Mempelajari kehidupan daripada BAYI
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Aidilfitri. Yelah, hari ni pun dah raya ke-9. Alhamdulillah, aku rasa hepi bila ada orang yang datang rumah aku untuk beraya. Apatah lagi kalau saudara-mara, hepi tahap gaban.
Dalam aku sedang seronok beraya, sedih jugak bila aku tengok majoriti daripada budak-budak universiti dah ada yang sampai ke universiti masing-masing. Masuk belajar balik. Menghabiskan sisa baki Syawal di universiti. Ada yang dah start belajar. Dah start kelas.
Aku faham perasaan tu, semua perasaan yang ada bergabung menjadi satu. Tapi atleast dah raya kan. Nanti boleh pulak raya dengan member-member satu universiti. Then serang rumah lecturer ramai-ramai, habiskan kuih raya mereka, then pau duit raya mereka. Menghabiskan Syawal korang dengan lecturer.
Dalam korang rasa sedih nak balik beraya kat universiti, ingatlah bahawa lecturer pun sama. Mereka pun sedih juga. Kalau korang malas, apatah lagi mereka, Wuhaha.
Anyway, aku nak mengucapkan terima kasih kepada semua likers page Facebook blog ni, alhamdulillah. Nanti bila dah ramai, sampai dah boleh buat solat dan khutbah Jumaat, nanti ada rezeki kita buat gandering sama-sama ok? Rumah terbuka, habiskan kuih raya di rumah sesama likers, kita boleh buat usrah dan lain-lain.
Wuhahaha, jemput-jemput ok? Yang penting, kita boleh share-share dan saling menguatkan antara satu sama lain.
***
Sebelum aku nak terus kepada post, aku nak berkongsi sedikit. Aku nak tanya, pernah tak korang meluangkan masa dengan seseorang yang berumur muda daripada korang? Meluangkan masa dengan mereka samada main sama-sama dengan mereka, makan, tengok wayang, yang pasti bukan belasah mereka lah. Pernah tak?
Kalau korang ada adik - tak seperti aku yang takde adik kerana akulah adik - maka sudah tentu jawabnya adalah ya. Then, aku nak tanya lagi, maka pernah tak korang belajar something daripada seseorang yang berumur muda daripada korang?
Belajar something, atau diajar, atau menerima nasihat, pernah tak? Daripada seseorang yang muda dan jauh lebih muda daripada korang?
Sejujurnya, aku sangat suka berkawan dengan seseorang yang jauh lebih muda daripada aku. Di universiti dulu pun, aku juga meluangkan banyak masa dengan junior-junior aku. Pergi makan, mengeteh, tidur, main futsal, dan aku juga membantu mereka dengan kerja-kerja dan pelajaran.
Bukan aku tak suka berkawan dengan orang yang sebaya dengan aku, cuma aku tak menjumpai keseronokan yang jitu dalam berkawan dengan orang yang sebaya dengan aku. Memang, juga seronok berkawan dengan orang yang sebaya dengan aku. Cuma aku kurang mempelajari apa-apa daripada mereka yang sebaya dengan aku.
Aku gemar berkawan dengan mereka yang muda, dan lebih tua daripada aku. Kerana daripada mereka berdua ni, aku mempelajari macam-macam perkara. Jika aku meluangkan masa dengan rakan sebaya, sudah tentu yang antara cerita yang famous keluar daripada mereka sudah tentu pasal perempuan mana yang cantik, gosip-gosip rakan sebaya, benda-benda tak senonoh, dan lain-lain.
Aku bukan lah orang yang sesuai untuk dijadikan teman bergosip, atau untuk jadi juri perempuan mana yang comel dan cantik, jadi sebab itulah, aku menjadi cepat boring kalau berkawan dengan rakan sebaya, melainkan mana-mana yang betul aku rapat sahaja.
Apabila aku berkawan dengan seseorang yang lebih tua, seperti guru-guru dan lecturer, atau mereka yang sebaya dengan ibu dan ayah, aku suka mendengar pengalaman dan nasihat yang mereka berikan kepada aku. Kadang-kadang mereka cerita pengalaman diorang, kadang-kadang mereka berikan aku nasihat yang berguna. Jadi, aku mempelajari macam-macam perkara daripada mereka.
Apabila aku berkawan dengan seseorang yang muda atau lebih muda daripada aku seperti junior-junior di sekolah dan universiti, aku pula menjadi seperti kawan-kawan aku yang lebih tua, di mana aku pula yang berkongsi pengalaman, aku pula yang memberi nasihat, dan malah, aku dapat mempelajari macam-macam perkara daripada mereka.
Aku kurang suka konsep senioriti, di mana senior melayan junior seperti orang asing, ataupun seperti hamba mereka. Aku lebih suka junior ini dilayan seperti kawan, ataupun seperti adik sendiri. Cuma mereka perlulah beringat, janganlah sampai si senior tu terasa hati pula, jangan sampai kurang ajar.
Berkawan dengan orang yang lebih muda daripada aku, betul-betul memberikan aku semangat dalam meniti kehidupan aku. Bukan apa, kalau kita memberikan nasihat kepada orang agar lebih kuat dalam menghadapi kehidupan, tapi kita sendiri pun tak kuat dalam menghadapi kehidupan, jadi sudah tentu cakap kita tak boleh dipakai mereka.
Bukanlah bermakna aku ni hidup sebab nak menunjuk kepada junior, tapi aku sedar, bahawa junior ini sentiasa melihat kepada senior mereka, mereka menjadikan senior mereka role model dalam menjalani kehidupan mereka. Jadi, sebab itulah aku sentiasa mencuba untuk menjadi role model yang terbaik kepada junior-junior aku.
Bila aku gandering dengan mereka, ataupun mereka berkongsi masalah, aku sentiasa berikan mereka nasihat supaya mereka tak menghadapi perkara yang sama aku hadapi, dan tidak menjadi seperti aku. Malah, sedar tak sedar, nasihat tersebut aku gunakan dalam kehidupan aku sendiri. Bila aku sendiri berada dalam masalah atau kesusahan, aku akan teringat nasihat-nasihat yang aku berikan kepada mereka.
Yela, mesti aku akan rasa malu. Nasihat orang boleh, tapi nasihat tu kau sendiri tak boleh pakai untuk kau sendiri.
Sungguh, aku banyak belajar macam-macam daripada mereka.
***
Walaubagaimanapun, aku bukan seorang yang pandai melayan budak kecik, apatah lagi yang kecik-kecik macam bayi. Tak pandai aku, mungkin sebab aku tak pernah jaga budak kecik atau bayi, dan mungkin aku kurang suka melayan karenah mereka-mereka ni.
Namun, sejak semenjak ni, aku tiba-tiba menjadi suka melayan budak kecik, apatah lagi bayi. Melihatkan wajah mereka yang gila cute, then pipi yang chubby, muka innocent tahap gaban, aduhai, cair hati aku.
Berpeluh juga aku main dengan mereka, ke sana ke sini. Agak kekok, tapi aku mencuba sedaya aku yang aku mampu. Prektis, bab kata orang. Nanti senang bila dah ada anak sendiri, wuhahaha.
Aku tertanya, camanalah bila aku kecik-kecik dulu. Orang suka ke main dengan aku. Ke banyak karenah. Dan aku juga tertanya, adakah anak aku juga akan comel macam anak-anak orang lain? Tapi aku bila tengok cermin, aku tak dapat bayangkan camana rupa anak aku nanti.
Wuhaha. Abaikan part tu. Tapi sincerely, dalam diam aku mempelajari banyak perkara daripada bayi. Malah, perkara-perkara tersebut sebenarnya adalah lesson of life, di mana kita boleh gunakan perkara-perkara tersebut untuk meniti kehidupan kita.
Sebab itulah, Allah S.W.T suruh kita untuk cari hikmah dengan memerhati alam sekitar, supaya kita ni tak menjadi orang yang blur, gagal, dan lemah dalam meniti kehidupan kita. Padahal, lesson tersebut berada di sekitar diri kita.
7 perkara yang aku belajar tentang kehidupan daripada bayi ialah:
1. Jatuh bangun semula
Hari ni kita boleh berjalan beribu batu, dan boleh berlari sampai menang emas sukan sekolah, semuanya disebabkan masa kita bayi dahulu. Di mana, kita tidak pernah berhenti mencuba untuk berjalan.
Cuba kita tengok adik-adik kita, anak-anak saudara kita atau siapa-siapa yang bertitle bayi, terutamanya mereka yang sedang belajar nak berjalan. Bila mereka jatuh, kadangkala mereka menangis, tapi mereka tak pernah berhenti berjalan. Jatuh, bangun balik. Then pergi berjalan sampai letih.
Begitulah kehidupan kita, kita tak boleh berhenti daripada terus meniti kehidupan kita. Bila kita diuji dengan masalah, jadi jangan berhenti daripada meniti kehidupan kita. Teruskan berjalan, dan bangkit bila jatuh.
2. Sayang kepada ibu bapa
Ada bayi yang jenis tak boleh didukung, dipeluk, dibelai oleh orang lain, di mana mereka akan menangis dan merengek jika diperlakukan tersebut oleh orang lain. Tapi, bila yang buat semua itu tadi adalah parents mereka, automatik mereka akan senyap, malah sampai tersenyum pulak.
Jadi, di mana kita melangkah, dengan sesiapa kita jumpa, tiada yang akan setanding dengan ibu bapa sendiri. Malah, cuba kita muhasabah semula, camana hubungan kita dengan ibu bapa kita? Adakah kita rapat dengan ibu bapa kita, dan meluahkan segalanya kepada ibu bapa kita, macam kita kecik-kecik dulu. Di mana hanya boleh dipeluk, dibelai dan dicium ibu bapa sendiri?
3. Menjadi bayi untuk melayan bayi
Tanyalah kepada sesiapa yang mengasuh dan menjaga bayi, ataupun korang tengok lah gelagat orang melayan bayi atau budak kecik, bagaimana mereka melayan bayi dan budak kecik. Kalau korang ada kawan yang muka macam gangster, ataupun muka pecah sana sini, konfirm korang akan rasa macam nak sepak je kawan korang tersebut bila tengok dia layan bayi dan budak kecik.
Sebab, memang nak layan bayi atau budak kecik, korang pun kena bersifat macam diorang jugak. Barulah mereka selesa nak layan korang, selesa nak main bersama, malah sampai sayang kepada korang.
Dalam kehidupan kita, kita memang ada karakter sendiri. Tapi kadangkala, kita perlu tune karakter kita mengikut suasana, supaya orang selesa dengan kita. Bukan kita hipokrit, tapi kalau kita layan bayi dan budak kecik sedangkan muka kita garang gila, then kasar, sampai sakit-sakit bayi dan budak kecik tersebut, nak ke mereka dengan kita?
4. Jujur
Bayi dan budak kecik ni, mereka begitu jujur. Kalau mereka nak something, terus mereka cakap. Takde nak simpan-simpan. Walaupun kadangkala mereka akan dimarahi atau ditegah, tapi mereka tetap terus meminta apa yang mereka nak.
Kita pulak, bagaimana?
5. Menyenangkan orang semua
Semua orang suka bayi, sebab bayi ni cute, dan semua telatah dia comel-comel belaka. Mungkin ada kanak-kanak yang jenis pemarah atau kurang ajar, tapi bayi tak. Bayi ni menyenangkan semua orang. Semua mata akan tertumpu kepada bayi bila bayi ada di dalam rumah.
Apabila kita meningkat usia, mungkin wajah kita tak lagi cute macam kita bayi dulu. Tapi, itu tak bermakna wajah memainkan peranan dalam menarik orang untuk suka kepada kita. Sebab segalanya adalah berkenaan atitude.
6. Menangis itu sesi pembelajaran
Memang, bayi ni kadangkala terjatuh, terhantuk la, tersepit jari la, tergolek la, macam-macam sampai menangis. Tapi menangis itu adalah sebahagian daripada pembelajaran mereka, di mana lepas tu mereka akan jadi lebih kuat.
So samalah jugak dalam kehidupan kita, kita akan dikecewakan, dikhianati, disakiti, sampai seorang lelaki pun akan menangis, tapi kesemua itu adalah sesi pembelajaran, di mana selepas itu kita akan menjadi lebih kuat dan tabah.
7. Tidak takut mencuba
Walau camana kita tengok bahayanya bila seseorang bayi memanjat kerusi, tapi bayi tersebut tak takut untuk memanjatnya. Walaupun dia pernah jatuh, tapi dia tetap juga memanjat kerusi tu.
Jadi, dalam kehidupan kita, jangan takut untuk mencuba. Walaupun kita sendiri pernah gagal dalam melakukan pencubaan dalam perkara yang sama.
***
Mungkin disebabkan aku kurang memiliki waktu dengan bayi dan budak kecik, jadi aku tak mampu mempelajari banyak perkara. Jadi aku yakin, korang yang ada adik kecik, atau mungkin yang dah ada anak sendiri, konfirm belajar banyak perkara daripada aku.
Jadi, boleh share-share dengan aku ok?
Mengakhiri post, memang bayi ni innocent, tak tahu macam-macam perkara, dan korang yang baca ni pun akan cakap, bayi ni tak dewasa, alam dewasa ni penuh dengan dugaan, orang jahat, tak tahu lagi, blah blah.
Tapi hakikatnya, kesemua benda ni dilakukan oleh bayi tanpa belajar dari mana-mana sumber. Takde tengok Google, Wikipedia, takde pun cikgu atau lecterur yang ajar. Kesemuanya adalah fitrah bayi tu sendiri.
Jadi kenapa, bila kita dah besar, dah dewasa, kita tak boleh kembali bersifat dengan sifat kita time bayi dulu? Kenapa tak boleh bersifat dengan fitrah kita kembali?
Semuanya daripada diri kita sendiri. Samada kita sedar ataupun tidak. Tepuk dada, tanya selera. Dan banyaklah mengambil pelajaran daripada orang yang innocent macam bayi dan kanak-kanak.
Mana tahu kita yang dewasa ni, boleh belajar something. Yang mungkin kita dah lupa, kita pun pernah buat dahulu.
Comments
Post a Comment