Putus Cinta : Erti MOVE ON yang sebenarnya

Alhamdulillah, di pagi Syawal yang ke-13 ni, aku dikurniakan oleh Allah S.W.T antara nikmat yang terbesar bagi seorang Muslim, iaitu kemampuan menunaikan solat Subuh. Setelah beberapa hari aku berselimut dengan selimut berjenama Babis, akhirnya pagi ini aku berjaya juga memulakan pagi aku dengan perkara sepatutnya sebagai seorang hamba-Nya.

Alhamdulillah, dalam bulan Syawal ni, aku sekeluarga berjaya menghabiskan puasa 6 hari di bulan Syawal. So secara tak langsung, raya aku bertambah. So aku doublekan raya Aidilfitri aku dengan raya Puasa 6 ikut sukahati aku. Sebab aku tak jumpa mana-mana kalendar yang meletakkan event raya Puasa 6.

Jadi, sebagai iklan krik krik, aku nak mengingatkan kepada para peraya-peraya sekalian, agar dalam kegilaan mentekadarah, melantak dan memerut di hari Raya ni, dengan open housenya, dengan ambush raya rumah orang, dengan iftar puasa 6 walaupun tak buat lagi dan lain-lain lagi event yang melibatkan aktiviti makan-makan, jadi ambiklah peluang untuk berpuasa 6 hari di bulan Syawal ni ok?

Alhamdulillah, setelah aku berdoa agar dikirimkan tetamu untuk beraya ke rumah aku - kerana aku betul-betul menginginkan berkat tetamu di rumah aku yang tak seberapa ini - akhirnya datang juga tetamu.

Paling mengharukan, apabila classmate gua datang rumah gua beraya. Pergh. Memang terharu, memang hepi tahap gaban, macam-macam cite, sampai dibukanya balik sirah kelas dulu. Wuhahaha.

Jadi siapa nak datang rumah aku silakan, tapi kalau nak datang just nak mengharapkan aku bagi duit raya, pesan aku baik balik. Sebab aku memang takde apa nak bagi melainkan keizinan masuk ke rumah aku je. Hohoho.

***

Beberapa minggu yang lepas, aku menerima satu emel daripada Akak S (bukan nama sebenar). Akak S berkongsi kepada aku tentang dirinya yang baru sahaja clash dengan exnya, selepas 3 tahun bercinta.

Walaupun zaman IM Yahoo Mesagger aku dah lama tamat, dan aku lebih selesa menggunakan email Gmail, dan hakikatnya email Gmail ni aku hanya gunakan untuk urusan hantar assignment kepada lecturer dan beberapa urusan yang pelik-pelik macam iklan buat duit cepat (fake gila) dan game, tapi aku membalas email Akak S beberapa kali.

Sehingga kini, aku dan Akak S berhubungan dengan Whatsapp sahaja, kerana aku bukan kaki online dan aku takut Akak S menunggu email aku - perasan nak mampus -.

Jadi, aku menulis pagi ini khusus buat Akak S, supaya Akak S dikurniakan kekuatan dalam MOVE ON, dan boleh belajar macam-macam daripada apa yang berlaku dalam kehidupannya ini.

***

Aku tidak menafikan, sakit putus cinta atau clash ni memang memeritkan. Apatah lagi kalau perhubungan itu lama, atau kita betul-betul menyintai kekasih kita itu. Tapi atas sebab-sebab yang tertentu, mungkin bergaduh dan sebagainya, jadi akhirnya perhubungan tidak bertahan lama, dan akhirnya putus.

Aku sendiri masih ingat, bagaimana keadaan aku selepas putus cinta dengan ex aku tahun lepas. Walaupun kedengarannya macam bangang dan mengaibkan diri aku sendiri, tapi aku menangis sampai bengkak-bengkak mata.

Aku sempat ambik gambar muka aku dengan mata yang hitam bengkak-bengkak, supaya nanti aku boleh tengok bahawa aku memang pernah nangis camtu, tapi disebabkan henset murah, gambar tak hd, jadi aku buang.

Apabila clash, aku sendiri macam bengong, cuba mencari punca kenapa clash, dan aku terasa macam kehilangan arah.

Aku clash dalam bulan puasa, jadi aku terasa pedihnya time hari Raya. Di mana hari Raya ni boleh la share gambar, boleh raya rumah dia, tapi tup tup clash. Jadi, dalam kegembiraan menghabiskan puasa, aku juga beraya dalam mood sedih.

Bila balik ke kampung, dan aku disakat tahap gaban dengan saudara-mara dengan soalan cepumas macam bila nak kahwin, dah tunang ke, dah ada awek ke, dan lain-lain lagi soalan, hakikatnya hati aku terluka, walaupun aku senyum dan gelak je dengan mereka semua.

Kadang-kadang, sebelum tidur, tiba-tiba datang memori aku dengan ex aku. Teringat masa-masa indah kitorang berdua, sweet-sweet, malah, teringat janji-janji yang dah diikat. Walau camana aku cuba mendenykan otak aku daripada terus memainkan memori-memori tersebut, tapi tetap tak berjaya, sehingga akhirnya aku menangis dan terlelap.

Apabila aku sedang berjalan-jalan, tiba aku terdengar lagu-lagu yang berkaitan dengan aku dan ex, seperti lagu cinta kitorang, lagu ringtonenya dan lain-lain, jadi deep inside hati aku bergetar kerana sakit.

Jadi akhirnya, aku membuat keputusan untuk MOVE ON. Supaya aku tidak akan terus menerus terhimpit oleh kisah cinta silam, dan belajar menerima hakikat dan berpijak di bumi yang nyata. Dan menutup harapan menunggu cinta orang yang sudah tidak menyayangi aku lagi.

Pada mulanya, aku betul-betul marah kepada ex aku. Marahnya aku sehingga aku buang segala gambar, nombor telefon, lagu-lagu yang berkaitan. Bukan tuje, aku juga memblock media sosial macam Facebook, Whatsapp dan Wechat.

Daripada marah, perlahan-lahan jadi benci. Aku benci ex aku, kerana meninggalkan aku camtu je, mintak clash tanpa beritahu alasan yang sebenar, dan hanya sms je nak putus. Dan aku membencinya, kerana tidak menghargai aku yang betul-betul menyintainya.

Disebabkan clash itu berlaku time aku betul-betul sibuk dengan assignment, jadi aku tidak boleh biarkan diri aku dikuasai dengan kesedihan yang melampau. Dalam satu malam je, aku menenangkan diri aku, dan dapatkan balik pace aku supaya aku boleh siapkan assignment aku.

Tak rela aku korbankan assignment aku untuk orang yang sudah tiada kaitan dengan aku lagi.

Jadi, aku berpura-pura, ukir senyum paling fake atas muka bumi, tapi bila aku bertembung dengan ex, aku lari. Aku sanggup ikut jalan jauh, asalkan aku tak bertembung dengannya, kerana hakikatnya aku tidak kuat.

Aku masih ingat, suatu hari aku sedang makan bersama kawan-kawan sekelas di kafe. Tiba-tiba satu kelibat datang, di mana kelibat tersebut aku kenal, walaupun hanya melihat tudung yang dikenakan kelibat itu. Jelas kelibat itu adalah ex aku.

Dan kehadirannya membuatkan selera aku terpadam, padahal aku betul-betul lapar pagi itu.

Oh, betapa teruknya sakit itu.

***

Apabila aku memasuki tahun akhir sebagai mahasiswa universiti, aku mula memikirkan cara untuk MOVE ON daripada kisah silam cinta aku ini. Aku percaya, dengan memadamkan segala-galanya berkaitan dengan ex aku ini akan berjaya membantu aku MOVE ON.

Tapi hakikatnya aku tidak berjaya. Perkara sama masih je berlaku, selera makan aku hilang bila bertembung, aku lari bila terserempak.

Jadi aku post mortem, apa yang aku nak buat sebenarnya.

Hasil daripada post mortem aku, aku mendapati aku sukar untuk MOVE ON kerana hati aku membenci dirinya. Jadi, aku cuba mencari kelemahan aku sebagai teman lelakinya dulu. Jadi, akhirnya aku menjumpai banyak kelemahan aku sebagai seorang teman lelaki.

Daripada asalnya aku membenci ex aku, disebabkan post mortem tersebut, benci aku kepada ex aku mula hilang. Dan akhirnya, aku memaafkan kesalahan ex aku kerana meninggalkan aku.

Jika dulu, aku tidak nampak apakah kelemahan aku sebagai teman lelaki, dan aku menyalahkan dia bulat-bulat. Tapi, hasil daripada post mortem tersebut, aku nampak sisi-sisi kelemahan tersebut, dan hakikat bahawa aku bukanlah teman lelaki yang bagus.

Walaubagaimanapun, setelah aku memaafkan dirinya, perkara yang sama masih berlaku kepada aku. Selera makan aku mati apabila bertembung dengan dia, dan aku melarikan diri daripada bertemu dengan dirinya.

Jadi aku post mortem lagi, apa yang aku kurang. Cari punya cari, baru aku sedar, aku dah block macam-macam media sosial dia. Jadi, dengan berat hati, aku unblock balik semua, Facebook, Whatsapp dan Wechat.

Bila jumpa balik dengan ex, perkara yang sama masih berlaku. Tapi tidaklah seteruk dahulu. Oh, rupa-rupanya, apa yang aku lakukan tu menjadi rupanya. Jadi aku post mortem lagi, apa yang aku kurang supaya aku betul-betul keluar daripada kisah silam cinta aku ni.

Akhirnya aku mendapati, bahawa aku sendiri lupa nak maafkan diri sendiri. Bila diri sendiri pun aku dah maafkan, maka alhamdulillah, aku mula MOVE ON walaupun slow-slow, sehinggalah sekarang. 

Di mana kalau ex aku datang bawak kad jemputan kahwinnya, aku takkan rasa apa-apa pun.

***

Tidak dapat tidak, kita perlu MOVE ON selepas putus cinta. MOVE ON supaya kita kembali gagah dalam meneruskan kehidupan kita, walaupun kita dah kehilangan orang yang pernah menjadi sebahagian daripada kita dulu.

Walau camana dulu kita selalu gelak-gelak, hepi-hepi, selalu luah masalah, dan lain-lain, hakikatnya sekarang ni kita kena kembali berpijak di alam nyata, dan sedar hakikat bahawa semua tu dah berlalu.

Memang, tak dinafikan putus cinta ini sakitnya teramat, lebih-lebih lagi jika perhubungan itu lama usianya atau kita sendiri betul-betul menyintai kekasih kita itu. Eh, macam ulang ayat mula-mula je.

Memang, kadang-kadang memori itu datang secara tiba-tiba, kadangkala menangis, blah blah, tapi percayalah cakap aku, itu semuanya disebabkan luka korang itu masih berdarah. Jadi, secara fitrahnya apabila kita mengalami pendarahan samada terluka jari ketika berkebun atau memasak, ataupun eksiden mahupun pendarahan serius dek picit jerawat batu, kita akan mencari ubatnya.

Jadi, samalah juga dengan putus cinta. Kita kenalah mencari ubatnya. Mengharap luka tu terjahit dengan sendiri, memanglah satu benda yang mustahil, melainkan kalau hanya bengkak sebab kena gigit nyamuk.

Walau camana beratnya, tidak dapat tidak, MOVE ON perlu diteruskan. Jadi, aku nak menjawab persoalan aku tadi, apakah erti MOVE ON yang sebenarnya?

***

Apabila kau putus cinta, dan tiga selepas tu kau telah declare dengan awek yang baru, maka itu bukanlah MOVE ON. Itu namanya player atau desprate gila gaban. Ada kemungkinan cinta yang baru tu hanya sebagai decoy untuk tutup luka lama je.

Apabila kau putus cinta, dan kau mula berhias dengan gila hensem dan cantik, semata-mata nak buatkan ex kau rasa menyesal sebab lepaskan kau, maka itu bukannya MOVE ON. Tu namanya hipokrit. Dulu gemuk gedempol, tapi sebab clash, terus badan sasa. Kerana nak tunjuk kat ex siapa kau sebenarnya.

Apabila kau putus cinta, then kau delete gambar atau block media sosial, atau pun kau buat status yang penuh caci maki terhadap ex kau, maka percayalah itu bukan MOVE ON. Itu cuma luahan yang disebabkan kesedihan yang terbuku di hati kau.

Dan apabila kau mula membenci ex kau, dan kau percaya dia adalah syaitan yang memusnahkan kehidupan kau, maka percayalah, kau takkan dapat MOVE ON sampai bila-bila.

MOVE ON itu, apabila kau mula mendapati kelemahan-kelemahan kau sebagai seorang pencinta dulu, mungkin kau kuat mencarut, mungkin kau kuat marah-marah, mungkin kau cemburu buta, mungkin kau ego dan lain lain lagi. Kemudiannya, kau mengubah kelemahan-kelemahan tersebut supaya kau takkan ulang nasib yang sama kepada insan yang ditakdirkan jatuh cinta dengan kau selepas tu.

MOVE ON itu, apabila kau mula menghargai diri sendiri, dan sedar hakikat betapa banyaknya kau menjaga hati orang lain sehingga kau lupa untuk menjaga hati kau sendiri.

MOVE ON itu, apabila kau mula menyedari hakikat bahawa kebahagiaan kau itu hanya ditentukan oleh kau sendiri, dan kau mula mencari kebahagiaan kau sendiri dengan menikmati setiap perkara yang berlaku dan setiap menghargai setiap perkara yang kau ada.

***

Mengakhiri post aku ini, aku menyeru kepada pembaca-pembaca yang masih lagi duduk menunggu di depan tangga rumah sambil memegang henset, mengharapkan Whatsapp 'Jom Kita Bersatu Lagi' daripada ex, agar move on masuklah ke dalam rumah.

Cubalah dan usahalah, bermacam-macam perkara untuk MOVE ON, kerana kau je yang boleh menyembuhkan luka yang ada berdarah kat dalam hati kau tu.

Banyakkanlah berdoa kepada Allah S.W.T, agar kau mudah untuk MOVE ON, dan dihilangkan kesakitan putus cinta. Dalam kau kehilangan cinta Sang Manusia, at least kau masih lagi tak hilang cinta Sang Tuhan.

Banyakkan post mortem, instead kau salahkan ex kau memanjang, cubalah cari kelemahan kau pula. Supaya kau takkan ulang mistake yang sama kepada orang lain pula.

Kau bukannya tidak dicintai oleh manusia, cuma kau je belum jumpa lagi manusia yang ditakdirkan oleh-Nya. Manusia ni bersepah, sedangkan seluruh inci Malaysia pun belum habis kau terokai lagi.

Dan MOVE ON yang sebenarnya itu, apabila kau sedar, bahawa jodoh itu semuanya di tangan Allah S.W.T. Kau bersatu dengan kehendak-Nya, jadi kau putus pun sebab kehendak-Nya. MOVE ON itu adalah pasrah, di mana kau pasrah dengan takdir kini, dan kini kau berpijak di alam nyata.

Aku tutup dengan satu quote daripada Gintama:

"Kalau kau ada masa untuk memikirkan penutup (ending) yang indah-indah, jadi kenapa kau tidak hidup dengan kehidupan yang indah hingga ke akhirnya?"

Move onlah, cari kebahagian kau sendiri. Siapa yang tak mahu bahagia kan?

Comments

Popular Posts

Terima Kasih Followers