Syawal : Anak penyambung silaturahim ayah dan ibu

Assalamualaikum korang semua. Masih lagi tak terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, lagipun sekarang pun dah raya ke-5. Walaupun raya puasa ni sehari je. Wuhaha. Tapi takpelah, berayalah sebulan sampai puas. Hoho.

Aku menyusun 10 jari memohon maaf atas segala silap sepanjang berblogging, dan terutamanya kepada sesiapa yang mengenali aku di alam nyata, yang banyak terasa hati dengan aku atas khilaf aku belaka.

Alhamdulillah, aku baru je pulang dari kampung. Alhamdulillah, truly bersyukur dapat pulang beraya ke kampung. Korang yang masih ada kampung lagi, tentu dapat rasa perbezaan yang besar antara beraya kat kampung dengan kat bandar.

Aku sendiri pernah beraya kat rumah je, tak balik kampung. Tapi aku tak tahulah, camana pulak ae dengan orang yang rumahnya dekat dengan kampung? Sebab ibu dan ayah kahwin sebelah-belah rumah je. Hohoho.

Kampung aku dekat Negeri Sembilan, jadi tahu-tahu jelah, makanannya pedas-pedas belaka. Kalau makan tu tak mengalir air mata, bukanlah makanan nogori namanya. Jadi, beberapa hari di kampung, tandas jelah yang menjadi rumah kedua. Bukan datang beraya ae, datang memberi 'duit raya' ke tandas. Hohoho.

Aku hanya balik kampung time raya je, dan kadangkala kalau ada event yang khusus macam kenduri kahwin dan kematian je. Jadi majoritinya aku duduk kat rumah, menikmati angin bandar, suasana bandar.

Walaupun aku akui, aku kurang selesa balik kat kampung, sebab suasana kampung macam nyamuknya, hamanya, yang membuatkan aku selalu menggaru sebab gatal, dan juga kenkadang aku takut possibility adanya binatang yang scary macam lipan dan lain-lain, tapi sungguh, ketidak selesaan tu hilang camtu je, sebab rasa cinta kepada kampung.

Betul lah kan, bila kita dah cinta, semua kekurangannya kita abaikan. Eh melalut pulak ke cintan-cintun. Hohoho, lagipun, aku juga warga kampung. Cuma duduk bandar je.

***

Bila dekat-dekat nak raya, aku selalu akan tanya ayah dan ibu, bila nak balik kampung. Jadi, bila ayah aku dah isytiharkan hari nak balik kampung, jadi dia punya semangat nak balik tu, sampai tak boleh aku nak lelapkan mata.

Terlalu banyak perkara yang membuatkan aku cinta kepada kampung. Antaranya sebab suasananya yang nyaman. Di bandar mungkin majoriti peratusan oksigen aku banyak dipengaruhi oleh asap moto kereta dan rokok. Tapi di kampung, barulah nikmat menghirup udara yang nyaman, terutamanya pagi-pagi lepas subuh. Wow, subhanalllah nikmatnya!

Sebab yang lain adalah makanan. Aku suka makan-makan ni. Walaupun berat aku tak berubah walaupun makan banyak-banyak, dan yang buncit hanya perut je. Di kampung lauknya best, sebab lauk-lauk tu aku takkan dapat makan kat rumah.

Bila aku pergi beraya, dan aku rasa dah kenyang, tapi bila tuan rumah pelawa makanan dan makanan tersebut berlaukkan kampung, tiba-tiba tangan aku bergerak cedok nasi sendiri. 

Dan last but not least, perkara yang membuatkan aku cinta kepada kampung, sebab di kampunglah majoriti saudara-saudara yang related dengan ayah dan ibu aku itu menetap. Dan di kampunglah, semua saudara-mara akan berkumpul.

***

Macam aku cakapkan tadi, aku hanya balik kampung jika ada event tertentu je. Bukannya selalu. 

Jadi adat manusialah, semua yang muda akan jadi dewasa, semua yang tua akan meninggal dunia. Dan setiap manusia itu akan bertambah-tambah anak pinaknya. Malah juga, adat manusia badan dan wajahnya berubah. Mungkin dek usia, mungkin sebab dah kahwin, dan lain-lain faktor lagi.

Setiap kali aku balik ke kampung, pergi ke rumah saudara-mara, aku terfikir bahawa aku menghadapi suatu beban yang telah tersedia terpikul di atas bahu, iaitu beban menyambungkan silaturahim ayah dan ibu aku.

Antara tanggungjawab seorang anak itu, adalah menyambung silaturahim ayah dan ibunya. Means, kita sebagai anak tak boleh biarkan silaturahim parents kita putus, walaupun yang tinggal hanya kita dan anak-anak atau cucu mereka sahaja.

Apa yang berlaku, apabila aku pergi beraya bersama ayah dan ibu, aku sendiri tak kenal beberapa saudara-mara aku. Aku kenal mereka-mereka yang bertitle ayah saudara kepada parents, sepupu parents, namun aku tak kenal anak beranak mereka.

Macam aku cakap tadilah, dulu kecik sekarang dah besar. Dulu daripada tak lahir, sekarang dua tahun. Jadi aku tak kenal mereka-mereka ni, sedangkan mereka-mereka ni semua ada kaitan dengan aku, saudara-mara aku semua tu!

Aku sendiri pun, mungkin ada saudara-mara aku yang jumpa aku masa aku kecik-kecik lagi. Sekarang aku dah besar dah hensem - masuk bakul angkat sendiri dan promote diri -, dan disebabkan aku jarang pulang ke kampung, jadi mereka tak kenal aku.

Nak jumpa jarang, sekali jumpa dah besar panjang. Sebab tu akhirnya berakhir dengan aku diusik atau terpaksa menerima soalan cepumas daripada saudara-mara. Di mana mungkin seterusnya apabila mereka berjumpa dengan ayah dan ibu aku lagi, mungkin ayah dan ibu aku pula datang nak berajak. Hoho.

Jadi sebab tulah aku terfikir, sekiranya ayah dan ibu aku meninggal dunia, jadi bagaimanakah aku nak sambungkan silaturahim kedua mereka ni? Sedangkan aku pun dah la tak kenal mereka, dan mereka lagilah tak mengenal aku?

Sebagai seorang anak seperti aku, seperti korang, ingatlah bahawa kita ni adalah penyambung silaturahim parents kita, terutamanya yang ada related macam saudara-mara.

Apa yang berlaku, aku melihat mereka-mereka ni, hanya bersikap acuh tak acuh. Oh, orang datang. Camtu je mereka rasa. Anak-anak kecil main henset je, main game, tengok tv, buat itu dan ini, buat hal masing-masing, sedangkan yang datang beraya itu adalah saudara-mara mereka.

Yang anak-anak besar pula, macam baya-baya aku, bila saudara-mara datang, mereka lebih memilih beraya dengan kawan-kawan mereka sendiri, ataupun just duduk, tengok tv je.

Kadang-kadang bila beraya, ayah dan ibu aku mesti mengomel pasal bab ni. Betapa mereka tak kenal anak beranak saudara-mara mereka, dengan perangai mereka buat de je. Jadi sebab tulah, aku terfikir, mungkin setelah ayah dan ibu aku, juga ayah dan ibu mereka meninggal dunia, jadi aku dan anak-anak mereka ni hanya tinggal macam orang asing je.

Agaknya, kalau jumpa kat luar pun, konfirm tak bertegur sapa, sebab tak kenal?

***

Realitinya, kita lebih mengenali kawan-kawan kita daripada mengenali saudara-mara sendiri. Semua tak keterkecuali, termasuklah aku. Tapi, jika kita ni, sebagai anak betul-betul ambik cakna pasal menyambungkan silaturahim parents, in sha Allah tak mustahil sebenarnya.

Bila parents korang bagitahu ada saudara-mara nak datang rumah, ataupun korang nak pergi beraya ke rumah mereka, maka tunjukkanlah perwatakan sebagai orang yang cakna dan peramah. Cuba kurangkan masa dengan henset atau media sosial, tapi bersosiallah dengan saudara-mara korang semua.

Cuba tanya kepada ayah dan ibu korang, ni nak panggil siapa, apa hubungan diorang dengan parents korang.

Janganlah kita just duduk bilik, ataupun tersenyum je tengok orang hantar gambar raya dalam Wechat, tapi nak tegur saudara-mara malas, buat de je kita kat mereka.

Aku bukanlah seorang yang peramah, juga bukanlah seorang anak yang baik, tapi aku juga berusaha untuk memberikan layanan yang semampu aku berikan kepada tetamu yang bergelar saudara-mara. Aku tegur juga walaupun aku tidak dikenali, walaupun kurang dilayani, walaupun macam krik-krik.

Apatah lagi kalau mereka tu semua adalah anak-anak saudara aku. Semua tak layan aku sebab mereka tak kenal aku. Jadi, tak salahkan, aku mencemar duli start layan mereka walaupun mereka yang sepatutnya kena start layan aku dulu.

Mengakhiri post, Nabi S.A.W menyatakan bahawa tanggungjawab seorang anak itu adalah menyambungkan silaturahim ayah dan ibunya, setelah mereka meninggal dunia. Jadi silaturahim ni bukan just kawan-kawan parents je, tapi lebih besar lagi saudara-mara kita tu.

So, kalau kita dah tak dapat nak sambungkan silaturahim dengan saudara-mara yang sebaya dengan parents sebab mereka pun dah meninggal dunia macam parents kita, maka sambungkanlah silaturahim tu dengan anak-anak mereka pula.

Kalau kita tak start sekarang, jadi bila lagi? So takkanlah kita nak biarkan tali silaturahim tu putus camtu je nanti? Ingat, tanggungjawab kita tu.

Aku tinggalkan korang dengan beberapa hadith Nabi S.A.W, kalau boleh minta tolong check samada sahih atau tak, nanti bagitaw aku ok? Kalau tak aku minta maaf atas ketidak shahihan hadith tu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada korang, semoga diberkati, semoga korang semua happy-happy tahap kanak-kanak Ribena, dapat duit raya hulur-hulur lah sikit. Dan harap nasihat aku yang hina ni bermanfaat kepada korang semua.

Semoga Allah menerima kebaikan daripada aku semua, dan juga daripada korang semua.

Hadith 1

Daripada Abu Usaid Malik bin Rabi’ah As Sa’idy r.a berkata, suatu ketika kami duduk di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian, datanglah seorang lelaki dari Bani Salimah dan bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah masih ada kebaikan yang boleh saya kerjakan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?”.

Beliau menjawab, “Ya, masih ada iaitu menyembahyangkan jenazahnya, meminta ampun buat keduanya, melaksanakan janji-janjinya setelah keduanya meninggal dunia, menyambung tali persahabatan yang tidak boleh disambungnya kecuali dengan keduanya dan memuliakan sahabat keduanya”.

Hadith Riwayat Abu Daud

Hadith 2

Ibnu Umar berkata aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya bakti anak yang terbaik ialah seorang anak yang menyambung tali persahabatan dengan keluarga teman ayahnya setelah ayahnya tersebut meninggal.” 

Hadith Riwayat Muslim

Hadith 3

Barang siapa ingin menyambung silaturahim ayahnya yang ada di kuburannya, maka sambunglah tali silaturahim dengan saudara-saudara ayahnya setelah ia meninggal.”

Hadith Riwayat Ibn Hibban

Comments

  1. Ok abang tari....in shaa allah saye akan menyambungkan silaturrahim kedue ibu bapa saye....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts

Terima Kasih Followers