelum aku mula kepada post, aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sudi berkongsi masalah mereka dengan aku. Aku rasa begitu dihargai, walaupun terdapat pembaca-pembaca yang jauh lebih tua daripada aku, tapi sudi meminta pandangan aku.

Aduhai, terharu. Sungguh aku hanya manusia biasa sahaja.

Cuti ni aku ada menulis buku. Iyelah, supaya cuti aku ni taklah sia-sia sangat. Aku cuba menulis buku, sebab adalah menjadi impian aku untuk memiliki paling koman sebuah buku sendiri.

Alhamdulillah, aku berjaya menyiapkan juga sebuah buku. Buku tu simple je, sebab aku hanya compilekan 20 penulisan aku dalam blog ni je. Setelah dah siap, dah binding jadi tebal, aku mencuba nasib dengan hantar kat satu syarikat penerbit buku antara yang terkenal dalam Malaysia.

Setelah puas aku tunggu feedback, aku minta doa kepada beberapa orang yang rapat dengan aku, akhirnya aku mendapat keputusan, di mana permohonan aku itu ditolak.

Agak sedih juga, tapi aku redha je sebab bukan rezeki kan? Tapi atleast aku berjayalah menulis sebuah buku walaupun tak dicetak. In sha Allah, aku cuba menulis buku yang kedua. So doakanlah aku supaya aku berjaya menulis dan buku tu terbit ok?

Amacam, suka tak dengan perubahan baru blog? Saja je, supaya tak boring dengan blog aku. Aku selalu tukar perincian blog, sebab itu macam satu simbolik supaya aku akan terus menulis dengan matang, dan juga menandakan aku takde kerja nak dibuat. Wuhaha.

So, marilah pembaca-pembaca sekalian, pakat like page Siapa Mahu Bahagia kat Facebook. So bolehlah kita sama-sama berkongsi, dan aku juga mahukan feedback dan apa-apa tajuk yang boleh sama-sama kita berkongsi.

Dan mana tahu satu hari, kita boleh buat majlis makan-makan ke, berkelah tepi pantai ke, shoping ke, tapi yang pasti bukan aku bayar lah.

Aku juga dah letakkan email aku, walaupun sebenarnya email ni aku hanya guna untuk hantar assignment kat lecturer je, namun aku tetap raikan kepada mana-mana pembaca yang suka main email, aku on je.

***

24 hari berpuasa, jauh di sudut hati aku merasa begitu bersyukur kepada Allah S.W.T. Walaupun aku kini menanam pokok tauge di sebelah katil, hanya duduk di rumah sahaja, tak lah macam kawan-kawan aku yang lain yang bekerja untuk isi masa cuti.

Walaupun kadangkala nak termuntah juga aku, bila baca status Facebook kawan-kawan aku yang kerja jadi cikgu sambilan, di mana mereka bajet blushing bila murid-murid tanya bila mereka nak kahwin.

Ceh, itu pun nak cerita. Adakah aku jeles sebenarnya?

Walaupun aku kini menjadi suri rumah, tolong ibu aku masak, ampai baju, lipat blah blah lagi, dan di bulan Ramadhan yang mulia ni taklah keseluruhan hari aku dipenuhi dengan ibadat-ibadat. Ada juga time aku membuta, ada juga time aku layan anime, ada juga time aku main game.

Tapi macam aku cakap tadi, aku tetap bersyukur, sebab akhirnya aku merasakan progress Ramadhan aku tahun ni jauh lebih baik daripada tahun lepas.

Kepada korang yang mungkin ada dah khatam semua penulisan aku, Ramadhan aku tahun lepas agak teruk, banyak solat tarawikh tinggal, Quran tak khatam, kemudian dengan pemfokusan aku kepada assignment, dan juga tidak ketinggalan, aku juga clash dalam Ramadhan tahun lepas.

Walaupun aku tidak menjadi ahli ibadah dalam Ramadhan tahun lepas, namun aku tetap menjadi pelajar dalam sekolah Ramadhan. Terlalu banyak yang aku belajar dalam Ramadhan yang lepas, terutamanya dalam bab cinta.

Dan Ramadhan lepas turut menjadi penyumbang kepada kematangan dan kekuatan diri aku.

***

Aku merasakan, bahawa dalam tiada bulan yang ada dalam setahun, yang mampu mendidik diri manusia, melainkan bulan Ramadhan je. Walaupun aku bukan seorang ahli agama, malah dengan kelemahan iman yang ada dalam diri aku ini, tapi dalam diam tetap aku merasa pendidikan tersebut.

Suatu hari, aku terlihat satu gambar dalam moment kawan aku di Wechat. Di mana gambar tersebut just tulisan je, tapi tulisan tersebut memberikan aku sentapan yang padu.

"Perkara yang paling menakutkan dalam bulan Ramadhan adalah, semua benda yang kita buat datang daripada diri kita sendiri."

Pergh. Satu statement yang betul-betul menakutkan aku. Kenapa?

Aku rasa semua maklum bahawa dalam bulan Ramadhan, semua syaitan ni diikat, dibelenggu dan dimasukkan dalam penjara Allah S.W.T. So, secara tak langsung, hanya tinggal kita dengan nafsu kita je.

Kalau dulu, kita banyak dipandu oleh syaitan dan hawa nafsu kita sendiri. Bila dah terlanjur buat silap, so tidak dapat tidak mestilah syaitan yang menjadi penyumbang utama dalam modus operandi maksiat kita.

Dan juga hawa nafsu kita sendiri.

Tapi alhamdulillah, antara rahmat terbesar yang Allah S.W.T dalam bulan Ramadhan ialah dihilangkan kejap bala syaitan tu daripada kita.

Sebab tu kita rasa mudah je nak beribadah. Dulu bukan main, kadang-kadang seminggu tak baca Quran langsung. Tapi dalam bulan puasa, rilek je sampai berjuzuk-juzuk baca. Nak kata tahajud, lagi la payah nak bangun dalam bulan-bulan lain. Tapi dalam bulan puasa, boleh tahajud dulu sebelum sahur.

Dalam bulan Ramadhan ni, kita rasa diri kita baik sikit nak dibandingkan dalam bulan-bulan lain. Dulu bila kita nampak pengemis, kita buat bodoh je. Tapi dalam bulan Ramadhan, kita mampu sedekah walaupun seringgit.

Itu semuanya sebab dihilangkan syaitan tu untuk masa sebentar. Seolah macam bila main game, ada cheat yang halang boss jahat daripada serang kita.

Tapi, walaupun syaitan kat luar dah kena kurung, tapi syaitan dalam diri tak. Siapa lagi kalau bukan nafsu kita? Nafsu kita ni ada time dia baik, ada time dia jahat. Bila jahat yang payah tu. Aduhai.

Sebab tulah jangan terperanjat, bila dalam bulan puasa masih lagi ada orang yang tak berhenti mengumpat, yang masih memburukkan orang lain, yang tak tutup aurat, yang tinggal solat, yang rilek je buka puasa sebab tak tahan tengok budak bahan aiskrim dan lain-lain maksiat.

Sebab syaitan di dalam diri itu menguasai diri. Walaupun boss jahat takde dan yang tinggal hanya nafsu je, tapi cuba bayangkan, 11 bulan syaitan dah bersama dengan nafsu kita. Malah syaitan banyak dah train nafsu kita buat benda-benda yang tak elok, benda maksiat.

Macam dalam anime kan, bila sensei dia dah latih dia jadi hebat, jadi kalau sensai dia tinggalkan dia pun, dia masih lagi tak perlukan bantuan sensei dia lagi untuk kalahkan orang jahat.

Dan walaupun syaitan itu hanya dikurung oleh Allah S.W.T selama sebulan sahaja, tapi nafsu kita tu masih lagi mampu memandu kita ke arah kejahatan seolah-olah syaitan tu ada je lagi.

Dan sebab tulah aku bersetuju, iaitu perkara yang menakutkan dalam bulan Ramadhan adalah setiap perbuatan maksiat yang kita lakukan dalam bulan Ramadhan, kesemuanya datang daripada kita sendiri.

Dan tidak dipandu oleh syaitan, tapi oleh nafsu kita sendiri.

Bila aku melihat kepada cermin, dan aku terbayang perkara-perkara maksiat yang aku buat dalam bulan puasa, maka aku melihat seolah-olah ada dua tanduk di kiri dan kanan aku. Oh! Betapa aku pulak yang menjadi syaitan dalam bulan puasa ni.

***

Mengakhiri post aku yang menakutkan ini, aku menyeru kepada aku dan korang semua agar tidak terpengaruh dengan tawaran kerja kosong yang ada dalam bulan Ramadhan ni. 

Memang lah, dalam bulan puasa ni banyak kosong, salesgirl diperlukanlah, penjual murtabak diperlukanlah, pemotong daging kebab diperlukanlah, penjolok kurma diperlukanlah, macam-macam kerja kosong.

Tapi satu je kerja kosong yang jangan sesekali kita ambik. Iaitu kerja menggantikan syaitan. Sebab nak jadi syaitan bukan nya payah, tak perlu resume, diploma, pengalaman 10 tahun ke, just kalau nak buat.

Tapi ganjaran dia neraka boh! Sanggup ke? Baik kerja gaji takde gaji daripada neraka gajinya.

Bila korang buat maksiat dalam bulan Ramadhan, cepat-cepat pergi ke cermin dan bawak lah sekali marker merah. Then tengok muka korang kat cermin, dah lukislah dua tanduk kat kiri dan kanan korang kat cermin tu.

Semoga kita boleh meneruskan baki Ramadhan ni dengan menggandakan lagi ibadah kita. Ingat, 10 hari terakhir ni bukan hari di mana baju-baju diskaun tinggi, makanan bazar makin sedap, tapi adanya satu malam yang dah diketahui bila, tapi ganjarannya jauh lebih tinggi daripada segalanya.

Selamat berjaya. Jangan jadi syaitan. Jadi lah manusia. Walaupun kita bukanlah jin bila pakai seluar jean, tapi takde syaitan dalam bulan puasa, melainkan nafsu kita sendiri.

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers